
Hehehe...tajuk tak boleh blah ~~semalam surf2, terjumpa plak benda ni, so..Layan...~~
1. Sentiasa berdoa agar disayangi. ~yup, incik hazo selalu berdoa~
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. ~incik hazo slalu cakap "hai, sayang,~
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. ~mesti tanya, "sayang buat apa..." (kadang2 aku plak malas nak jawab, sori B)~
4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. ~yup, incik hazo jarang bagi penyelesaian, slalu suh aku tido dulu, tak pun gi tengok wayang, tak tension baru ble setel masalah~
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. ~kalau dah keje kat umah, rasa nya 24jam bagi perhatian yang sangat berkualiti~
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. ~kalau marah, incik hazo tak bagi benda2 ni, dia biar aku reda sket, baru dia pujuk, tapi takde hadiah2~
7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. ~tolong masak...tak kot...ajak makan luar slalu jugak, bila time aku penat, incik hazo bawak makan luar~
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya). ~incik hazo suka cakap "sayang comel la pakai tudung macam tu, comel pakai baju macam ni (aku sangat hepi)~
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati. ~incik hazo tau bila aku jadi begini ::wink::~
10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. ~almost~
11. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. ~jarang la call, slalu dah pesan siap2 sebelum kuar umah~
12. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ~incik hazo tak penah cakap tak boleh, dia slalu ada bila aku minta tolong~
13. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. ~selalu tak bitau pun, aku yang finder~
14. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. ~aku jenis kuat buat perangai, jadi incik hazo slalu jugak marah aku kalau aku mengamuk tak bersebab :P~
15. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. ~jarang sket, sebab aku banyak cakap..makin bagi perhatian, makin la aku tak benti bercakap. tapi bila cakap benda yang serius, incik hazo bagi perhatian~
16. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. ~ya..ya..selalu sangat..jangan kata kuar umah, nak turun amik buah kat peti ais pun dia tanya~
17. Beritahu bila dia ingin berehat atau tidur. ~yup, "sayang, B tido dulu eh..."~
18. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. ~hehehe...bukan setakat 4kali, terlebih2 lagi~
19. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". ~tak tepon pun, sebab bukannya keja kat opis pun~
20. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. ~opps...terlebih sudah..:D~
21. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. ~kadang - kadang~
22. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. ~belum ada anak lagi, tapi planning kalau nak dating lepas ada anak, mintak tolong mak jaga anak ::wink:: boleh yer mak~
23. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati. ~yey...memang slalu pun.sihat atau sakit,incik hazo cuba penuhi semua hajat saya~
24. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. ~semestinya...~
25. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. ~biasanya bukan kuih...slalu air, keropok~
26. Sentiasa lakukan ibadah bersama. ~mestilah...~
27. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai. ~kalau incik hazo keluar daerah, pasti dia ajak aku sekali..sebab aku takut tinggal umah sorang2~
28. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. ~ biasanya, sendiri2 yang nak berasa wangi sebelum tido~
29. Urut belakang isteri sekali sekala. ~bila aku mintak, incik hazo tolong la urut~
30. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. ~selalu sangat~
31. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri. ~incik hazo slalu peluk aku bila aku nangis citer problem aku~
32. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. ~alamak!!kadang - kadang aku yang tinggalkan dia, tapi incik hazo slalu pegang tangan aku bila jalan2~
33. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. ~jawapan kat atas dah menjawab dah~
34. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala. ~hehehe..."B, glucolin 1"..."siap"~
35. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. ~incik hazo suh aku pilih tempat aku nak makan, sebab takut aku tak selera tempat yang dia bawak, erti kata lain, kot aku ada mengidam nak makan kat tempat lain~
36. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai. ~tak bape nak paham fakta ni~
37. Lebihkan isteri daripada anak-anak. ~belum punya anak...Insya Allah, incik hazo bijak berlaku adil~
38. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda. ~hehehehe...B..sila la jawab. Incik hazo kurang bagi perhatian, cuma dia akan pastikan aku makan ubat dan tido secukupnya~
39. Seeloknya masuk tidur serentak. ~kalau incik hazo banyak keja, mana larat aku nak tunggu dia~
40. Belai isteri sebelum pergi kerja. ~keja kat umah je, anytime boleh belai2~
41. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan. ~selalu...lepas masak, lepas aku ngaji, lepas aku doa untuk dia, pendek kata semua benda la~
42. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala. ~baru kawin memang la berdua je~
43. Lakukan riadah bersama isteri. ~incik hazo slalu cakap "kalau B gi gym sorang2 takde sayang, B macam bosan la"..yey!!aku hepi~
44. Pergi berkelah sekali sekala. ~lepas bulan puasa ni, akan mula balik aktiviti mandi sungai :D~
45. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala. ~tolong teman aku basuh dan jemur baju je, basuh baju...kadang2~
renung - renung kan, dan selamat beramal... :)
**petua ini hanya untuk yang sudah berumah tangga sahaja, yang belum kawin, jangan gatal nak ikut2.aku tak mau bertanggungjawab kalau apa - apa terjadi.
soalan 36 tu die tanye kalo kat majlis2 abg hazo tak baik tinggal kan akan sorg2 duduk diam je kat kusi ker..abg hazo sepatutnyer ajak akak bebual skali ngan org yang die bebual tu..tapi mmg abg hazo ajak akk bual skali pun,waktu majlis kawin korang kan abg hazo bebual pasal die memang minat kat uncle lan tu..
ReplyDelete*akak bukan akan
ReplyDeletepape pun imran nak cakap slamat maju jaya didalam bahtera perkawinan kita-macam poyo sket plak..imran doa kan yang tebaik untuk korang sekeluarga...amin..kalo ade masalah,jgn malu untuk mengaku salah,kalo abg hazo je yang selalu beralah,takut die bosan,sekali sekala belailah die waktu die perlukan akak.sesungguhnye lelaki akan cepat bosan kalo asik die je yang dipersalahkan.layan lah suami anda sebagai suami,bukannye pekerja yang menjaga anda:) renung2kan dan slamat berpuasa
ReplyDelete