Saturday, 2 July 2011

Menempuh "Motherhood"

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pasal Motherhood pulak atau dalam bahasa melayu ialah alam keibuan, keemakan, kemummyan pun boleh :D tapi kalau taip alam kemamaan, dah lebih kurang bunyik macam Kemaman - Terengganu :P (OMK!!Zila, please stop merepek~~Baiklah)

Aku ni, adalah seorang yang penuh dengan kasih sayang (yucks, ye ye je). Eh, tapi betul. Sejak dari kecik, aku memang suka bayi, budak - budak. Tapi, kalau budak yang mengada terlebih, yang suka hentak - hentak kaki, nangis nak barang mainan kat kedai, memang aku rasa nak cepuk, sepak terajang je. Sebab, aku tak suka budak ngada - ngada macam tu.

Masa aku belum kawin, dating - dating ngan Incik Suami, pernah aku nampak beberapa karakter seorang perempuan yang kita panggil Mak, Mummy, Mama, Ummi, Ibu, dan Ma. Ada satu situasi ni, seorang kakak ni, anak dia menangis, pada aku, mungkin anak dia tak sedap badan. Merengek la anak dia dalam troli Jusco ni.Dia tanya anak dia "Anak mama ni nak apa?" masa tu aku memang pelik giler. Mana la budak kecik tu nak jawab. Aku terlupa, bahawa antara emak dan anak, ada chemistry nya yang tersendiri. Seperti mana aku dengan Nur'ain sekarang.

Aku nak bercerita sikit, tapi kaum Bapa jangan ambil hati, entri ni bukan bermaksud anda tak prihatin terhadap anak anda, cuma sudut pandangan dan cara emak dan bapa memberikan kasih sayang berbeza.

Dulu, sebelum ada anak, dan bila tengok cara sesetengah orang mendidik anak, aku dah buat beberapa perancangan untuk didik anak aku. Nak jadi seorang mummy yang cemerlang mendidik anak - anaknya :) malah, aku berazam untuk jadi macam mak aku, macam mana dia didik aku.

Tak dinafikan, masa aku kecik, cukup nakal. Tapi bila mak jegilkan mata, serta merta aku jadi baik, behave depan orang ramai. So, aku nak anak - anak aku semua macam tu. Tak yah la dengar mummy dia terpekik pekau baru nak duk diam - diam.

Pastu, aku jugak pernah janji, tak nak pukul atau cubit anak - anak aku masa diorang masih kecik, sebab pada aku, diorang kan baby, mana tau apa - apa. Tapi, tu semua dulu. Sebelum ada anak. Memang sebelum ni aku pernah la training panas baran aku pada anak - anak buah aku. Tapi, anak orang dengan anak sendiri mana nak sama. Anak orang nakal, bukan kita boleh pukul atau marah sesuka hati.

Bila aku dah jadi mummy, baru la aku tau, sifat panas baran aku masih lagi wujud. Haish...ntah macam mana nak hilangkan ntah. Mana pergi janji tak nak pukul, cubit anak time baby pun tak de (tapi bukan la aku cubit atau pukul sampai lebam, dan bila usia Nur'ain dah 9bulan keatas baru dia kena pukul). Bukan pukul apa pun, aku tampar montot dia, time dia mengeliat tak nak pakai diaper, time dia sibuk nak ikut aku masuk toilet, time aku nak buat keja, dia mintak dukung, memang kena la time tu.

Sekarang, Nur'ain dah pandai berjalan, kadang - kadang dia tak nak pakai kasut time nak berjalan kat simen, memang kena cubit kecik - kecik kat tapak kaki.

Aku pukul atau cubit, bukan bermakna aku benci atau ada niat nak dera. Tapi, aku ni manusia, dan jenis manusia yang susah sangat nak bersabar dengan kerenah anak - anak yang banyak ragam. Bukan bermakna aku tak sayang. Kalau aku tak sayang anak, time anak sakit, time terhantuk, meragam mintak dukung, aku takkan layan kerenah tu. Ada sekali sekala, Nur'ain kena marah. Sebab kenakalan dia, buat sepah, kirai - kirai kan kain baju yang aku dah lipat. Memang kena pukul la tangan tu. Dan perkara yang positif aku nampak, bila sekali dah kena pukul tapak tangan dia, next time dia tak kirai - kirai lagi, tapi...dia baring pulak kat baju - baju yang dah di lipat...Haish...memang macam - macam perangai dia.

Takpela, nama pun baby. Ada banyak lagi nak cerita, tapi tak ada banyak masa. Next time sambung lagi :)

No comments:

Post a Comment