Tuesday, 26 April 2011

Tik..Tok...Tik..Tok..

26hari je lagi...

Sekarang ni sibuk sangat menghitung hari...almaklumlah...tak lama lagi, Nur'ain genap setahun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, bila tengok gambar - gambar Nur'ain dari 1st day lahir, sampai sekarang, memang banyak sangat beza....Mata makin bulat, makin banyak ragam...kadang - kadang buat aku naik geram, naik angin, naik tocang, naik tangga, naik berat badan...hahahahhaha

~masa 1st day kat Hospital


~masih dalam hari, sangat kecik~



~ni pun masa dalam hari lagi, dah nak dekat sebulan rasanya~


Sekarang umur Nur'ain 11bulan 4hari...Setakat ni, dia dah pandai...
~menjerit sakan, sekali dengar macam menyanyi pun ada.
~mengganggukkan kepala bila kita cakap "betul tak?" atau "dah?"
~berdiri lebih kurang 1minit, tanpa sokongan kerusi, meja, tilam, Mummy, Daddy atau Nenek.
~tetiba Nur'ain panggil nenek dia "emak"....mungkin Nur'ain confuse, sebab nenek nampak muda.
~kecik - kecik atau sepet - sepet kan mata (padahal mata dia sangat bulat)
~pandai korek idung, walaupun tak tepat ke lubang hidung.
~makan nasi 2-3biji, gigit kacang...bila kacang dah terbelah dua, dia luahkan balik.
~duduk dalam besen, main itik plastik dia.
~bangun berjoget, tepuk tangan bila dengar lagu.
~beratib, ke kiri ke kanan setiap kali dengar Indahnya Iman (sejuk perut Mummy)
~turun sendiri dari katil.
~dah pandai nangis nak ikut orang pegi jalan - jalan.
~dah tau, bila Mummy pakai seluar jeans, pakai tudung, dia tau mesti pegi jalan...terus melalak2.
~dah pandai tunjuk guna jari telunjuk.
~bila tak dapat barang yang dia nak, dia akan merajuk tertonggeng.
~bila ada orang duduk kat meja makan, dia tau orang tu tengah makan, dia akan menyibuk sama, bila orang cakap "finish" dia tak percaya, lalu dia tertonggeng nangis.


~gambar ni, ayahchik dia tolong amikkan. Nur'ain bersama favourite toy dia~



~gambar terbaru ni, masa ni tepat 10bulan. Mata makin bulat~


Itu je perkembangan dia setakat ni...

**pernah baca kat 1 blog ni, tapi tak ingat apa address blog tu, dia cakap, orang tak nak tau perkembangan anak kita ni pandai ke, cantik ke, dan semua yang positif, tapi orang sibuk nak tau pasal anak kita ni sakit, ada masalah, cacat, terencat...tapi itu kata dia...
Pada aku, orang yang tak nak tau perkembangan positif anak kita adalah musuh, sebab musuh selalu mendoakan kesengsaraan orang yang dia benci...are u agree with me??

4 comments:

  1. Ain macam transform atau mengalami mutasi.beza beno gamabar baby dengan yg latest.hehe...

    Si mata bulat,
    semoga membesar dengan sihat.Jadi anak yg solehah.ameen..Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. uit kejap je dh nak setahun ye..
    cepat benar masa berlalu.rasa mcm baru je dia dilahirkan..

    ReplyDelete
  3. @Fatin: a'ah, macam tak percaya. cepat sangat dia membesar. tapi masa mula2 akak berjual breakfast tu, berat dia susut. nurse marah. sedih sebab tengok dia susut, tapi nak cari rezeki, terpaksa jugak la berkorban.

    ReplyDelete
  4. @Kak Eija: a'ah, cepat je masa berlalu. Kalau dia tengah tido, kita genggam tangan dia kuat2. Rasa geram sangat2, ingat2 semua kerenah dia, kadang2 buat kita naik angin, kadang2 comel sangat :)

    ReplyDelete