Entri kali ni nak bercerita pasal tudung. Sekarang ni, macam - macam fesyen tudung ada.
Kalau tak silap, mula - mula sekali fesyen tudung yang dok heboh sana sini orang pakai ialah, fesyen tudung Wardina dan Waheeda. Memang glemer la sape yang pakai tudung macam diorang time tu. Fesyen pin tudung kat bahu, selebihnya tarik, cucuk kat sanggul belakang tu. Fesyen Waheeda plak, tudung lebih labuh, pin kiri kanan kat bahu.
Lepas tu, fesyen tudung Ekin. Toncet tinggi, pastu pakai tudung. Erm, fesyen ni aku tak berapa berkenan sangat. Sebab toncet tinggi tu. Ntah apa motif, dah macam emak Simpson plak :D Ada jugak yang berambut pendek, tapi bila pakai tudung macam ni, toncet tinggi gak.
Lepas tu, masuk plak fesyen tudung Heliza. Rasanya Heliza punya tudung tak jauh lari dari Wardina, cuma dia gabungan gaya tudung Wardina + Ekin.
Terbaru, ala - ala Yuna dan Hana Tajima. Just guna pashmina, shawl. Kalau pegi Alamanda ke, IOI ke, Leisure Mall ke, mana2 shopping complex memang sah - sah la nampak tudung2 gaya macam ni.
Mesti korang tertanya - tanya kan, kenapa plak aku mempertikaikan isu tudung ni?
Tak...bukan aku mempertikaikan. Pada aku, masing - masing ada citarasa masing - masing. Nak pakai tudung gaya macam mana pun, terpulang pada diri sendiri, keselesaan anda bertudung.
Aku?? Gaya tudung aku banyak berubah. Masa mula - mula aku bertudung, start Form 1 sampai Form 5. Masa tu, pakai tudung yang dah siap 3 segi tu, yang setiap ujung tudung tu, ada hiasan yang berjurai2, berbenang2 tu. Dengan tak pakai anak tudung (dah rupa macam Dato' Sharizat plak,jambul terkeluar time bergerak aktif). Pin kan bawah dagu,selarikan ujung tudung, pin kan bawah dada.
Kemudian, masuk Kolej IKIP, jenis tudung masih sama, tudung 3 segi tu, cuma cara pemakaian berlainan sket. Dah mula silang kiri kanan, pin kat bahu. Tapi masih tak pakai anak tudung. (Start pakai anak tudung bila baca 1 artikel pasal "bertudung tidak sempurna"). Naik semester 3 - 6, jenis kain tudung bertukar wajah (aiceh, dah macam Action Kamen plak), pakai tudung kain segi empat, lipat2 jadi segi 3. Kain lebih besar, bidang 50' kalau tak silap. Yang peliknya, dah takde variasi kaler tudung, semua aku bantai kaler putih. OMK!! (Oh Mak Kau!!). Masa tu aku rasa, kalau aku pakai tudung corak - corak, ia akan menambah setiap inci muka aku. Muka terasa lebar nak mampus kalau pakai tudung corak - corak. Padahal cara pakai tu tak btul, sebab tu muka lebar!!
Lepas tu, tudung kaler putih tak stop sampai situ je, masa sambung Degree, aku still dengan tudung putih aku tu. Ntah apa perasaan syok sangat pakai tudung putih pun aku tak tau. Maybe feeling nak rasa muda kot... OMK!!Zila...Zila...
Pastu, secara tiba - tiba, ada satu perasaan gedik bila tengok sorang sahabat pakai tudung bidang 60', ada corak. Tengok - tengok macam best je. Ajak dia pegi PKNS Shah Alam, beli 2 helai tudung corak - corak. Bila pakai pegi kelas, semua orang terpegun, ada yang pengsan, sawan (Ok, ni tipu) sebab terkejut dengan perubahan. Pujian melambung - lambung sampai aku terpaksa balik hostel tukar pakai kain. (Tipu lagi :P).
So, sejak tu, aku mula pakai tudung corak - corak, ikut gaya Wardina. Tapi tudung kaler putih ngan tudung plain kaler lain tetap pakai jugak. Cuma belum pernah cuba pakai tudung guna pashmina, rasa pelik bila try depan cermin. Pernah cuba pakai tudung Ekin (tapi tak toncet tinggi), Incik Suami tak berkenan (So, aku perlu ikut kata dia).
(Ni la gaya aku bertudung sekarang, cuma tak de pin kat belakang je)
Sebenarnya, apa pun jenis tudung yang kita pakai, apa gaya yang kita cuba, tak jadi masalah selagi ianya masih dalam kategori menutup aurat, iaitu melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan tidak pulak dari jenis kain yang jarang. Untuk peringatan kita bersama :)
**A'ah, lupa plak nak selit tudung Dato' Siti. Eh, tapi tu bukan tudung kan...?? :)
No comments:
Post a Comment