Wednesday, 14 December 2011

Update Update... :)

Assalamualaikum....

Hai semua...Jap - jap, nak sedut semua habuk dan sawang kat sudut blog ni.....Uish...kemain lama kan tak update...

Ni lah masalah bila pregnant, tak larat nak menghadap laptop. Tapi, bila dah hujung2 1st trimester tu....baru boleh duduk depan laptop...

Tu pun nak tunggu Ain tido dulu...kalo tak...jangan haraplah...

Ok, korang nak update pasal apa...?? Semua nak secara ringkas je ni.... Dan, dimaklumkan, bahawa gambar pun takde, sebab semua gambar dalam laptop mak. So, nanti2 je update gambar....

Oklah, update yang pertama...

1st: 2nd pregnancy....
Seperti yang dijanjikan...aku nak cerita macam mana boleh terjadinya 2nd pregnancy ni. Ramai yang tau...aku breastfeeding Ain (until now), dan dalam pada tu, aku tak datang period. So, kuasa Allah yang maha Besar, masa bulan Ramadhan yang lepas, aku cuba untuk puasa (sebab masa tahun lepas, aku tak puasa sebulan, for sure la sebab aku breastfeeding Ain). Tahun ni, sebab aku tengok, Ain pun dah mula makan nasi, mee dan sebagainya... aku cuba puasa. Bajet boleh puasa penuh la...sebab sejak daripada habis nifas, aku memang tak period.... tup tup.... (kenapa tup tup?? suka ati aku lah...) 25/08 tu...aku period. 1st period setelah sekian lama. Sebelum tu, 3-4hari jugak aku menderita sakit pinggang, mood swing...asik nak marah je...kesian Ain kena marah dengan Mummy dia. So, lepas aku buat perkiraan, jadual period balik semula...sepatutnya aku akan period balik pada 28/09....tapi...tak jugak menjelma....aku biarkan sampai seminggu, pun takde. Rasa tak sedap hati...Pegi farmasi, beli pregnancy test....dengan muka terkejut...antara nak senyum ke, nak nangis ke...ntah bercampur - campur perasaan masa tu...sebab hasilnya ialah positif, yeah...aku pregnant lagi....Happy la... :) cuma perasaan kesiankan Ain, kira - kira dia umur 2tahun dah jadi kakak....pastu, biasala...nama pun orang pregnant, angin tak menentu...kadang2 Ain kena marah... tapi hakikatnya Ain ialah budak2, marah macam mana pun...macam tu jugak dia...tak pernah rasa dendam. Aku rasa,kalau budak2 kecik ni ada perasaan dendam...tak tau la macam mana nak cakap :P maafkan Mummy, Ain. Mummy marah tak bermakna Mummy benci kat Ain...Mummy geram je....

2nd: My cousin's wedding...
20/11/2011 tu....adik sepupu aku, iaitu anak kepada mak ngah aku...kawin...nikah dan sanding pada hari yang sama. So, pada 18/11 aku,mak ngan incik suami...of course beserta anak - anak... gerak dari Kajang ke JB, lepas Maghrib...tapi sebelum tu, pick up makcik aku lagi sorang, kat Taman Sri Kantan...dekat ngan Tesco Kajang tu.... sebab dia nak tumpang skali... Berendoi - rendoi la malam tu balik JB....
19/11...pagi...lebih kurang pukul 9 kot....semua orang dah siap, kecuali Lulu (dia tak dapat follow sebab dia takde passport), eh...sebenarnya Lulu pun dah siap2 jugak, cuma Umi dia bawak dia pegi beli sarapan, so dia tak nampak la kitorang gerak ke Singapore naik cab. Tak berani nak bawak keta, sebab takut kena saman ke,hape ke...lagipun 1st time (for Incik suami, dan hampir 8tahun untuk aku). Sampai kat Singapore lebih kurang pukul 11pg, sebab tak jammed.
Mulanya mak aku ingat, dia nak ulang alik, sebab dia risaukan Lulu menangis cari2 dia...Alhamdulillah, Lulu tak nangis...sebab Umi dan Kak Long Wawa pandai jaga dia....Jadi...mak pun stay je kat umah mak ngah...
20/11...tepat pukul 10pg...pengantin lelaki sampai kat umah, lepas dah siap akad semua....maka bas yang mak ngah aku sewa untuk sedara mara naik pegi ke tempat bersanding dah sampai. Tapi aku tak siap2 lagi, sebab Ain dan Incik suami masih tido (incik suami tak sihat). Lebih kurang pukul 1tengahari, baru kitorang gerak keluar dari umah, naik cab pegi tempat bersanding. Nak tahan cab memang satu masalah, sebab bila dapat cab yang nak amik kitorang, tapi drivernya tak tau jalan. Hampir 4-5cab jugak la....tu tak termasuk cab yang lalu dan ada penumpang,puas berjalan sampai depan blok...tiba - tiba...ada 1 cab ni, kaler putih...(sape tengok cash cab asia, mesti tau...) aku ngan Incik suami tergelak...masing2 takut nak tahan cab tu, apa tidaknya...takut ternaik cash cab...kang tanya soalan yang tak boleh jawab, tiba2 kena turun...mati kutu terus....Alhamdulillah, tak putus asa tunggu, dapat cab, dan kitorang sampai saing2 dengan pengantin perempuan...(merangkap cousin aku la tu)...
Majlis berjalan lancar (nak lebih lancar, tunggu la kalau aku rajin nak update lagi)...kitorang stay sampai abis majlis....balik umah mak ngah, rushing2 packing barang, sebab hari dah hujan, minta ayah ngah tolong hantar ke Rochor rd, amik cab terus hantar sampai JB....
Sampai JB, aku, incik suami dan Ain siap2....terus balik Kajang.....Mak...??Tinggal kat JB sampai 30/11....

Sebenarnya nak update lagi pasal 2nd pregnancy ni....tapi rasa letih...perut pun rasa sendat je...nanti2 la eh.... :) bila ada kelapangan lagi....

Till then, take care....

Wednesday, 19 October 2011

Orang Baru

Assalamualaikum.... :)

Lama tak update kan? Kalau takde cerita yang menarik, malas jugak nak update.

Ok, meh sini nak bitau semua readers blog ni, tahun depan, ahli keluarga kami akan bertambah. Yes! Yes!...seronoknya...dapat cium bau baby lagi...

Actually, ari tu dah check guna pregnancy test. Twice. And the result is positive. Tapi, tak mau percaya pada pregnancy test tu...tambahan pulak, takde alahan. Takde morning sickness, takde pening atau muntah... Tak macam masa mengandungkan Ain dulu.

So, otak pun mula berfikir,betul ke aku ni pregnant... ke.... pregnancy test tu saje nak sabotaj aku... hahahahhaha ~ pemikiran yang tak logik.

Pada mulanya dapat tau pregnant, Incik Suami ajak pegi check kat KK. Tapi aku yang tak mau. Sebab dah tau sangat prosedur KK, dia suh tunggu nak masuk 3-4 bulan baru datang buat buku. Ingatkan, nanti pegi injek vaksin Ain je baru pegi check up kat KK.

Pastu bila aku sendiri yang cakap kat Incik Suami "B, ntah betul ke tidak sayang pregnant ni"... Lalu Incik Suami ajak pegi Pusat Rawatan Az-Zahrah kat Bangi (sebab dekat ngan dengan rumah), lagipun boleh pilih doktor perempuan yang check. Lagi bagus, sebab takde la malu sangat nak citer dengan doktor tu.

So, pegi klinik tu, citer semua dengan doktor tu, doktor tu pun ajak scan dulu. Dan kemudian nya.... ternampak la si comel ini (confident comel, walaupun baru berbentuk seketul daging je)


(tu, yang dalam bulatan biru cair tu, coming soon)

Bila scan, dapat la detect skali due date. 17 June 2012. Tapi doktor suruh datang 2 minggu lagi, untuk check betul - betul due date. Maybe aku akan continue scanning kat sini je. Sebab...macam aku cakap tadi la, doktor perempuan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, beri pada aku dan Incik Suami zuriat yang kedua. Ada jugak 2-3 orang kawan yang terkejut sebab aku dah pregnant. Kitorang pun sebenarnya tak kisah. Dah Allah nak bagi rezeki, terima je. Lagipun, kitorang mampu untuk sediakan makan, pakai dan tempat tinggal untuk baby baru ni. Dan kitorang percaya, setiap anak yang dilahirkan, Allah dah siapkan rezeki untuk dia.

Okla, next entri akan cerita, kenapa ada 2-3 orang kawan yang terkejut sebab aku boleh pregnant ni :)

See u soon~~

Friday, 14 October 2011

Penyejuk Hati

Assalamualaikum,

Kali ni entri sangat ringkas :)
Nak cerita berkenaan dengan 2 orang kanak-kanak yang sangat comel ni.
Mereka adalah penyejuk hati.


Sekarang tiap kali orang bagi barang... Ini ayat yang keluar dari mulut comel diorang.

Nurul Jannah: Tacih (sambil senyum)
Nur'ain: Cha cheh (sambil kedip-kedip mata)


Dua-dua sangat cute,dan masing-masing pandai tadah tangan setiap kali dengar orang baca doa :)


Mudah-mudahan,kedua-dua anak ini akan menjadi anak yang solehah.
Amiin~

Thursday, 6 October 2011

Sesi Bergambar

Assalamualaikum,

Ha....giler ke tak, update 2 entri dalam sehari :)

Bukan apa, baru teringat nak cerita pasal sesi bergambar kitorang satu famili kat white studio.
Amik gambar kat Act Studio, bertempat di Seri Kembangan.


Sebenarnya, memang dah lama nak bergambar kat studio. Mulanya, mak yang niat nak amik gambar kat studio, sempena birthday Jannah yang pertama. Mak cakap nak buat kenangan...

Tapi, oleh kerana mak terlalu sibuk menguruskan umah, tambah2 lagi masa tu mak tolong aku berniaga (masa awal tahun), so...benda jadi bertangguh. Then, mak cakap, "takpela, mak amik gambar Jannah pakai kamera mak je suda..." ~Kesian pulak aku dengar~~

Pastu, aku cakap ngan Incik suami, birthday Ain yang pertama ni, aku nak amik gambar Ain kat studio, bawak kek skali ~Mummy demand lebih, okay~~

Incik suami setuju je. Tapi bertangguh lagi, sebab kali ni, kitorang pulak tolong mak berniaga kat Kajang Point Food Court tu.

Lepas tu, senyap sekejap la mood nak bergambar ni. Sebabnya, Incik suami super duper sibuk menguruskan segala hal. Tak lama lepas tu, Incik suami cakap "Mummy, Daddy dah booked 1 studio ni, untuk kita amik gambar. Lagipun dah nak dekat ujung tahun. Nanti Jannah ngan Ain takde gambar umur setahun".


