Wednesday, 26 August 2009

Trippin' Melaka - Day 1

semalam, sebelum melelapkan mata, incik hazo ada tanya "sayang, kenapa blog sayang sekarang macam agak Islamik sket" (dia memang suka baca apa yang aku tulis sejak mula berkawan lagi huhuhuhu..terlalu Islamik ke..?) aku pun menjawab.."terlalu Islamik ke..? Bulan puasa kot..." hehehehe...oklah, entri kali ni tak terlalu Islamik, tak juga terlalu kebaratan (wuahhha..pernah ke kebaratan....) cerita tentang "hutang entri ke Melaka" - Let's Trippin...

(ini gambar masa 2nd day)

sebab musabab tercampak di Melaka pada 15hb Aug adalah kerana menghadiri majlis kenduri kawin sahabat di Muar... (kononnya nak terus ke Melaka untuk shoot outdoor portraiture...malangnya tak kesampaian) dah alang - alang berjalan ke Muar, sekalian la berjalan - jalan di Melaka.

Persiapan rapi ke Melaka, takde langsung...cuma search hotel mana nak lepak, mana tempat yang best dilawati... dari Muar, exit ke Tol Ayer Keroh, mula - mula sekali, agenda mencari hotel... kalau ikut preparation, nak stay kat Aldy Hotel, reasonnya...dekat dengan Stadhuys, dekat dengan bandar Melaka...nak jalan - jalan, boleh jalan kaki jek, tak yah nak drive. tapi bila refer pada map yang diambil dari website hotel tu (ntah belit - belit, tambah aku tak reti tengok map), maka incik hazo mencadangkan kami menginap di hotel Straits Meridian (agak murah, sesuai dengan budget, selesa, cuma agak bising - apartment type). Dah check in, angkut barang semua, lepak kejap...petang sket baru jalan - jalan....

Destinasi pertama, mula - mula parking keta kat mahkota parade (sebab takde kupon letak keta tu, takut kena saman plak) area Dataran Pahlawan sangat buzy, sebab ada road tour radio Era...so sangat penuh dan sesak...perut kami yang berkeriuk - keriuk ni..minta makan lagi...owh...kaki dengan laju melangkah...laju terus menuju ke arah McD...hehehhe...

Lepas makan, aku dan incik hazo berputar - putar ditepi Dataran Pahlawan (tercangak - cangak, tak tau mana nak tuju), almaklum la, sekian lama tak ke Melaka... road tour kami bermula dengan perjalanan mendaki Bukit St. Paul...pendakian agak lambat, kerana aku baru lepas makan, dan tak abis - abis nak amik gambar. sebelum mendaki tu, kitorang berjalan - jalan dulu kat Muzium - muzium yang ada disekitar bukit tu, tapi memandangkan hari pun dah petang, maka banyaklah muzium yang sudah tutup.

(permandangan dari Bukit St.Paul)

(Menara Taming Sari, dari Bukit St. Paul)

Hampir hilang nafas panjat tangga bukit ni, tapi aku tak abis - abis amik gambar itu ini, pastu ternampak seekor kucing yang comel, duduk dalam posisi tabung....

(comel kan?, ini namanya posisi tabung)

(St. Paul )
.:ya, tidak mampu meminta semua orang ketepi:.

Sampai je dekat puncak bukit St. Paul, maka bergambar - gambar dengan sakan nyer...tapi takde gambar berdua langsung, banyak gambar aku jek (next time mahu beli tripod, mesti banyak gambar berdua)

(satu - satunya gambar berdua)
.:terima kasih adik penarik beca:.


ini adalah satu - satunya gambar kitorang berdua, kalau tak kerana adik yang mengayuh beca tu, memang takde la gambar ni. (saat ni, aku sangat excited bergambar dan naik beca, hua hua hua, incik hazo dah malas nak bergambar, mungkin kerana sudah penat) masa kat Bukit St. Paul lagi aku dah ushar - ushar beca ni semua, maklumla, pengayuh nya semua pasang lagu rancak - rancak, aku jadi teruja, tapi macam tak sampai hati plak nak mintak pakcik - pakcik tu semua bawak kitorang..huhuhu...tapi dah depan Stadhyus ni, abang yang kayuh beca ni pun badan boleh tahan gagah...terus layan jela...hahahahhahaha...

(hehehe..sempat lagi beli selipar)

masa nak beli selipar ni, pakcik tu cakap "ni selipar untuk jumpa bakal mak mertua raya nanti" hahahha.."pakcik, saya dah jumpa dah pun...banyak kali...tengok inai di jari saya ini...sudah hampir lupus ni..." (cakap dalam hati jek...)

**tamat sudah penceritaan hari pertama, lepas naik beca, singgah sekejap dekat MPH, terus balik hotel, next entri akan cerita untuk aktiviti hari kedua**

Sunday, 23 August 2009

Sungguh Sempurna...

Takde ayat yang boleh aku luahkan perasaan sambut ramadhan kali ini...terasa lebih dari sempurna. takde yang sesempurna ramadhan tahun ni...kenapa yer...? ntah la, mungkin kerana dah berumahtangga, tambahan tidak bekerja dengan mana - mana company, jadi dapat melakukan ibadat dengan tenang sekali, tidak berbual dengan mana - mana orang perseorangan yang boleh menjadikan sesi mengumpat dan lain lain lagi bagi mengurangkan pahala puasa itu sendiri...mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aku rasa ramadhan kali ini sangat sempurna...

Jika dulu, aku bekerja di sebuah pusat membeli belah, keje bahagian Tech Support...sangat susah untuk bergerak kemana - mana (even pegi lunch atau dinner, mereka akan call hp), pernah sekali meeting diadakan, pekerja Muslim tidak dibenarkan pergi sembahyang kecuali waktu rehat. bermakna jika kerja syif pagi, rehat pukul 1tengahari, sekalian pergi solat...jika syif petang, macam mana nak solat, masuk kerja pukul 1tengahari...langsung tak bagi peluang untuk solat..takkan nak qada' solat pulak...(tapi kitorang curik - curik timing solat, cover - cover member), bukan setakat solat, kadang kala nak berbuka pun sama jugak hal nyer...suh kita beli makan berbuka seawal pukul 4, dan sambil makan, kalau kena buat tech support, buat la time tu...sedih giler time tu....(owh..sudah - sudah la mengenang benda yang lepas)

Mungkin terasa lebih tenang kerana sudah tidak mempunyai kawan yang suka melaga - lagakan orang, yang suka membawa kita ke jalan yang tidak benar....(tak perlu dinyatakan siapa mereka itu, cuma doa dan harapan agar mereka berubah menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang bertakwa)

Sedikit renungan:-

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin & http://nurjeehan.hadithuna.com/

Thursday, 20 August 2009

Ramadhan Datang Kembali


Esok hari Sabtu, 22 Ogos 2009, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, seluruh umat Islam yang berada di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan... aku jua tak kettinggalan, tambahan lagi, ramadhan kali ini...adalah yang pertama kali disambut bersama - sama incik Hazo yang tercinta.

Kalau selama ni, aku boleh bangun sahur agak lewat, kerana mak dah sediakan semua juadah bersahur, aku tinggal bangun, cuci muka terus makan... sekarang, aku harus bangun, siapkan semua juadah untuk bersahur dan mengejutkan incik Hazo makan sahur.

Sahur agak penting bagi aku, sebab perut aku selalu masuk angin, so...bila lapar, perut masuk angin dan terus sahaja sakit kepala yang terlampau - lampau (sampai tak boleh buka mata). jadi aku harus bangun sahur.

Hmm...bulan Ramadhan tahun ini, jatuh pada bulan Ogos, atau lebih dikenali sebagai bulan kemerdekaan...ari tu aku tengok tv, ada sambutan hari kemerdekaan...?? bagaimana cara mereka meraikan sambutan kemerdekaan tahun ni...(jika sama seperti tahun - tahun berikutnya, konsert la, apa - apa lagi la), adakah ia patut? Aku rasa, kalau nak buat juga sambutan kemerdekaan tu, ada baiknya buat sembahyang terawih beramai - ramai, disertai solat hajat (sebab sekarang negara kita sangat teruk dengan pelbagai masalah, politik, virus H1N1, masalah sosial), daripada melakukan aktiviti - aktiviti yang tidak sepatutnya...bukankah bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Rasulullah s.a.w?? (ini apa yang aku pelajari semasa sekolah agama dulu). ada kemungkinan besar semua hajat kita akan ditunaikan. tetapi bukan aku yang mengatur semua acara dan aktiviti untuk menraikan bulan kemerdekaan...tak sambut tak bermakna tak cintakan negara sendiri...ada diantara kita, yang sambut kemerdekaan, kibar bendera bagai nak rak...tetapi tetap juga tak cintakan negara sendiri...tepuk dada, tanyalah akal....

**oh..aku masih berhutang entri ke melaka, nanti akan di updatekan**

Selamat Pengantin Baru

(foto dicuri dari Facebook Megat)

Sabtu lepas, aku dan Incik Hazo ke Muar, untuk meraikan majlis sambut menantu sahabat saya - Megat Malfiz dan Siti Shahila - , bergerak dari rumah pukul 10 pagi dan tiba disana hampir pukul 12 tengah hari (sedang - sedang elok, kata incik hazo), jadi selepas selesai kami menjamu nasi minyak...duduk - duduk menunggu pengantin berarak...(owh..saya sampai terlalu awal, masih ada 1 jam lebih lagi), khemah semakin dipenuhi para tetamu, incik hazo berkata, "kita kena gerak, nanti orang lain tak boleh duduk"...aku terpinga - pinga...maka, aku harus patuh, tak dapat menunggu ketibaan pengantin, harus segera beredar, memberi peluang kepada tetamu yang lain. Hadiah bertukar tangan, jenuh juga ayah Megat - pakcik Ismail menahan kami (sementara tunggu pengantin tiba, minum cendol dulu..katanya), maafkan kami pakcik, Megat dan Shabel...kami terpaksa undurkan diri dulu....terima kasih atas jemputan nya....selamat pengantin baru, semoga bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat...

**kami terus ke Melaka, will update tentang Melaka next entri**

Saturday, 8 August 2009

Aduh..Pening Nyer...

Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam..bangun tido pagi tadi, selsema dah kurang...menjelang petang...selsema dah baik terus...tiba - tiba jek rasa pening..dunia macam berpusing - pusing...so aku malas nak bergerak banyak, baring mendiamkan diri depan tv, tukar - tukar channel, carik cerita menarik...(arghh..astro, apa yang menariknya...tunggu tribute to Yasmin Ahmad)...tiba - tiba aku rasa seperti, mata aku semakin berat...owh...memang wajib aku switch off tv, dan tido....

Terjaga lebih kurang pukul 4.30 petang, aku masuk bilik bacaan, merangkap bilik surfing internet dan bilik membuat kerja - kerja handmade aku yang baru nak bermula...(hmm..kertas - kertas masih tak bergerak jua, aku rasa ada kekurangan untuk aku buat handmade card). Aku duduk balik depan tv...terpikir - pikir, kalau ada kucing kan best....tapi incik Hazo tak benarkan aku bela kucing, dia cakap busuk, pastu nanti susah nak gi jalan - jalan....(incik hazo tetap tak benarkan walaupun aku brjanji macam - macam perkara.., katanya nanti busuk macam kat umah bujang dulu)..aku akur...incik hazo suh bela rabbit sahaja...






Aku penah survey pasal rabbit ni...macam - macam jenis ada...tersangat la comelnyer...dulu aku ada seekor rabbit, kaler putih, namanya Kickers (masa tu time kartun kickers glemer...), tapi rabbit tu mati, sebab terkepit...kesian giler....

Oh...citer pasal rabbit ni...tiba - tiba aku tak jadi nak bela, sebab aku baca fakta pasal rabbit ni, mereka sangat aktif membiak, proses bunting dalam msa 30 - 31 hari, sekali beranak dalam 5-6 ekor...aku kira - kira, agak susah jugak,kerana nanti, makanan mereka, kandang rabbit lagi...aduhai...silap - silap aku kena gi keje sebab nak bagi rabbit makan...jadi...lupa kan je niat tu...

Dalam pada aku duk terpikir - pikir...mata aku lelap semula...moral entri ni...ialah...saje - saje nak kongsi cerita :)

Friday, 7 August 2009

Makan Taugeh..??

Sejak kebelakangan ni, aku tak berapa sihat, selsema, badan terasa panas, kerap bersin...ohohoho..aku mulai berasa sangat seram, maklum saja la, virus - virus yang menular dengan begitu cepat sekarang ni, aku harap, aku ini biasa2 saje...Kondisi incik hazo juga belum membaik, jadi...mak serta ibu mertuaku berpendapat kemungkinan aku sudah 'berisi'...

Makanya, semalam selepas berputar - putar gi makan nasi lemak, aku decide untuk pegi ke farmasi, incik hazo nak beli ubat batuk...aku kononnya nak beli pregnancy test, manalah tau, Allah nak bagi rezeki seawal ini...tapi incik hazo melarang, katanya, dia hanya demam biasa dan berlanjutan...tapi...tadi selepas tengok filem SETEM, aku sekali lagi singgah ke farmasi (sebab aku tak puas hati, incik hazo asik muntah dan nak makan asam), membeli pregnancy test...dan hasilnya ialah....NEGATIF...(owh...belum ada rezeki lagi,mungkin kami ini demam biasa kerana cuaca jugak tidak menentu..)

Sekarang, aku asik menonton sinetron indonesia - SEKAR, ada satu episod ni, sekar ada cakap, masyarakat dikampungnya percaya, kalau mau zuriat cepat dan ramai, harus makan taugeh...aku terasa sangat pelik, dan asik teringat - ingat je...lalu aku cakap pada incik hazo..."mungkin sebab taugeh ni cepat tumbuh dan banyak...sebab tu makan taugeh kot" hmmm...mungkin satu hari nanti aku akan praktik kan makan taugeh... :D biar cepat dapat baby, sebab aku asik rindukan anak buah aku, mak aku suh aku beranak sendiri...huhuhuh...maafkan saya mummy... :)

**oh ya, mungkin saat ini, kawan saya Megat Malfiz dan Siti Shahila baru saja selesai diakadkan...tahniah kepada mereka, semua rumahtangga mereka sentiasa bahagia sehingga akhir hayat... (i'm going to Muar next week..yehhooo...)

Wednesday, 5 August 2009

Masak - masak

Hahaha..entri kali ni pasal 1st time aku memasak makanan - makanan ini...Aku bukan la pandai sangat masak...tapi kalau tengok resepi, pastu masak...reti la jugak..at least aku kenal jugak bahan - bahan macam kulit kayu manis, bunga lawang...dalam tak pandai memasak...lepas jugak aku masak untuk raya tahun lepas...(walaupun rendang ayam tak seperti rendang ayam orang lain..tapi rasanya sama tau...)

Kalau tanya kat adik - adik lelaki aku, diorang suka kalau aku masak ayam masak merah..kalau tanya laki aku..tak habis - habis ngan nasi goreng dia..

Okla, sekarang aku nak tunjuk resepi untuk memasak....

1. Ikan Siakap Masak Sos Tiram


Untuk masak ikan siakap oyster sos ni, bahan - bahan yang diperlukan ialah:

---> sedikit cili padi, di potong (ikut kesukaan, nak pedas banyak @ sikit)



---> 2 ulas bawang putih, dicincang


---> 6 sudu Sos Tiram (ikut suka)
---> Air
---> Ikan Siakap

Cara - caranya:-

--> Goreng ikan siakap (ikan tidak perlu kunyit), kemudian angkat.
--> Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi sampai naik bau.
--> Masukkan Sos Tiram, sedikit air, kacau sampai sedikit mendidih, kemudian curahkan keatas
ikan siakap..
--> siap la, boleh makan...


2. Cempedak Goreng


Cara masak Cempedak Goreng, bancuh tepung beras, kemudian masukkan cempedak dalam bancuhan tepung tu, goreng jek...
hahahha...ni 1st time aku goreng cempedak...pastu incik hazo cakap, "hah, hangit ke..? aku jawab la.."tak hangit, cuma terbakar sket jek.." huhuhuhu...nasib la....asalkan boleh makan...terbakar - terbakar pun, laku je cempedak ni... :P

so..boleh la cuba masak ikan siakap ngan cempedak goreng ni...tapi ikan siakap tu memang best giler...terlompat - lompat kalau bau orang masak... :D

Monday, 3 August 2009

Berjaya Ke Pesta Buku Negeri Selangor

Wahahaha...akhirnya aku berjaya juga ke Pesta Buku Negeri Selangor...Alhamdulillah...Bukan apa, aku nak sangat ke Pesta Buku sebab nak beli novel terbaru karya Norhayati Berahim. Novel terbaru, "Aku Bukan Billy Milligan".

Aku memang minat sangat baca novel, dari kecik (lebih kurang umur 8 - 9 tahun) aku dah mula baca novel...yang aku ingat tajuk novel tu "Badai Semalam". Jalan citer nya, aku ingat - ingat lupa, apa yang aku pasti, watak gadis dalam novel tu, anak orang gaji..kena kawin ngan anak tuan rumah tempat mak dia keje, pastu dia kena pukul ngan laki dia...selebihnya...tak berapa ingat... Novel ni, kakak aku yang pinjam dari library sekolah dia... (kakak aku beza 5 tahun dari aku) so..sejak dari baca novel tu, aku suruh kakak aku pinjam lagi novel kat sekolah dia...lepas dia baca, aku plak baca...
Adakalanya..aku ngan kakak aku kongsi - kongsi duit untuk beli novel..dah beli novel, simpan tempat rahsia..tak boleh simpan dekat rak buku, sebab dulu, abah aku sangat garang...tak suka anak - anak dia baca majalah hiburan ke, novel ke, komik ke...yang abah aku tau, anak dia 24jam kena baca buku sekolah, kena ulangkaji..

Tapi...dalam garang - garang abah aku tu, aku ni pandai jugak kelentong...aku lapikkan buku tu...so..dari luar abah aku tengok aku baca buku sekolah...isi dalamnya...novel yang aku pinjam dari library..huhuhuhu... (nasib baik tak penah kantoi)

Lepas, minat aku baca novel ni, sampai tahap aku sendiri tulis citer...aku amik buku - buku sekolah tahun lepas - lepas...aku binding jadi buku tulis yang tebal dan aku karang sendiri cerita (kes yang ni, menurun plak kat adik aku). Naik je sekolah menengah, koleksi novel bertambah banyak, maka ada la sesi pertukaran novel dengan kawan - kawan, ada setengah daripada kawan - kawan yang pinjam novel aku, pastu tak pulang balik...mengamuk la kakak aku...sejak itu, no more novel - novel...

Tapi sekarang koleksi novel aku dah banyak semula...most of the writer is Norhayati Berahim...kalau ada orang yang berpendapat..baca novel seperti berangan, tapi pada aku...baca novel, aku dapat meluaskan pengetahuan. sebab sekarang, dunia penulisan dah berkembang, mereka bukan menulis dalam khayalan..tetapi alam nyata...malah, ada sesetengah penulis, sanggup travel ke negara orang lain untuk mendalami cerita dan watak yang mereka wujudkan dalam novel mereka...

untuk semua penulis novel...saya ucapkan semoga berjaya selamanya...

**15hb ni, kawan aku kawin di Muar, harap - harap incik Hazo cepat sihat...