Sunday, 23 August 2009

Sungguh Sempurna...

Takde ayat yang boleh aku luahkan perasaan sambut ramadhan kali ini...terasa lebih dari sempurna. takde yang sesempurna ramadhan tahun ni...kenapa yer...? ntah la, mungkin kerana dah berumahtangga, tambahan tidak bekerja dengan mana - mana company, jadi dapat melakukan ibadat dengan tenang sekali, tidak berbual dengan mana - mana orang perseorangan yang boleh menjadikan sesi mengumpat dan lain lain lagi bagi mengurangkan pahala puasa itu sendiri...mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aku rasa ramadhan kali ini sangat sempurna...

Jika dulu, aku bekerja di sebuah pusat membeli belah, keje bahagian Tech Support...sangat susah untuk bergerak kemana - mana (even pegi lunch atau dinner, mereka akan call hp), pernah sekali meeting diadakan, pekerja Muslim tidak dibenarkan pergi sembahyang kecuali waktu rehat. bermakna jika kerja syif pagi, rehat pukul 1tengahari, sekalian pergi solat...jika syif petang, macam mana nak solat, masuk kerja pukul 1tengahari...langsung tak bagi peluang untuk solat..takkan nak qada' solat pulak...(tapi kitorang curik - curik timing solat, cover - cover member), bukan setakat solat, kadang kala nak berbuka pun sama jugak hal nyer...suh kita beli makan berbuka seawal pukul 4, dan sambil makan, kalau kena buat tech support, buat la time tu...sedih giler time tu....(owh..sudah - sudah la mengenang benda yang lepas)

Mungkin terasa lebih tenang kerana sudah tidak mempunyai kawan yang suka melaga - lagakan orang, yang suka membawa kita ke jalan yang tidak benar....(tak perlu dinyatakan siapa mereka itu, cuma doa dan harapan agar mereka berubah menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang bertakwa)

Sedikit renungan:-

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin & http://nurjeehan.hadithuna.com/

No comments:

Post a Comment