Ok, abis cerita bab macam mana boleh amik gambar white studio

~~~~~~

Masuk pulak citer bila dah sampai kat Act Studio ni.

Sesi kitorang dari pukul 5 - 6 petang, Isnin, 3 Oktober.
Gerak dari umah pukul 4 petang, sebab tak mau sangkut dalam jem, tak mau rugi masa bergambar nanti.

Lebih kurang pukul 4.35 petang kitorang pun sampai kat studio tu. Naik tangga, tekan loceng, ketuk2 pintu, takde orang pun bukak pintu. Aik...salah tempat ke...takde orang ke...?? Macam2 dah andaian dalam kepala otak ni. Incik suami dah macam nak marah, sebab ketuk pintu sket punya kuat, bagi salam, tapi takde orang pun bukak pintu. Dah la masa tu, aku plak tak bawak hp.

Lebih kurang 9-10minit duduk kat luar, diorang pun bukak pintu. Kitorang pun duduk tunggu giliran untuk bergambar. Masa tu, ada 3orang jugak la tengah bergambar...

Menunggu dengan penuh kesabaran ye.....

Tepat pukul 5....tak sudah lagi
5.05.....pun tak siap lagi
5.10.....Incik suami mula hilang mood
5.15.....berjalan2 sekitar studio, tengok2 album, gambar semua...
5.20....baru kitorang dapat bergambar....

So...aku assume, timing kitorang akan berganjak jadi 5.20 - 6.20petang...
Masa baru mula nak masuk, ada 1 lagi famili pun nak bergambar. Aku assume, diorang punya sesi 6 - 7 petang.

Mula shoot gambar, Ain ngan Jannah tak reti duk diam. Last2 frame baru la tergelak, tersengih semua...


Yang jadi tak bestnya, nak dekat pukul 6 tu, brader yang nak amik gambar ngan family dia tu, dok selak2 langsir. Dah tu, biar je anak2 dia masuk, duk tunggu kat tepi tu. So, susah la nak suh Ain ngan Jannah pandang kamera, sebab budak berdua ni asik tengok anak2 dia kat tepi tu...

Itu takpe lagi, budak kecik....tetiba brader tu ngan bini dia plak masuk, duduk kat kerusi tepi tu. Lagi la budak berdua ni tak pandang kamera. Terus terpacak je tengok famili tu, bersusun duduk kat tepi dinding.

Yeah, i know, it's already your session, but...please la, masa aku baru masuk tadi pun, kau dah nampak kan....means bukan silap aku 1 famili. Rileks2 sudah la...tak yah nak bagi silent reminder plak. Last2, photographer tu, suh diorang duk luar dulu. Bila dah panggil masuk nanti baru masuk.

Kecoh siot....

So, juz nak bitau pada sape2 nak amik gambar lepas ni, kalau berlaku macam situasi aku ni, korang dengan selamba je suh diorang keluar. If bukan korang punya silap la....

Then, lagi satu, bila nak bergambar dengan budak2, sila bawak mainan...secukupnya....bagi diorang ralit sket :)

Okla, till then....babai....
*apsal kualiti gambar masuk dalam blog ni jadi tak cantik. Kat FB ok je...haish....

Wednesday, 5 October 2011

Berapa yang perlu kita bayar?

Assalamualaikum,

Terasa lama benar tak bercerita kat sini :) Mari guna alasan yang sama, sibuk menguruskan rumahtangga dan anak2 :) dan mari juga gunakan alasan yang boleh buat orang meluat kat aku...Sibuk, tengok tv hal2 berkaitan dengan agama... (i'm not using word 'Agama' as a joke, but others people out there, sangat2 sakit hati bila aku cakap pasal Agama. Don't know why, panas montot barangkali...)

Okla, straight to the point...

Entri kali nak bercerita tentang video yang baru aku tengok.
Hasil nukilan one of my cousin, anak Oteh aku. Seriously, aku tengok, mengalir airmata.
*tetiba je airmata mengalir, padahal aku sangat la susah nak mengalir airmata tengok video2 ni*

Maybe antara sebab aku menangis, sebab aku tau apa yang adik sedara aku ni alami. Dan video tu berkenan dengan pengorbanan Oteh aku, yakni Ummi dia, pada anak dia. Aku nak upload video, kemain lama lagi loading nya...jadi aku paste link jela eh...

pepandai la korang klik,...tu pun kalo nak, kalo tak nak pun...bukan aku kesah pun...

Video Balqis buat


Antara bait - bait kata yang dia ada tulis dalam video ni,yang menyentuh hati aku ialah...

1. Ummi, kau ampunilah segala dosa kami, jika kami pernah melukakan hatimu.
2. Ku ingin mohon restu daripadamu..kerana disitu terletak syurga di bawah tapak kakimu...
3. Kasih sayang mu amat bermakna bagi kami,kerana ia tidak boleh dijual beli.
4. Seorang ibu tidak mungkin membuang anaknya sendiri.
5. Seorang ibu tidak akan pernah meninggalkan anaknya.
6. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya kegagalan?
7. Seorang ibu sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang insan dimuka bumi ini.
8. Tetapi adakah kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita?
9. Ketika ku dalam kedukaan, engkau datang menghiburkan hatiku.
10. Ketika aku dalam kesulitan, engkau hadir memberi kebahagiaan.

Adik sedara aku ni, umur dia 14tahun. Dia yang berumur lebih muda, mampu mengatur baris - baris ayat yang menyentuh jiwa. Aku yakin, Oteh aku turut mengalirkan airmata.



Mak pernah cakap pada aku,

"Seorang anak takkan rasa macam mana pengorbanan emak/bapak dia, melainkan dia dah kawin, dah mengandung, dan ada anak. Masa tu, baru dia tau, betapa besarnya pengorbanan emak/bapak dia"

Betul. Aku sangat setuju.

Contohnya macam sekarang, bila aku kenang2 masa lampau aku, dari kecik sampai besar. Perkara2 yang aku buat menyakitkan hati mak dan abah, memang tak patut aku buat macam tu. Dan aku rasa, aku mula berfikir secara logik, lepas umur aku 18tahun kot.

Masa tu, aku hargai setiap apa yang mak dan abah berikan. Sampaikan kalau balik Kuantan, mak bekalkan nasi goreng, ngan air mineral...botol mineral tu aku nak buang pun sayang :)

Bila buat artwork, setiap kali presentation, aku akan merayu pada lecturer aku, tolong jangan koyak atau bakar artwork aku, sebab abah yang bagi aku duit untuk beli semua kertas, mounting board, charcoal, pen dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan tentang pengorbanan mak dan abah kat sini...
Tapi, risau plak ada yang cakap aku sedang membuat cubaan 'membodek'...Maka,biarlah aku simpan kemas semua ingatan tu dalam hati aku.

Okla, jumpa lagi di lain waktu... :)

* Tetiba teringat, dah 4bulan 11 hari Arwah atok meninggalkan kami. Al-fatihah buat atok, semoga roh atok dicucuri rahmat, Amin~~

Saturday, 1 October 2011

Kasihnya Seorang Emak


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut.

Tiba-tiba, dia menjerit, “Ada bayi, ada bayi disini!!”

Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”

Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba
Diterjemah : FittoFitt


Source: Copy paste from Pilihan Humaira- Online Store

Saturday, 24 September 2011

Anugerah Allah

Assalamualaikum,

Ha...ni nak citer, pasal budak buah hati pengarang jantung - Ain.


(Cubaan control cun)

Jumaat yang lepas genap umur Ain 16bulan. Dalam erti kata lain, 1tahun 4bulan :)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku masih dapat memeluk, mencium, menyusui anugerah ini. Masih dapat melihat perkembangan anak kami ni. Masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Mummy dan Daddy.

Inilah yang dibawak bergurau, inilah yang dibawak bergaduh dan semuanyalah :)
Memang adakalanya, ini budak bikin aku stress dengan merengek - rengek, dengan segala ragam bad mood dia, tapi...dah namanya pun budak, kau jerit macam mana pun, bukan dia paham.

Terima Kasih Ya Allah atas anugerah ini. Sungguh sempurna Nur'ain Saffiyah dimata insan - insan yang menyayangi dia.

Wednesday, 21 September 2011

Parents, Be careful!

Assalamualaikum,

Rasanya, ramai blogger2, mommies blogger semua dah tau pasal ni (maybe aku lambat sket la cerita pasal ni) - but that's not the point.

Sebelum aku cerita lebih2, korang tengok gambar baby ni. Takyah baca cerita, tengok gambar je, apa korang rasa cik luluzland

Apa korang rasa jika korang ada kat tempat dia?

Kering airmata bila tengok keadaan anak macam ni. Kalau aku tak pikirkan undang - undang, sah - sah aku pegi tumbuk orang yang buat anak aku macam ni.

So, parents...be careful. Especially bila ada kat restoran. (Maybe this is one of the reason kami slalu pegi fast food je)

Sebab daripada observation aku, memang most of the waiter suka sangat nak hidangkan makanan yang berkuah dan panas depan budak2 kecik. Experience aku sendiri je dah 3-4kali.

Pada Baby Aisya, Auntie doakan Aisya cepat sembuh. Aisya strong baby.
Pada Aisya's Mommy, Saya doakan Allah berikan kesabaran dan ketabahan untuk awak suami isteri menjaga dan merawat Aisya.Insya Allah, ada ganjaran yang dijanjikan olehnya buat awak.

Hari Raya

Assalamualaikum,

Nak bercerita pasal Hari Raya, tapi terlalu malas nak taip. Layan gambar jelah boleh?? :)


(Emak, Anak - anak, Menantu - Menantu, Cucu)


(Sebahagian daripada cucu - cucu dan cicit2 nenek saya)

(Me and my Mak Ngah)

(Me, Ain dan adik sedara yang tersayang)

(With my other half)

(Pakai comel2, tido plak dia~)

(Baru bangun tido)

(Dua beradik nak pegi beraya)

(Manjanya dengan mak; sesi ucap terima kasih sebab belikan baju mahal, hehehe)

Ok, dah. Cukup tu saje. Till we meet again. Babai~~

Sunday, 4 September 2011

Alangkah Bagusnya!



Assalamualaikum,



Ketika entri ni ditaip, Nur'ain sedang demam. Panas. Suhu badan mencecah 39.5 darjah celcius. Sebagai insan yang melahirkan dan membesarkan Nur'ain, dah tentu aku dan Incik suami sangat risau. Dan ketika ini jugalah, emosi serba tak kena, maka tertulislah entri sebegini.



Satu perkara yang lazimnya berlaku bila Ain tak sihat ialah, dia kerap merengek dan mengigau masa tido. Kadang - kadang, tetiba je, takde angin takde ribut, dia menangis. Lama. Mungkin dalam 10minit. Urut badan tak nak, sapu Vicks tak nak, sapu minyak Yu Yee tak nak, tuam badan dengan air asam jawa pun tak nak. Aku mula tarik muka. Macam nak naik angin. Dan ketika inilah aku fikir,"Kalau la Ain boleh bagitau kat Mummy, apa yang tak kena, kan senang".



Kadang - kadang, tak demam pun Ain buat perangai. Nak - nak bila dia bad mood. Susah nak kenalpasti bila Ain bad mood. Tapi kalau dia asik merengek je, pantang nampak aku berdiri, nangis nak follow je mana aku pegi, aku rasa, itu tengah bad mood la kot. Masa tu aku akan fikir, "kan bagus kalau Ain faham apa yang Mummy cakap, tolonglah jangan buat perangai, letih Mummy tengok"



Ada masa - masanya, aku istilah kan perangai Nur'ain ialah manja tak kena tempat. Mak pulak cakap, Ain tengah memerintah. Berajun,kata orang. Contoh ialah masa - masa dia nak tumbuh gigi ke, nak pandai buat something ke, masa tu aku rasa nak naik angin. Kerap jugak la tangan aku ni, dengan pantas melepuk peha Ain yang gebu, kadang - kadang aku cubit kecik - kecik tapak kaki dia. Semua sebab aku geram. Dah tak tertahan. Mungkin sebab aku garang?Panas baran? Mungkin ada diantara kalian yang cakap aku tak layak jadi emak.



