Friday, 22 April 2011

Kenangan bersama mereka...Saya mahu terus lupakan


Saya nekad, tekad.
Untuk yang sekian kali nya~
Saya bertekad untuk melupakan, meluputkan mereka dari ingatan saya.
~mereka tidak pernah menghargai saya.

Saya bertekad untuk melupakan setiap pujian yang pernah mereka berikan pada saya.
~setiap pujian dari mereka, saya tidak tahu samada ikhlas atau tidak.

Saya bertekad untuk melupakan setiap cacian yang mereka lemparkan pada saya.
~kerana mereka mencaci dan memburukkan saya atas tujuan ingin melihat saya terus lemah.

Saya bertekad untuk melupakan setiap kenangan manis dan pahit bersama mereka.
~tiada guna saya ingatkan orang yang banyak menyakitkan hati saya.

Saya bertekad untuk tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada mereka, samada mereka berjaya atau gagal.
~kerana saya yakin, Allah sedang mengubah nasib saya.

Saya bertekad untuk mengubah diri saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat.
~semoga Allah menerima taubat nasuha saya.

Saya bertekad akan memperbaiki hubungan saya dengan abah.
~Insya Allah, saya akan menjernihkan keadaan bila sampai masanya.

Saya bertekad untuk tidak memprivasikan blog saya.
~kerana itu tindakan orang yang takut berhadapan dengan realiti, tindakan orang yang tidak bertanggungjawab.

Biarlah apa yang mereka nak cakap pasal saya, tak jadi kudis. Saya tak mau ambil tahu.

**emak cakap, biarla apa orang nak cakap pasal awak, tergigit lidah, mereka akan berhenti bercakap~~terima kasih, emak...
**saya mahu melupakan mereka, kerana tiap kali mengingati mereka, saya akan terus membuat dosa. Jadi, saya tak mahu bagi mereka pahala free, kamu fahamkan maksud saya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum akak.:)

    Sihat kak? blog baru akak nampak lagi cool. suka layout yg baru.:)

    Segalanya bermula dengan niat.Bila niat kita betul semua kerana DIA,insya Allah, DIA akan permudahkan tekad dan impian akak.Aja-aja fighting kak. :)

    ReplyDelete
  2. @Fatin,

    Thanks :) kamu kena bagi sokongan pada akak jugak...banyak yang akak kena mula balik...

    Akak tengah kumpul layout baru, tangan asik mengetis nak tukar layout je..carik layout yang cool2 :)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah.Sokongan dari jauh and doa untuk akak. yg penting akak kena kuat and bertahan.

    hahaha..tangan menggetis?bahasa baru eh.

    ReplyDelete