Terasa lama benar tak bercerita kat sini :) Mari guna alasan yang sama, sibuk menguruskan rumahtangga dan anak2 :) dan mari juga gunakan alasan yang boleh buat orang meluat kat aku...Sibuk, tengok tv hal2 berkaitan dengan agama... (i'm not using word 'Agama' as a joke, but others people out there, sangat2 sakit hati bila aku cakap pasal Agama. Don't know why, panas montot barangkali...)
Okla, straight to the point...
Entri kali nak bercerita tentang video yang baru aku tengok.
Hasil nukilan one of my cousin, anak Oteh aku. Seriously, aku tengok, mengalir airmata.
*tetiba je airmata mengalir, padahal aku sangat la susah nak mengalir airmata tengok video2 ni*
Maybe antara sebab aku menangis, sebab aku tau apa yang adik sedara aku ni alami. Dan video tu berkenan dengan pengorbanan Oteh aku, yakni Ummi dia, pada anak dia. Aku nak upload video, kemain lama lagi loading nya...jadi aku paste link jela eh...
pepandai la korang klik,...tu pun kalo nak, kalo tak nak pun...bukan aku kesah pun...
Antara bait - bait kata yang dia ada tulis dalam video ni,yang menyentuh hati aku ialah...
1. Ummi, kau ampunilah segala dosa kami, jika kami pernah melukakan hatimu.
2. Ku ingin mohon restu daripadamu..kerana disitu terletak syurga di bawah tapak kakimu...
3. Kasih sayang mu amat bermakna bagi kami,kerana ia tidak boleh dijual beli.
4. Seorang ibu tidak mungkin membuang anaknya sendiri.
5. Seorang ibu tidak akan pernah meninggalkan anaknya.
6. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya kegagalan?
7. Seorang ibu sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang insan dimuka bumi ini.
8. Tetapi adakah kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita?
9. Ketika ku dalam kedukaan, engkau datang menghiburkan hatiku.
10. Ketika aku dalam kesulitan, engkau hadir memberi kebahagiaan.
Adik sedara aku ni, umur dia 14tahun. Dia yang berumur lebih muda, mampu mengatur baris - baris ayat yang menyentuh jiwa. Aku yakin, Oteh aku turut mengalirkan airmata.
Mak pernah cakap pada aku,
"Seorang anak takkan rasa macam mana pengorbanan emak/bapak dia, melainkan dia dah kawin, dah mengandung, dan ada anak. Masa tu, baru dia tau, betapa besarnya pengorbanan emak/bapak dia"
Betul. Aku sangat setuju.
Contohnya macam sekarang, bila aku kenang2 masa lampau aku, dari kecik sampai besar. Perkara2 yang aku buat menyakitkan hati mak dan abah, memang tak patut aku buat macam tu. Dan aku rasa, aku mula berfikir secara logik, lepas umur aku 18tahun kot.
Masa tu, aku hargai setiap apa yang mak dan abah berikan. Sampaikan kalau balik Kuantan, mak bekalkan nasi goreng, ngan air mineral...botol mineral tu aku nak buang pun sayang :)
Bila buat artwork, setiap kali presentation, aku akan merayu pada lecturer aku, tolong jangan koyak atau bakar artwork aku, sebab abah yang bagi aku duit untuk beli semua kertas, mounting board, charcoal, pen dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan tentang pengorbanan mak dan abah kat sini...
Tapi, risau plak ada yang cakap aku sedang membuat cubaan 'membodek'...Maka,biarlah aku simpan kemas semua ingatan tu dalam hati aku.
Okla, jumpa lagi di lain waktu... :)
* Tetiba teringat, dah 4bulan 11 hari Arwah atok meninggalkan kami. Al-fatihah buat atok, semoga roh atok dicucuri rahmat, Amin~~
No comments:
Post a Comment