Mungkin jugak sebab tekanan melayan kerenah anak. Aku rasa, aku bertuah sebab masih dapat berfikir dengan waras, walaupun aku ada pukul Ain sket - sket, tapi tak lah sampai lebam atau tinggalkan parut. Dan aku belum sampai tahap nak membunuh. Kalau sampai tak dapat nak bertahan, aku istigfar panjang - panjang. Sebab orang kata, syaitan selalu hasut buat benda - benda tak baik. Bila aku nak mengamuk sakan kat Ain, aku selalu ingatkan diri aku, Nur'ain Saffiyah adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai. Anugerah yang Allah amanahkan untuk aku dan Incik suami menjaga dan mendidiknya. Bila pikir macam mana aku melahirkan dia, macam mana aku mengalu - alukan dia dalam hidup aku, aku jadi sayu, aku peluk dia erat - erat. Aku minta maaf pada Ain, walaupun Ain belum faham apa yang aku buat.



Dan, alangkah bagusnya kalau aku yang dapat bersabar dalam melayani kerenah anak kecil ini. Semoga Allah sentiasa meniupkan angin kesabaran dan ketabahan dalam membesarkan anak kecil ini.



*Dalam usia 1tahun, 3bulan, 13hari:



~Ain pandai meniru apa yang aku cakap. Maknanya, from now on, aku kena lebih berhati - hati bila bercakap. Tak boleh keluarkan perkataan yang tak elok.

~Ain pandai cakap:

* Arilah = Marilah

* Alahai = Alahai

* Awah bar = Allahu Akbar

* Elilah = Belilah



:) Ain dah pandai amik tuala sendiri, tunggu depan pintu bilik air tiap kali aku cakap, "Ain, Jom mandi" :)



Alhamdulillah :)

Thursday, 25 August 2011

Mari mengenal Berry :)

Assalamualaikum semua :)



Sebelum aku teruskan tulis entri kali ni, jom kita mengenal dulu buah berry yang terdapat disekeliling kita. Kenapa buah berry? Sebab ada kaitan dengan entri kali ni :)




(Ini ialah Raspberry)





(Ini pula Cranberry)





(ni ialah buah Blueberry)





(Ini yang paling glemer skali, Strawberry.Kat CH pun boleh dapat)





Entri ni dah lama bersawang dalam draft tu, tak tau nak tulis apa. Okla, sebenarnya nak cerita sket...tapi sebab sibuk dengan macam - macam kerja yang nak dibuat (jangan ingat duduk kat rumah takde keje ye), so baru sekarang ada masa sket nak publish cerita ni.



Ok, ceritanya begini. Pada 30 Mei yang lepas,lepas,lepas... kan anniversary kami tahun yang kedua. So, secara suprisenya, Incik suami telah menghadiahkan diri saya dengan sebuah smartphone yang diberi logo begini



(kenalkan logo ni?)



Masa tu, aku dan emak tengah shopping barang untuk berjual kat KPFC. Then Incik Suami cakap, "Mummy masuk la dengan mak, Daddy nak pegi cari barang kejap". Sambil menghulurkan beberapa keping not RM50. Aku tak syak la apa - apa. Lepas aku ngan mak selesai urusan membeli belah :P, aku pun call Incik Suami. Lebih kurang 5minit Incik Suami datang kat tempat kitorang tunggu dia. Pastu dia cakap "kejap eh, barang tak siap lagi, Daddy beli something untuk Mummy". Tak lama, lebih kurang 15minit, Incik Suami datang balik,bawak.... Blackberry Smartphone :) Yippie!! :)



Incik Suami cakap, hadiah anniversary :)





Inilah dia,hadiah Anniversary. Tengok, ada gambar Cik Ain :)



Yang kelakarnya, masa Incik Suami bagi hadiah ni, mak dengan selamba cakap "Aik, terima kasih je, takde kiss - kiss". Hahahahha...apa koje nya nak kiss - kiss kat Pandan Kapital, mak :)



*Blackberry model Curve 8520. Cukuplah, asalkan boleh amik gambar&video spontan Cik Ain+Cik Jannah/Tweet-tweet/FB/main game/GPS/- Eh banyak jugak kegunaan dia kan? :)



Thanks B :) I love you so much (cakap macam Sarimah dalam Kassim Selamat) Hahahaha!!



**Entri semua berkepuk - kepuk dalam draft, gara - gara Cik Ain tak senang hati tengok Mummy online!



Tuesday, 16 August 2011

Belajar Benda Baru

Assalamualaikum semua,

Kali ni nak cerita pasal anak dara sunti aku yang sorang tu. Nur'ain memang suka kepoh time Mummy atau Daddy tengah taip SMS atau buat apa saja tugas menggunakan gadget lain. So, Daddy teach Ain "How to texting Mak (Nenek)". Mari kita perhatikan aksi anak dara sunti kami :)





(Muka sangat serius ok!)





(Maybe tengah tanya Daddy part yang dia tak faham)





(Confuse ke sayang?)





(Try and error)





(Reaksi seperti dah faham apa yang Daddy ajar)



*Segala gambar Daddy bersama Ain terpaksa dipadamkan kerana Daddy sedang memakai Leather Shirt atau dalam bahasa melayu nya ialah berlenggeng. Sexy dowh~Untuk tatapan aku je.Hahahahahha, maafkan isterimu yang sudah bengong ini wahai suamiku :D



Saturday, 6 August 2011

Entri Tertunda - Nur'ain Saffiyah sudah 1tahun

Assalamualaikum...

Maaf la, entri ni dah lama berkepuk - kepuk dalam draft, baru berkesempatan untuk publish. Okey, straight to the point...Entri ni berkaitan dengan anak saya yang comel lagi gedik dan manja itu...dah pun berusia setahun pada 23 Mei lepas... (lepas...dah berlepas dah Mummy oi!) Terasa kejap sangat masa berlalu, dah setahun pun umur anak saya ni. Masih teringat lagi waktu pertama kali tengok muka dia (argh...rindunya saat itu),disaat aku bertarung nyawa melahirkan dia, dan seriously, sakit semua hilang bila tengok muka dia (ok, cukup Mummy, please straight to the point)

Pada awalnya, memang tak plan nak sambut birthday Ain kat tempat kitorang berniaga. Konon - konon nak buat kat umah jela, tapi Emak selaku Nenek kepada Nur'ain berkata "dah alang - alang kita berjual, sambut aje la kat food court tu. Boleh suruh DJ tu pasang lagu birthday" Okey,baiklah emak... :)

So, sebelum nak gerak ke tempat kitorang berniaga tu, aku dan incik Suami, singgah sebentar kat kedai kek. Carik kek yang besar - besar sket. Maklum la, buat kat food court, takkan la tak hulur2 pada customer kan? kan? kan?

