Kali ni nak bercerita tentang buah hati pengarang jantung saya ni :) Nur'ain Saffiyah. Budak yang banyak keletah ni, baru "dapat kaki" (istilah bagi bayi yang dah mula berjalan) 2minggu selepas hari lahir yang pertama. Wah...sejak dah pandai berjalan, sana sini dia berjalan. Sampai kan letih pulak Mummy tengok.
Jenis tak putus asa, kalau jatuh masa berjalan, Nur'ain tak menangis. Tapi dia bangun, tersengih - sengih dan cuba untuk dapatkan apa yang dia kejar. (Good girl - ini dah hampir serupa dengan perangai Daddy kamu)

Orang cakap, seronok tengok anak membesar depan mata. Yup, sangat betul. Incik Suami mengalirkan airmata bila tengok video Nur'ain berjalan. (masa Nur'ain mula berjalan, cuma aku dan emak yang dapat tengok. Daddy??Go to work, Sayang)
Kalau nak cerita kan tentang keletah Nur'ain, memang tak lekang senyuman dari bibir aku ni. Banyak sangat. Dia suka mengajuk setiap perbuatan kita. Kenyit - kenyit mata, muncung - muncung bibir (tapi akhirnya menjadi jelir - jelir lidah), ketawa sambil tutup mulut. Tapi satu perkara buat aku geram sangat dengan budak kecik ni, susah untuk berenggang dari aku. Geram sangat. Kadang - kadang, pantang nampak aku berdiri, confirm dia nangis nak suruh dukung dia. Banyak cantik!! :) dan akhirnya...aku takkan dukung dia, tapi aku akan mula merangkak, dan buat bunyi kucing. Nur'ain diam, dan pegang bahu aku, ikut jalan sama - sama. Hahahahaha~~Besarnya kucing Nur'ain :D
No comments:
Post a Comment