Sunday, 13 September 2009

Trippin' Melaka - Last Day

Selama beberapa hari berceloteh pasal hari raya la, lagu mengusik jiwa la...aku terlupa aku masih lagi berhutang 1 lagi entri ke Melaka. Last day kat Melaka, kitorang pegi yang dekat - dekat dengan Ayer Keroh je, bukan apa..sekali jalan nak balik. So tempat yang berhampiran ialah Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia dan Mini Asean.

Perjalanan bermula pada pukul 11pagi, lepas check out dari hotel, kami singgah di Mc D untuk sarapan merangkap lunch. Lepas siap makan, kitorang terus je pegi kat Taman Buaya, (jalan kaki je, sebab Mc D ngan Taman Buaya ni, sebelah - sebelah je). Yang kelakarnya, masa nak masuk Taman Buaya ni, staf yang jual tiket tu tanya bape orang, Incik Hazo cakap 2 orang dewasa...then staf tu tanya lagi, "tiket untuk taman buaya je ke..." incik Hazo dengan penuh kekeliruan pun tanya lagi..."ada apa lagi selain taman buaya"..."o...ada taman air..." ~~imaginasi aku, taman air ni besar giler, paling tidak pun macam wet world yang kat shah alam tu~~ tapi bila dah masuk dalam, aku tergelak besar, mana taknya...taman air sesuai untuk budak bawak 10tahun je...aku macam pelik, nape la staf tu offer kitorang masuk taman air....hahahhahahah

Ni adalah serba sedikit gambar buaya - buaya kat taman tu....

~~ini ialah buaya tembaga~~

~~buaya bongkok, spesis buaya siam - mengalami kecacatan
yang terbentuk masa dalam telur lagi~~

~~buaya ni buat aku terkejut,aku ingat takde buaya tepi pagar tu~~

~~ini buaya kontot, spesis buaya tembaga, tapi mengalami kecacatan jugak,
tapi dalam pada cacat tu, ia juga mampu bertindak agresif~~

~~ini ialah buaya yang di awet, nama nya Jonny~~

.::Sehari dalam kenangan, Jonny::.

Jonny merupakan buaya yang terbesar di Malaysia.Dari spesis buaya tembaga,di beri nama Jonny,yang dipercayai lahir pada tahun 1963, di Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam.
Buaya ini dikatakan mula "miang" dan hidup bebas disebuah paya milik Encik Ah Peng. Jonny ditangkap bersama - sama 20ekor buaya yang lain oleh 3 orang renjer dari taman tasik s.m. nor untuk dipelihara di Taman Buaya ini. Oleh kerana Jonny merupakan buaya jantan terbesar dalam kumpulan itu,maka semua orang menggelarkan ia Jonny. Aksinya di kolam menarik perhatian pelawat, ia kuat makan ~ Jonny mapu menelan 15ekor ayam seberat 3-4 kilo seekor. Sifat kejantanannya menyebabkan buaya jantan yang lain takut untuk menghampirinya. ini menjadikan, semua buaya betina adalah miliknya ~~dasar buaya darat~~, jika ada buaya jantan yang lain menghampiri buaya betina miliknya, sijantan itu akan menjadi mangsa libasan nya.kekuatan libasan ekor jonny, mampu menyebabkan 6 ekor buaya jantan mati. Jonny juga diasingkan kerana ia merupakan seekor buaya yang bengis dan cemburu. Ia dimasukkan kedalam kolam 5meter dalamnya. Jonny akhirnya mati kerana tidak dapat turun ke dasar kolam semula setelah dua hari merangkak diatas simen kolam.

Selesai sudah di Taman Buaya, kitorang pun bergerak ke Taman Mini Malaysia dan Mini Asean. Incik Hazo sudah pernah ke sini, tapi aku belum lagi. pada awalnya incik Hazo tak mau pegi, tapi aku paksa (kerana aku sangka best giler) tapi...hmmm...sedikit hampa...penat...haus...panas...sakit kaki..dan macam - macam lagi...so...sila lah layanzz je gambar - gambar ini....

~~ dihadapan rumah kedah, bergedik sakan~~

~~incik Hazo yang sudah penat~~

~~sila terima hakikat aku sudah kurus hahahaha~~

~~rumah johor~~

Sebenarnya ada banyak sangat gambar rumah - rumah ni...nanti la, bila - bila aku senang, aku akan letak dalam satu entri....so...setel la percutian kali ini, destinasi berikutnya...tak tahu lagi kemana...kuar je dari Taman Mini Malaysia ni, aku beli souvenir sket untuk mak, abah, mak lagi, adik - adik...hopefully diorang suka la...

Okla...last but not least, melancong la didalam negara, semuanya ada disini...hahahhaha


1 comment: