Wednesday, 27 July 2011

Ayat Power!!

Semua quotes ni, aku dapat dari Twitter "The Noteboook" (bukan salah eja, tapi dia memang ada 3 'O" ok) Enjoice!!!

1. Who are you to judge me? I know I'm not perfect and don't claim to be. But before you start pointing fingers, make sure ur hands are clean.

2. Being nice to someone you hate doesn't mean you're fake. It means you're mature enough to tolerate your hate towards them.

3. Some people act like jerks so they won't get hurt. Some people are jerks because they got hurt.

4. You say I've changed. You're right. I changed for MY benefit. I'm sorry I couldn't stay the same for you.

5. My back is not a voicemail. If you got something to say to me, say it to my face. (suka nak ubah macam ni "your FB wall or your blog is not a voicemail. If you got something to say to me, say it to my face. You such a coward!!")

6. When you're important to someone, they will always find a way to make time for you. No excuses, no lies, and no broken promises.

7. Can you hear those footsteps behind you? That's not me running after you...that's karma catching up to you.

8. When people tell you you've changed, it's only because you stopped acting the way they want you to act.

9. People may hate you for being different and not living by society's standards, but deep down, they wish they had the courage to do the same.

10. Don't judge me based on YOUR perception, your jealousy or what you would do. I don't live my life for you.

11. If people are talking behind your back, congratulations. It means you're far in front.

12. A person hates you for 1 of 3 reasons. 1) They want to be you. 2) They hate themselves. 3) They see you as a threat.

13. Don't worry about me. My heart's not broken anymore. You should be worried about yourself, cause from what I can see, you're still a jerk.

14. The quicker you are to admitting your mistakes and apologizing, the easier it is for others to forgive you. (Except this one, got from Islamic Think)

15. Once they stop talking to you, they start behind your back.

16. You have nothing important to share about your life, so instead you share things about mine. (quotes yang paling aku suka)

17. Be happy in front of people who don't like you, it kills them.

18. When people cut you down or talk behind your back, remember, they took time out of their pathetic lives to think about you. (you're so pathetic,jerk!)

19. Sometimes, we waste too much time to think about someone who doesn't even think about us for a second.

20. People never really leave, their roles just change.

21. I don't have an attitude problem, you have a problem with my attitude. That's your problem, not mine.

22. Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. and forget about the ones who don't

23. Sooner or later, everyone falls apart. Survivors are the ones who pick up the pieces and move on.

24. The next time you wanna blame your problems on someone...try looking in a mirror first. (yup, beli lah cermin paling besar lagi daripada cermin yang kau ada dalam bilik kau tu)

25. It's funny how people start paying attention to you when you're silent.

26. I'm not the same person I was a year ago, a month ago, or even a week ago. I'm constantly changing.

27. I'm not saying you are lying, I'm just saying I don't believe you.

28. Insecurity is an ugly thing. It makes you hate people that you don't even know.

**Quotes yang 'bold' tu, semua aku minat sangat2.woot woot, paham2 je untuk sape yang terasa tu!!

Saturday, 2 July 2011

Menempuh "Motherhood"

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pasal Motherhood pulak atau dalam bahasa melayu ialah alam keibuan, keemakan, kemummyan pun boleh :D tapi kalau taip alam kemamaan, dah lebih kurang bunyik macam Kemaman - Terengganu :P (OMK!!Zila, please stop merepek~~Baiklah)

Aku ni, adalah seorang yang penuh dengan kasih sayang (yucks, ye ye je). Eh, tapi betul. Sejak dari kecik, aku memang suka bayi, budak - budak. Tapi, kalau budak yang mengada terlebih, yang suka hentak - hentak kaki, nangis nak barang mainan kat kedai, memang aku rasa nak cepuk, sepak terajang je. Sebab, aku tak suka budak ngada - ngada macam tu.