Pilih punya pilih, cuma 1 kek ni je yang agak besar...kek blueberry...ada topping white chocolate ngan stroberi... :) yeppi..(Mummy yang terlebih - lebih excited)

(kek yang dah buat Mummy excited, lilin dipilih oleh Daddy)

Tepat pukul 12tengah malam, aku suh DJ bukak lagu "Allah selamatkan Kamu" untuk birthday girl. Tapi DJ punya leka, pukul 12.30 baru lagu tu kuar...aku pasrah :P so, siap bagi - bagi kek kat gerai - gerai yang lain, kat regular customer semua la. Perkara yang tak disangka ialah, kita bagi kek,orang bagi anak kita duit...aiyark...malu jugak...tapi semua tu dah masuk dalam tabung Ain dah...Mummy tak amik eh....
Untuk Anakku Nur'ain Saffiyah:

Mummy sentiasa doakan semoga Nur'ain menjadi seorang anak yang solehah, yang baik budi pekerti dan mempunyai segala sifat2 yang positif. Mummy sentiasa sayangkan Ain (walaupun kadang2 tu, Mummy geram sangat2 bila Ain melalak tak menentu, asik nak berdukung je), tapi percayalah sayang,Mummy sentiasa sayangkan Ain. Mummy harap Ain akan jadi seorang anak yang baik dan bertanggungjawab (sebab Ain adalah anak sulung), jadi seorang anak yang sentiasa mengenang jasa pada sesiapa saja yang berbudi pada Ain. Mummy akan berusaha segala yang termampu untuk Nur'ain dan adik - adik yang lain (yang Mummy pun tak tau bila Mummy pregnant lagi, tunggu la, jaga Ain skarang ni pun Mummy dah tak tentu arah). Mummy sayang sangat - sangat kat Ain.


(Ni adalah gambar umur genap setahun dalam bulan Islam, comot sungguh!)


(1year, 0month, 1day)


(Mummy lebih posing dari birthday girl :P )

**Nur'ain mula berjalan umur 1tahun,0bulan,17hari. Kemain lagi Mummy, ingat semua fakta. Masa skola dulu, taknak plak hafal tarikh - tarikh sejarah eh...weh weh weh...

Wednesday, 27 July 2011

Ayat Power!!

Semua quotes ni, aku dapat dari Twitter "The Noteboook" (bukan salah eja, tapi dia memang ada 3 'O" ok) Enjoice!!!

1. Who are you to judge me? I know I'm not perfect and don't claim to be. But before you start pointing fingers, make sure ur hands are clean.

2. Being nice to someone you hate doesn't mean you're fake. It means you're mature enough to tolerate your hate towards them.

3. Some people act like jerks so they won't get hurt. Some people are jerks because they got hurt.

4. You say I've changed. You're right. I changed for MY benefit. I'm sorry I couldn't stay the same for you.

5. My back is not a voicemail. If you got something to say to me, say it to my face. (suka nak ubah macam ni "your FB wall or your blog is not a voicemail. If you got something to say to me, say it to my face. You such a coward!!")

6. When you're important to someone, they will always find a way to make time for you. No excuses, no lies, and no broken promises.

7. Can you hear those footsteps behind you? That's not me running after you...that's karma catching up to you.

8. When people tell you you've changed, it's only because you stopped acting the way they want you to act.

9. People may hate you for being different and not living by society's standards, but deep down, they wish they had the courage to do the same.

10. Don't judge me based on YOUR perception, your jealousy or what you would do. I don't live my life for you.

11. If people are talking behind your back, congratulations. It means you're far in front.

12. A person hates you for 1 of 3 reasons. 1) They want to be you. 2) They hate themselves. 3) They see you as a threat.

13. Don't worry about me. My heart's not broken anymore. You should be worried about yourself, cause from what I can see, you're still a jerk.

14. The quicker you are to admitting your mistakes and apologizing, the easier it is for others to forgive you. (Except this one, got from Islamic Think)

15. Once they stop talking to you, they start behind your back.

16. You have nothing important to share about your life, so instead you share things about mine. (quotes yang paling aku suka)

17. Be happy in front of people who don't like you, it kills them.

18. When people cut you down or talk behind your back, remember, they took time out of their pathetic lives to think about you. (you're so pathetic,jerk!)

19. Sometimes, we waste too much time to think about someone who doesn't even think about us for a second.

20. People never really leave, their roles just change.

21. I don't have an attitude problem, you have a problem with my attitude. That's your problem, not mine.

22. Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. and forget about the ones who don't

23. Sooner or later, everyone falls apart. Survivors are the ones who pick up the pieces and move on.

24. The next time you wanna blame your problems on someone...try looking in a mirror first. (yup, beli lah cermin paling besar lagi daripada cermin yang kau ada dalam bilik kau tu)

25. It's funny how people start paying attention to you when you're silent.

26. I'm not the same person I was a year ago, a month ago, or even a week ago. I'm constantly changing.

27. I'm not saying you are lying, I'm just saying I don't believe you.

28. Insecurity is an ugly thing. It makes you hate people that you don't even know.

**Quotes yang 'bold' tu, semua aku minat sangat2.woot woot, paham2 je untuk sape yang terasa tu!!

Saturday, 2 July 2011

Menempuh "Motherhood"

