Mula - mula bangun, siap - siap...dan perjalanan pun bermula. Park keta kat Jonker Street, so kaki mula menapak dengan perlahan nyer. sebenarnya, sebelum gi Jonker Street tu, kitorang nak gi lunch dulu, tapi sebab pusing sana sini, tak nampak kat mana nak makan, so jalan jelah dulu. Perut memang lapar tahap tak ingat dah ni, jalan - jalan sambil layan pemandangan....ternampak la Old Town White Coffee...jadi itu la santapan makan tengahari kitorang.
Lepas perut dah kenyang, jalan lagi...kali cari kat mana letaknya Melaka River Cruise. Penat berjalan, duduk kejap kat tepi sungai Melaka tu...(kat tempat parameswara lepak tu, kat situ ada banyak pokok buah melaka) belek - belek map, berkerut - kerut muka menahan panas, sakit perut lagi...aduyai...bukan apa,mencari tempat nak naik bot tu...kemudian kitorang buat keputusan untuk teruskan perjalanan...jalan sampai ujung...eh..eh..naik river cruise tu kat situ la... :D so adegan membeli tiket berlaku antara incik hazo dan penjual tiket tu... ini la hasilnya...
masa naik Melaka River Cruise ni, aku confident je nak amik gambar aku ngan incik hazo, sekali tersalah tekan ke format video plak ~hampeh~
Turun je dari bot tu, kitorang bergerak ke sebuah kapal besar (kerana incik hazo teringin nak naik kapal ni, katanya..dari kecik lagi). Kapal besar tu, namanya Muzium Samudera...bayaran masuk ialah...RM3.00 untuk orang dewasa, tapi ada jugak yang sanggup memanjat dari tepi bahagian Muzium ni semata - mata nak jimat duit. Bila bayar je tiket, staf dia bagi beg plastik. mula aku terkejut jugak, yelah..dapat beg plastik..nak buat apa ngan beg plastik tu...takkan la nak guna untuk muntah plak ~mana tau kot mabuk laut :D ~ tapi dah masuk dalam,baru la nampak, orang tu suruh isi selipar@kasut dalam beg plastik tu...(incase takut kasut ilang)
~aku membeli barang dagangan mereka??~
Muzium Samudera ni ada 2 bahagian, satu lagi ada bahagian peta dan bilik kapten (bukan kapten Jack Sparrow). Masa turun dari Muzium Samudera ni, langit dah mula menangis...tapi tak lebat sangat la. Lepas tu, kitorang bergerak ke Muzium TLDM, oh..Muzium TLDM ni, kalau dah beli tiket kat Muzium Samudera, korang boleh terus masuk je, tak yah bayar apa - apa lagi. Aku sangat excited sket masuk Muzium TLDM ni, maklum la, abah aku dulu berkhidmat dengan TLDM. So, layan la gambar gediks kami....
~seragam yang pernah abah sarungkan sewaktu dulu~
~ini juga~
~incik hazo dan heli, tak dapat naik, amik gambar pun ok saje~
~incik hazo nak naik kapal besar ni, tapi ketika ini hujan semakin lebat~
Seterusnya kitorang ke Menara Taming Sari, elok je sampai kat sini, ujan pun turun dengan sangat lebat dan kilat sabung meyabung..dan...perkhidmatan menaiki Menara Taming Sari dihentikan seketika atas sebab keselamatan...owh...baiklah...jadi sementara menunggu hujan reda, kitorang pun makan kat Taming Sari Cafe sambil berdoa semoga hujan cepat berhenti, sudah tidak sabar naik menara taming sari. Lebih kurang hampir pukul 8malam, ujan sudah pun reda...yehooo...aku terlebih excited, cepat - cepat ajak incik hazo pegi beli tiket. Harga tiket, seorang Rm10 (sila tunjukkan MyKad anda)

~aksi sebelum menara berputar - putar~
aksi semasa dan selepas menara berputar - putar tidak dapat diambil sebab aku sangat gayat...hahahahahha.....tambahan pula, kamera aku yang sangat "canggih" tidak mampu capture gambar dengan baik :D hanya mampu rakam video saje. Menara ni akan naik selama 8 minit saja....
Selepas je turun dari Menara Taming Sari, kitorang pun bergerak ke Jonker Street semula untuk mendapat kan kereta, lalu pegi makan di Muara Ikan Bakar, yang katanya terapung tu...ada orang kata best, ada kata tak best...pada aku...tak best huhuhuhu...
Jumpa lagi untuk last day trippin' kami di Melaka...
aksi semasa dan selepas menara berputar - putar tidak dapat diambil sebab aku sangat gayat...hahahahahha.....tambahan pula, kamera aku yang sangat "canggih" tidak mampu capture gambar dengan baik :D hanya mampu rakam video saje. Menara ni akan naik selama 8 minit saja....
Selepas je turun dari Menara Taming Sari, kitorang pun bergerak ke Jonker Street semula untuk mendapat kan kereta, lalu pegi makan di Muara Ikan Bakar, yang katanya terapung tu...ada orang kata best, ada kata tak best...pada aku...tak best huhuhuhu...
Jumpa lagi untuk last day trippin' kami di Melaka...
No comments:
Post a Comment