Rules untuk tengok TV bersama mak saya.
1. Setiap pukul 1pm, 4pm, 7pm ~ perlu bukak siaran Astro Oasis, tengok dan dengar Indahnya Iman. Mak cakap, mak tak mampu nak mengajar, tapi dengan cara ni jela yang mak dapat tunjukkan.
2. Setiap hari Selasa, pukul 10pm, kena bukak TV9. Ada program Halaqah. Mak cakap bagus untuk pengisian hati, tajuk2 dia menyentuh jiwa manusia, bagus untuk kita supaya sedar, siapa diri kita. (kadang-kadang aku nangis tengok Halaqah, tapi sorok2 supaya mak tak tau)
3. Setiap hari Khamis, pukul 10pm, mesti bukak TV9, Dekat di Hati. Untuk tengok Semanis Kurma. Pelajari selok belok rumahtangga yang dirahmati Allah. Ada doa2 yang boleh kita hafal.
4. Setiap hari Jumaat pukul 5pm, mesti bukak TV3, ada Al-Kuliyyah. Watch and Learn kata mak. Ilmu - ilmu dalam Islam. Walaupun Abah dah hantar pegi Sekolah Agama, tak bermakna anak - anak mak tak perlu dengar tentang agama.
Dan kebiasaannya selepas Indahnya Iman kat Astro Oasis akan ada lagu ni, Lagu Tema Imam Muda 2011. So, Jom layan. Best, Edry KRU yang cipta.
**upload video kemain lama lagi, pandai2 korang la tengok sendiri eh :)
**Mak cakap,bukan perut je kena isi, hati pun kena isi jugak. Sejak bulan lepas, Astro Oasis ada bacaan Al-Quran, sementara nak tunggu Azan berkumandang. Sambil tunggu azan, boleh la semak2 bacaan kita selama ni betul ke tidak :)
assalamualaikum sayang, apa yg mak nk zila lakukan skrg adalah yg terbaik utk diri zila ,akan jd yg terbaik utk fmli zila pd masa akan dtg, bila mak telah tiada semua itu akan zila kenang sepanjang masa..mcm ne mak nk zila jaga suami/anak2..diri kita juga perlu di isi dgn ilmux Allah supaya kita sentiasa bersyukur dgn keadaan kita..sb ada org lain yg lebih ssh dr kita..ilmu yg kita ada jgn dipersiakn.. Skrg mak di uji seberatx ujian dr Allah tp mak bersyukur mak masih boleh ketawa/bergurau wl xsiapa tau adakala mak menangis sepuasxnya utk melega kn persaan hiba..Ya Allah aku hamba Mu yg sgt lemah aku xkuat utk hadapi semua ini..beri la aku sikit kebahgiaan menjelang harix akhir hayat ku..mak menangis bkn kerana sesorang..tp kerana menangis mak dipilih utk jd spt ini..cuma mak berdoa pd Allah biar la mak pergi dlm keadaan sempurna jasmani dan rohani..semuga kasih sayang kita diberkati Allah.. Amin
ReplyDelete