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pasal Motherhood pulak atau dalam bahasa melayu ialah alam keibuan, keemakan, kemummyan pun boleh :D tapi kalau taip alam kemamaan, dah lebih kurang bunyik macam Kemaman - Terengganu :P (OMK!!Zila, please stop merepek~~Baiklah)

Aku ni, adalah seorang yang penuh dengan kasih sayang (yucks, ye ye je). Eh, tapi betul. Sejak dari kecik, aku memang suka bayi, budak - budak. Tapi, kalau budak yang mengada terlebih, yang suka hentak - hentak kaki, nangis nak barang mainan kat kedai, memang aku rasa nak cepuk, sepak terajang je. Sebab, aku tak suka budak ngada - ngada macam tu.

Masa aku belum kawin, dating - dating ngan Incik Suami, pernah aku nampak beberapa karakter seorang perempuan yang kita panggil Mak, Mummy, Mama, Ummi, Ibu, dan Ma. Ada satu situasi ni, seorang kakak ni, anak dia menangis, pada aku, mungkin anak dia tak sedap badan. Merengek la anak dia dalam troli Jusco ni.Dia tanya anak dia "Anak mama ni nak apa?" masa tu aku memang pelik giler. Mana la budak kecik tu nak jawab. Aku terlupa, bahawa antara emak dan anak, ada chemistry nya yang tersendiri. Seperti mana aku dengan Nur'ain sekarang.

Aku nak bercerita sikit, tapi kaum Bapa jangan ambil hati, entri ni bukan bermaksud anda tak prihatin terhadap anak anda, cuma sudut pandangan dan cara emak dan bapa memberikan kasih sayang berbeza.

Dulu, sebelum ada anak, dan bila tengok cara sesetengah orang mendidik anak, aku dah buat beberapa perancangan untuk didik anak aku. Nak jadi seorang mummy yang cemerlang mendidik anak - anaknya :) malah, aku berazam untuk jadi macam mak aku, macam mana dia didik aku.

Tak dinafikan, masa aku kecik, cukup nakal. Tapi bila mak jegilkan mata, serta merta aku jadi baik, behave depan orang ramai. So, aku nak anak - anak aku semua macam tu. Tak yah la dengar mummy dia terpekik pekau baru nak duk diam - diam.

Pastu, aku jugak pernah janji, tak nak pukul atau cubit anak - anak aku masa diorang masih kecik, sebab pada aku, diorang kan baby, mana tau apa - apa. Tapi, tu semua dulu. Sebelum ada anak. Memang sebelum ni aku pernah la training panas baran aku pada anak - anak buah aku. Tapi, anak orang dengan anak sendiri mana nak sama. Anak orang nakal, bukan kita boleh pukul atau marah sesuka hati.

Bila aku dah jadi mummy, baru la aku tau, sifat panas baran aku masih lagi wujud. Haish...ntah macam mana nak hilangkan ntah. Mana pergi janji tak nak pukul, cubit anak time baby pun tak de (tapi bukan la aku cubit atau pukul sampai lebam, dan bila usia Nur'ain dah 9bulan keatas baru dia kena pukul). Bukan pukul apa pun, aku tampar montot dia, time dia mengeliat tak nak pakai diaper, time dia sibuk nak ikut aku masuk toilet, time aku nak buat keja, dia mintak dukung, memang kena la time tu.

Sekarang, Nur'ain dah pandai berjalan, kadang - kadang dia tak nak pakai kasut time nak berjalan kat simen, memang kena cubit kecik - kecik kat tapak kaki.

Aku pukul atau cubit, bukan bermakna aku benci atau ada niat nak dera. Tapi, aku ni manusia, dan jenis manusia yang susah sangat nak bersabar dengan kerenah anak - anak yang banyak ragam. Bukan bermakna aku tak sayang. Kalau aku tak sayang anak, time anak sakit, time terhantuk, meragam mintak dukung, aku takkan layan kerenah tu. Ada sekali sekala, Nur'ain kena marah. Sebab kenakalan dia, buat sepah, kirai - kirai kan kain baju yang aku dah lipat. Memang kena pukul la tangan tu. Dan perkara yang positif aku nampak, bila sekali dah kena pukul tapak tangan dia, next time dia tak kirai - kirai lagi, tapi...dia baring pulak kat baju - baju yang dah di lipat...Haish...memang macam - macam perangai dia.

Takpela, nama pun baby. Ada banyak lagi nak cerita, tapi tak ada banyak masa. Next time sambung lagi :)

Cerita Pendek pasal Biawak

Assalamualaikum...

Mesti kenal kan haiwan kat atas ni.. :) nama dia Biawak. Aku ada beberapa cerita pendek mengenai haiwan ni. Jom..sama - sama baca :)

Cerita 1 - Mula - mula aku kenal Biawak.
Pada suatu petang yang cukup indah, masa aku study semester 1 kat Kolej IKIP. Aku ngan member aku sorang ni, nama dia Siti Fatimah, duduk melepak kat beranda belakang hostel. Masa tu, bilik kitorang kat tingkat 3. Baru nak berbual - bual panjang, nak kenal - kenal. Tiba - tiba dia tunjuk kat dalam belukar, sambil berkata "Eh..tengok tu, tu biawak. Besarnya..". Aku tercari - cari mana pulak biawak yang dia cakap tu. Pastu aku dengan separuh eksennya membalas "tu bukan biawak la...". Fatimah pandang muka aku separuh pelik. "Kalau bukan biawak, binatang apa?" Aku dengan suku eksen pun balas "ntah, tapi yang pasti bukan biawak". Dia pun diam, pastu dia tanya soalan kat aku, "Zila pernah tengok biawak??".Aku dengan bangganya cakap, "Pernah, biawak kan bukan besar sangat, lebih besar sket je dari mengkarung". Fatimah terus tarik muka pelik, "Zila, biawak ni, rupa dia lebih kurang ngan buaya la,mengkarung tu kecik. ~ Wargghhhhhahahahahaha...Sampai mati aku akan ingat cerita ni. Ni la, belagak sangat :D

Cerita 2 - Biawak melintas.
Orang tua - tua selalu cakap, kalau kita dalam perjalanan nak pegi mana - mana, tiba - tiba ada biawak melintas, maksudnya ada petanda tak baik. Ini pun cerita masa aku kat Kolej. On the way aku ngan bestfriend aku nak pegi Berjaya Megamall, lalu kat flat Bomba. Tengah seronok menyembang time berjalan, terdengar satu bunyi. Ina dah berhenti jalan sebab dia risau kot - kot ular yang muncul. Aku tarik - tarik tangan dia sambil meyakinkan dia, takde apa - apa, terpaksa la aku buat - buat berani, lagipun aku nak cepat pegi beli barang, takut kedai tutup pulak. Tapi Ina tetap tak nak jalan. Tiba - tiba, ada seekor biawak yang besar, keluar dari celah semak flat Bomba tu (dah rupa macam anak buaya dah), melintas depan kitorang. Ina dah mengigil, last - last aku ngan Ina cabut lari. Siap lari pandang - pandang belakang takut biawak tu kejar.

