
Saya nekad, tekad.
Untuk yang sekian kali nya~
Saya bertekad untuk melupakan, meluputkan mereka dari ingatan saya.
~mereka tidak pernah menghargai saya.
Saya bertekad untuk melupakan setiap pujian yang pernah mereka berikan pada saya.
~setiap pujian dari mereka, saya tidak tahu samada ikhlas atau tidak.
Saya bertekad untuk melupakan setiap cacian yang mereka lemparkan pada saya.
~kerana mereka mencaci dan memburukkan saya atas tujuan ingin melihat saya terus lemah.
Saya bertekad untuk melupakan setiap kenangan manis dan pahit bersama mereka.
~tiada guna saya ingatkan orang yang banyak menyakitkan hati saya.
Saya bertekad untuk tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada mereka, samada mereka berjaya atau gagal.
~kerana saya yakin, Allah sedang mengubah nasib saya.
Saya bertekad untuk mengubah diri saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat.
~semoga Allah menerima taubat nasuha saya.
Saya bertekad akan memperbaiki hubungan saya dengan abah.
~Insya Allah, saya akan menjernihkan keadaan bila sampai masanya.
Saya bertekad untuk tidak memprivasikan blog saya.
~kerana itu tindakan orang yang takut berhadapan dengan realiti, tindakan orang yang tidak bertanggungjawab.
Biarlah apa yang mereka nak cakap pasal saya, tak jadi kudis. Saya tak mau ambil tahu.
**emak cakap, biarla apa orang nak cakap pasal awak, tergigit lidah, mereka akan berhenti bercakap~~terima kasih, emak...
**saya mahu melupakan mereka, kerana tiap kali mengingati mereka, saya akan terus membuat dosa. Jadi, saya tak mahu bagi mereka pahala free, kamu fahamkan maksud saya.
Assalamualaikum akak.:)
ReplyDeleteSihat kak? blog baru akak nampak lagi cool. suka layout yg baru.:)
Segalanya bermula dengan niat.Bila niat kita betul semua kerana DIA,insya Allah, DIA akan permudahkan tekad dan impian akak.Aja-aja fighting kak. :)
@Fatin,
ReplyDeleteThanks :) kamu kena bagi sokongan pada akak jugak...banyak yang akak kena mula balik...
Akak tengah kumpul layout baru, tangan asik mengetis nak tukar layout je..carik layout yang cool2 :)
Insya Allah.Sokongan dari jauh and doa untuk akak. yg penting akak kena kuat and bertahan.
ReplyDeletehahaha..tangan menggetis?bahasa baru eh.