Masa aku belum kawin, dating - dating ngan Incik Suami, pernah aku nampak beberapa karakter seorang perempuan yang kita panggil Mak, Mummy, Mama, Ummi, Ibu, dan Ma. Ada satu situasi ni, seorang kakak ni, anak dia menangis, pada aku, mungkin anak dia tak sedap badan. Merengek la anak dia dalam troli Jusco ni.Dia tanya anak dia "Anak mama ni nak apa?" masa tu aku memang pelik giler. Mana la budak kecik tu nak jawab. Aku terlupa, bahawa antara emak dan anak, ada chemistry nya yang tersendiri. Seperti mana aku dengan Nur'ain sekarang.

Aku nak bercerita sikit, tapi kaum Bapa jangan ambil hati, entri ni bukan bermaksud anda tak prihatin terhadap anak anda, cuma sudut pandangan dan cara emak dan bapa memberikan kasih sayang berbeza.

Dulu, sebelum ada anak, dan bila tengok cara sesetengah orang mendidik anak, aku dah buat beberapa perancangan untuk didik anak aku. Nak jadi seorang mummy yang cemerlang mendidik anak - anaknya :) malah, aku berazam untuk jadi macam mak aku, macam mana dia didik aku.

Tak dinafikan, masa aku kecik, cukup nakal. Tapi bila mak jegilkan mata, serta merta aku jadi baik, behave depan orang ramai. So, aku nak anak - anak aku semua macam tu. Tak yah la dengar mummy dia terpekik pekau baru nak duk diam - diam.

Pastu, aku jugak pernah janji, tak nak pukul atau cubit anak - anak aku masa diorang masih kecik, sebab pada aku, diorang kan baby, mana tau apa - apa. Tapi, tu semua dulu. Sebelum ada anak. Memang sebelum ni aku pernah la training panas baran aku pada anak - anak buah aku. Tapi, anak orang dengan anak sendiri mana nak sama. Anak orang nakal, bukan kita boleh pukul atau marah sesuka hati.

Bila aku dah jadi mummy, baru la aku tau, sifat panas baran aku masih lagi wujud. Haish...ntah macam mana nak hilangkan ntah. Mana pergi janji tak nak pukul, cubit anak time baby pun tak de (tapi bukan la aku cubit atau pukul sampai lebam, dan bila usia Nur'ain dah 9bulan keatas baru dia kena pukul). Bukan pukul apa pun, aku tampar montot dia, time dia mengeliat tak nak pakai diaper, time dia sibuk nak ikut aku masuk toilet, time aku nak buat keja, dia mintak dukung, memang kena la time tu.

Sekarang, Nur'ain dah pandai berjalan, kadang - kadang dia tak nak pakai kasut time nak berjalan kat simen, memang kena cubit kecik - kecik kat tapak kaki.

Aku pukul atau cubit, bukan bermakna aku benci atau ada niat nak dera. Tapi, aku ni manusia, dan jenis manusia yang susah sangat nak bersabar dengan kerenah anak - anak yang banyak ragam. Bukan bermakna aku tak sayang. Kalau aku tak sayang anak, time anak sakit, time terhantuk, meragam mintak dukung, aku takkan layan kerenah tu. Ada sekali sekala, Nur'ain kena marah. Sebab kenakalan dia, buat sepah, kirai - kirai kan kain baju yang aku dah lipat. Memang kena pukul la tangan tu. Dan perkara yang positif aku nampak, bila sekali dah kena pukul tapak tangan dia, next time dia tak kirai - kirai lagi, tapi...dia baring pulak kat baju - baju yang dah di lipat...Haish...memang macam - macam perangai dia.

Takpela, nama pun baby. Ada banyak lagi nak cerita, tapi tak ada banyak masa. Next time sambung lagi :)

Cerita Pendek pasal Biawak

Assalamualaikum...