Cerita 3 - Biawak makan bangkai kucing.
Cerita ni pun masa kat Kolej jugak (asik citer kat kolej je~, yela, time ni banyak berjalan kaki sana sini). Masa tu on the way nak pegi Kuantan Plaza. Lalu depan Terminal Bas, lepas lintas jalan, ternampak seekor biawak, dalam longkang yang besar, sedang mengheret bangkai kucing. Sedih mengenangkan nasib kucing tu. Biawak ni, macam takde binatang lain pulak...

Cerita 4 - Biawak berenang dalam sungai.
Masa naik River Cruise dekat Melaka, aku hepi giler sebab berjaya merebut seat yang depan sekali. Tengah orang tu bawak bot, aku ni tengok kiri kanan, dalam air. Terkejut aku, nampak biawak berenang kat sebelah. Biawak tu besar, aku ingatkan buaya. Kot - kot jadi macam citer Lake Placid ke :D nasib baik ada Incik Suami, dia cakap "tu biawak la sayang" hahahahhahaha

Bila kenang - kenang balik, rasa macam kelakar, umur 18tahun baru aku kenal rupa biawak tu. Dan lebih teruk, 2-3hari lepas, aku baru tengok anai - anai yang real macam mana :P

Anda bertudung ikut gaya siapa?

Assalamualaikum,

Entri kali ni nak bercerita pasal tudung. Sekarang ni, macam - macam fesyen tudung ada.

Kalau tak silap, mula - mula sekali fesyen tudung yang dok heboh sana sini orang pakai ialah, fesyen tudung Wardina dan Waheeda. Memang glemer la sape yang pakai tudung macam diorang time tu. Fesyen pin tudung kat bahu, selebihnya tarik, cucuk kat sanggul belakang tu. Fesyen Waheeda plak, tudung lebih labuh, pin kiri kanan kat bahu.

Lepas tu, fesyen tudung Ekin. Toncet tinggi, pastu pakai tudung. Erm, fesyen ni aku tak berapa berkenan sangat. Sebab toncet tinggi tu. Ntah apa motif, dah macam emak Simpson plak :D Ada jugak yang berambut pendek, tapi bila pakai tudung macam ni, toncet tinggi gak.

Lepas tu, masuk plak fesyen tudung Heliza. Rasanya Heliza punya tudung tak jauh lari dari Wardina, cuma dia gabungan gaya tudung Wardina + Ekin.

Terbaru, ala - ala Yuna dan Hana Tajima. Just guna pashmina, shawl. Kalau pegi Alamanda ke, IOI ke, Leisure Mall ke, mana2 shopping complex memang sah - sah la nampak tudung2 gaya macam ni.

Mesti korang tertanya - tanya kan, kenapa plak aku mempertikaikan isu tudung ni?

Tak...bukan aku mempertikaikan. Pada aku, masing - masing ada citarasa masing - masing. Nak pakai tudung gaya macam mana pun, terpulang pada diri sendiri, keselesaan anda bertudung.

Aku?? Gaya tudung aku banyak berubah. Masa mula - mula aku bertudung, start Form 1 sampai Form 5. Masa tu, pakai tudung yang dah siap 3 segi tu, yang setiap ujung tudung tu, ada hiasan yang berjurai2, berbenang2 tu. Dengan tak pakai anak tudung (dah rupa macam Dato' Sharizat plak,jambul terkeluar time bergerak aktif). Pin kan bawah dagu,selarikan ujung tudung, pin kan bawah dada.

Kemudian, masuk Kolej IKIP, jenis tudung masih sama, tudung 3 segi tu, cuma cara pemakaian berlainan sket. Dah mula silang kiri kanan, pin kat bahu. Tapi masih tak pakai anak tudung. (Start pakai anak tudung bila baca 1 artikel pasal "bertudung tidak sempurna"). Naik semester 3 - 6, jenis kain tudung bertukar wajah (aiceh, dah macam Action Kamen plak), pakai tudung kain segi empat, lipat2 jadi segi 3. Kain lebih besar, bidang 50' kalau tak silap. Yang peliknya, dah takde variasi kaler tudung, semua aku bantai kaler putih. OMK!! (Oh Mak Kau!!). Masa tu aku rasa, kalau aku pakai tudung corak - corak, ia akan menambah setiap inci muka aku. Muka terasa lebar nak mampus kalau pakai tudung corak - corak. Padahal cara pakai tu tak btul, sebab tu muka lebar!!

Lepas tu, tudung kaler putih tak stop sampai situ je, masa sambung Degree, aku still dengan tudung putih aku tu. Ntah apa perasaan syok sangat pakai tudung putih pun aku tak tau. Maybe feeling nak rasa muda kot... OMK!!Zila...Zila...

Pastu, secara tiba - tiba, ada satu perasaan gedik bila tengok sorang sahabat pakai tudung bidang 60', ada corak. Tengok - tengok macam best je. Ajak dia pegi PKNS Shah Alam, beli 2 helai tudung corak - corak. Bila pakai pegi kelas, semua orang terpegun, ada yang pengsan, sawan (Ok, ni tipu) sebab terkejut dengan perubahan. Pujian melambung - lambung sampai aku terpaksa balik hostel tukar pakai kain. (Tipu lagi :P).

So, sejak tu, aku mula pakai tudung corak - corak, ikut gaya Wardina. Tapi tudung kaler putih ngan tudung plain kaler lain tetap pakai jugak. Cuma belum pernah cuba pakai tudung guna pashmina, rasa pelik bila try depan cermin. Pernah cuba pakai tudung Ekin (tapi tak toncet tinggi), Incik Suami tak berkenan (So, aku perlu ikut kata dia).

(Ni la gaya aku bertudung sekarang, cuma tak de pin kat belakang je)

Sebenarnya, apa pun jenis tudung yang kita pakai, apa gaya yang kita cuba, tak jadi masalah selagi ianya masih dalam kategori menutup aurat, iaitu melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan tidak pulak dari jenis kain yang jarang. Untuk peringatan kita bersama :)

**A'ah, lupa plak nak selit tudung Dato' Siti. Eh, tapi tu bukan tudung kan...?? :)