Thursday, 20 August 2009

Ramadhan Datang Kembali


Esok hari Sabtu, 22 Ogos 2009, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, seluruh umat Islam yang berada di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan... aku jua tak kettinggalan, tambahan lagi, ramadhan kali ini...adalah yang pertama kali disambut bersama - sama incik Hazo yang tercinta.

Kalau selama ni, aku boleh bangun sahur agak lewat, kerana mak dah sediakan semua juadah bersahur, aku tinggal bangun, cuci muka terus makan... sekarang, aku harus bangun, siapkan semua juadah untuk bersahur dan mengejutkan incik Hazo makan sahur.

Sahur agak penting bagi aku, sebab perut aku selalu masuk angin, so...bila lapar, perut masuk angin dan terus sahaja sakit kepala yang terlampau - lampau (sampai tak boleh buka mata). jadi aku harus bangun sahur.

Hmm...bulan Ramadhan tahun ini, jatuh pada bulan Ogos, atau lebih dikenali sebagai bulan kemerdekaan...ari tu aku tengok tv, ada sambutan hari kemerdekaan...?? bagaimana cara mereka meraikan sambutan kemerdekaan tahun ni...(jika sama seperti tahun - tahun berikutnya, konsert la, apa - apa lagi la), adakah ia patut? Aku rasa, kalau nak buat juga sambutan kemerdekaan tu, ada baiknya buat sembahyang terawih beramai - ramai, disertai solat hajat (sebab sekarang negara kita sangat teruk dengan pelbagai masalah, politik, virus H1N1, masalah sosial), daripada melakukan aktiviti - aktiviti yang tidak sepatutnya...bukankah bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Rasulullah s.a.w?? (ini apa yang aku pelajari semasa sekolah agama dulu). ada kemungkinan besar semua hajat kita akan ditunaikan. tetapi bukan aku yang mengatur semua acara dan aktiviti untuk menraikan bulan kemerdekaan...tak sambut tak bermakna tak cintakan negara sendiri...ada diantara kita, yang sambut kemerdekaan, kibar bendera bagai nak rak...tetapi tetap juga tak cintakan negara sendiri...tepuk dada, tanyalah akal....

**oh..aku masih berhutang entri ke melaka, nanti akan di updatekan**

No comments:

Post a Comment