Mesti kenal kan haiwan kat atas ni.. :) nama dia Biawak. Aku ada beberapa cerita pendek mengenai haiwan ni. Jom..sama - sama baca :)

Cerita 1 - Mula - mula aku kenal Biawak.
Pada suatu petang yang cukup indah, masa aku study semester 1 kat Kolej IKIP. Aku ngan member aku sorang ni, nama dia Siti Fatimah, duduk melepak kat beranda belakang hostel. Masa tu, bilik kitorang kat tingkat 3. Baru nak berbual - bual panjang, nak kenal - kenal. Tiba - tiba dia tunjuk kat dalam belukar, sambil berkata "Eh..tengok tu, tu biawak. Besarnya..". Aku tercari - cari mana pulak biawak yang dia cakap tu. Pastu aku dengan separuh eksennya membalas "tu bukan biawak la...". Fatimah pandang muka aku separuh pelik. "Kalau bukan biawak, binatang apa?" Aku dengan suku eksen pun balas "ntah, tapi yang pasti bukan biawak". Dia pun diam, pastu dia tanya soalan kat aku, "Zila pernah tengok biawak??".Aku dengan bangganya cakap, "Pernah, biawak kan bukan besar sangat, lebih besar sket je dari mengkarung". Fatimah terus tarik muka pelik, "Zila, biawak ni, rupa dia lebih kurang ngan buaya la,mengkarung tu kecik. ~ Wargghhhhhahahahahaha...Sampai mati aku akan ingat cerita ni. Ni la, belagak sangat :D

Cerita 2 - Biawak melintas.
Orang tua - tua selalu cakap, kalau kita dalam perjalanan nak pegi mana - mana, tiba - tiba ada biawak melintas, maksudnya ada petanda tak baik. Ini pun cerita masa aku kat Kolej. On the way aku ngan bestfriend aku nak pegi Berjaya Megamall, lalu kat flat Bomba. Tengah seronok menyembang time berjalan, terdengar satu bunyi. Ina dah berhenti jalan sebab dia risau kot - kot ular yang muncul. Aku tarik - tarik tangan dia sambil meyakinkan dia, takde apa - apa, terpaksa la aku buat - buat berani, lagipun aku nak cepat pegi beli barang, takut kedai tutup pulak. Tapi Ina tetap tak nak jalan. Tiba - tiba, ada seekor biawak yang besar, keluar dari celah semak flat Bomba tu (dah rupa macam anak buaya dah), melintas depan kitorang. Ina dah mengigil, last - last aku ngan Ina cabut lari. Siap lari pandang - pandang belakang takut biawak tu kejar.

Cerita 3 - Biawak makan bangkai kucing.
Cerita ni pun masa kat Kolej jugak (asik citer kat kolej je~, yela, time ni banyak berjalan kaki sana sini). Masa tu on the way nak pegi Kuantan Plaza. Lalu depan Terminal Bas, lepas lintas jalan, ternampak seekor biawak, dalam longkang yang besar, sedang mengheret bangkai kucing. Sedih mengenangkan nasib kucing tu. Biawak ni, macam takde binatang lain pulak...

Cerita 4 - Biawak berenang dalam sungai.
Masa naik River Cruise dekat Melaka, aku hepi giler sebab berjaya merebut seat yang depan sekali. Tengah orang tu bawak bot, aku ni tengok kiri kanan, dalam air. Terkejut aku, nampak biawak berenang kat sebelah. Biawak tu besar, aku ingatkan buaya. Kot - kot jadi macam citer Lake Placid ke :D nasib baik ada Incik Suami, dia cakap "tu biawak la sayang" hahahahhahaha

Bila kenang - kenang balik, rasa macam kelakar, umur 18tahun baru aku kenal rupa biawak tu. Dan lebih teruk, 2-3hari lepas, aku baru tengok anai - anai yang real macam mana :P

Anda bertudung ikut gaya siapa?

Assalamualaikum,

Entri kali ni nak bercerita pasal tudung. Sekarang ni, macam - macam fesyen tudung ada.

Kalau tak silap, mula - mula sekali fesyen tudung yang dok heboh sana sini orang pakai ialah, fesyen tudung Wardina dan Waheeda. Memang glemer la sape yang pakai tudung macam diorang time tu. Fesyen pin tudung kat bahu, selebihnya tarik, cucuk kat sanggul belakang tu. Fesyen Waheeda plak, tudung lebih labuh, pin kiri kanan kat bahu.

Lepas tu, fesyen tudung Ekin. Toncet tinggi, pastu pakai tudung. Erm, fesyen ni aku tak berapa berkenan sangat. Sebab toncet tinggi tu. Ntah apa motif, dah macam emak Simpson plak :D Ada jugak yang berambut pendek, tapi bila pakai tudung macam ni, toncet tinggi gak.

