
sebab musabab tercampak di Melaka pada 15hb Aug adalah kerana menghadiri majlis kenduri kawin sahabat di Muar... (kononnya nak terus ke Melaka untuk shoot outdoor portraiture...malangnya tak kesampaian) dah alang - alang berjalan ke Muar, sekalian la berjalan - jalan di Melaka.
Persiapan rapi ke Melaka, takde langsung...cuma search hotel mana nak lepak, mana tempat yang best dilawati... dari Muar, exit ke Tol Ayer Keroh, mula - mula sekali, agenda mencari hotel... kalau ikut preparation, nak stay kat Aldy Hotel, reasonnya...dekat dengan Stadhuys, dekat dengan bandar Melaka...nak jalan - jalan, boleh jalan kaki jek, tak yah nak drive. tapi bila refer pada map yang diambil dari website hotel tu (ntah belit - belit, tambah aku tak reti tengok map), maka incik hazo mencadangkan kami menginap di hotel Straits Meridian (agak murah, sesuai dengan budget, selesa, cuma agak bising - apartment type). Dah check in, angkut barang semua, lepak kejap...petang sket baru jalan - jalan....
Destinasi pertama, mula - mula parking keta kat mahkota parade (sebab takde kupon letak keta tu, takut kena saman plak) area Dataran Pahlawan sangat buzy, sebab ada road tour radio Era...so sangat penuh dan sesak...perut kami yang berkeriuk - keriuk ni..minta makan lagi...owh...kaki dengan laju melangkah...laju terus menuju ke arah McD...hehehhe...
Lepas makan, aku dan incik hazo berputar - putar ditepi Dataran Pahlawan (tercangak - cangak, tak tau mana nak tuju), almaklum la, sekian lama tak ke Melaka... road tour kami bermula dengan perjalanan mendaki Bukit St. Paul...pendakian agak lambat, kerana aku baru lepas makan, dan tak abis - abis nak amik gambar. sebelum mendaki tu, kitorang berjalan - jalan dulu kat Muzium - muzium yang ada disekitar bukit tu, tapi memandangkan hari pun dah petang, maka banyaklah muzium yang sudah tutup.
Sampai je dekat puncak bukit St. Paul, maka bergambar - gambar dengan sakan nyer...tapi takde gambar berdua langsung, banyak gambar aku jek (next time mahu beli tripod, mesti banyak gambar berdua)

.:terima kasih adik penarik beca:.
ini adalah satu - satunya gambar kitorang berdua, kalau tak kerana adik yang mengayuh beca tu, memang takde la gambar ni. (saat ni, aku sangat excited bergambar dan naik beca, hua hua hua, incik hazo dah malas nak bergambar, mungkin kerana sudah penat) masa kat Bukit St. Paul lagi aku dah ushar - ushar beca ni semua, maklumla, pengayuh nya semua pasang lagu rancak - rancak, aku jadi teruja, tapi macam tak sampai hati plak nak mintak pakcik - pakcik tu semua bawak kitorang..huhuhu...tapi dah depan Stadhyus ni, abang yang kayuh beca ni pun badan boleh tahan gagah...terus layan jela...hahahahhahaha...
(hehehe..sempat lagi beli selipar)
**tamat sudah penceritaan hari pertama, lepas naik beca, singgah sekejap dekat MPH, terus balik hotel, next entri akan cerita untuk aktiviti hari kedua**
masa nak beli selipar ni, pakcik tu cakap "ni selipar untuk jumpa bakal mak mertua raya nanti" hahahha.."pakcik, saya dah jumpa dah pun...banyak kali...tengok inai di jari saya ini...sudah hampir lupus ni..." (cakap dalam hati jek...)
**tamat sudah penceritaan hari pertama, lepas naik beca, singgah sekejap dekat MPH, terus balik hotel, next entri akan cerita untuk aktiviti hari kedua**
No comments:
Post a Comment