Lepas tu, masuk plak fesyen tudung Heliza. Rasanya Heliza punya tudung tak jauh lari dari Wardina, cuma dia gabungan gaya tudung Wardina + Ekin.

Terbaru, ala - ala Yuna dan Hana Tajima. Just guna pashmina, shawl. Kalau pegi Alamanda ke, IOI ke, Leisure Mall ke, mana2 shopping complex memang sah - sah la nampak tudung2 gaya macam ni.

Mesti korang tertanya - tanya kan, kenapa plak aku mempertikaikan isu tudung ni?

Tak...bukan aku mempertikaikan. Pada aku, masing - masing ada citarasa masing - masing. Nak pakai tudung gaya macam mana pun, terpulang pada diri sendiri, keselesaan anda bertudung.

Aku?? Gaya tudung aku banyak berubah. Masa mula - mula aku bertudung, start Form 1 sampai Form 5. Masa tu, pakai tudung yang dah siap 3 segi tu, yang setiap ujung tudung tu, ada hiasan yang berjurai2, berbenang2 tu. Dengan tak pakai anak tudung (dah rupa macam Dato' Sharizat plak,jambul terkeluar time bergerak aktif). Pin kan bawah dagu,selarikan ujung tudung, pin kan bawah dada.

Kemudian, masuk Kolej IKIP, jenis tudung masih sama, tudung 3 segi tu, cuma cara pemakaian berlainan sket. Dah mula silang kiri kanan, pin kat bahu. Tapi masih tak pakai anak tudung. (Start pakai anak tudung bila baca 1 artikel pasal "bertudung tidak sempurna"). Naik semester 3 - 6, jenis kain tudung bertukar wajah (aiceh, dah macam Action Kamen plak), pakai tudung kain segi empat, lipat2 jadi segi 3. Kain lebih besar, bidang 50' kalau tak silap. Yang peliknya, dah takde variasi kaler tudung, semua aku bantai kaler putih. OMK!! (Oh Mak Kau!!). Masa tu aku rasa, kalau aku pakai tudung corak - corak, ia akan menambah setiap inci muka aku. Muka terasa lebar nak mampus kalau pakai tudung corak - corak. Padahal cara pakai tu tak btul, sebab tu muka lebar!!

Lepas tu, tudung kaler putih tak stop sampai situ je, masa sambung Degree, aku still dengan tudung putih aku tu. Ntah apa perasaan syok sangat pakai tudung putih pun aku tak tau. Maybe feeling nak rasa muda kot... OMK!!Zila...Zila...

Pastu, secara tiba - tiba, ada satu perasaan gedik bila tengok sorang sahabat pakai tudung bidang 60', ada corak. Tengok - tengok macam best je. Ajak dia pegi PKNS Shah Alam, beli 2 helai tudung corak - corak. Bila pakai pegi kelas, semua orang terpegun, ada yang pengsan, sawan (Ok, ni tipu) sebab terkejut dengan perubahan. Pujian melambung - lambung sampai aku terpaksa balik hostel tukar pakai kain. (Tipu lagi :P).

So, sejak tu, aku mula pakai tudung corak - corak, ikut gaya Wardina. Tapi tudung kaler putih ngan tudung plain kaler lain tetap pakai jugak. Cuma belum pernah cuba pakai tudung guna pashmina, rasa pelik bila try depan cermin. Pernah cuba pakai tudung Ekin (tapi tak toncet tinggi), Incik Suami tak berkenan (So, aku perlu ikut kata dia).

(Ni la gaya aku bertudung sekarang, cuma tak de pin kat belakang je)

Sebenarnya, apa pun jenis tudung yang kita pakai, apa gaya yang kita cuba, tak jadi masalah selagi ianya masih dalam kategori menutup aurat, iaitu melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan tidak pulak dari jenis kain yang jarang. Untuk peringatan kita bersama :)

**A'ah, lupa plak nak selit tudung Dato' Siti. Eh, tapi tu bukan tudung kan...?? :)