Saturday, 25 June 2011

Baru Dapat Kaki


(Gambar baru bangun tido. Percaya tak?)

Alhamdulillah, berpeluang menulis lagi :)

Kali ni nak bercerita tentang buah hati pengarang jantung saya ni :) Nur'ain Saffiyah. Budak yang banyak keletah ni, baru "dapat kaki" (istilah bagi bayi yang dah mula berjalan) 2minggu selepas hari lahir yang pertama. Wah...sejak dah pandai berjalan, sana sini dia berjalan. Sampai kan letih pulak Mummy tengok.


(Tengok, Ain tak sudi bergambar dengan Mummy)

Jenis tak putus asa, kalau jatuh masa berjalan, Nur'ain tak menangis. Tapi dia bangun, tersengih - sengih dan cuba untuk dapatkan apa yang dia kejar. (Good girl - ini dah hampir serupa dengan perangai Daddy kamu)


Orang cakap, seronok tengok anak membesar depan mata. Yup, sangat betul. Incik Suami mengalirkan airmata bila tengok video Nur'ain berjalan. (masa Nur'ain mula berjalan, cuma aku dan emak yang dapat tengok. Daddy??Go to work, Sayang)


Kalau nak cerita kan tentang keletah Nur'ain, memang tak lekang senyuman dari bibir aku ni. Banyak sangat. Dia suka mengajuk setiap perbuatan kita. Kenyit - kenyit mata, muncung - muncung bibir (tapi akhirnya menjadi jelir - jelir lidah), ketawa sambil tutup mulut. Tapi satu perkara buat aku geram sangat dengan budak kecik ni, susah untuk berenggang dari aku. Geram sangat. Kadang - kadang, pantang nampak aku berdiri, confirm dia nangis nak suruh dukung dia. Banyak cantik!! :) dan akhirnya...aku takkan dukung dia, tapi aku akan mula merangkak, dan buat bunyi kucing. Nur'ain diam, dan pegang bahu aku, ikut jalan sama - sama. Hahahahaha~~Besarnya kucing Nur'ain :D


(Ralit sangat dua beradik ni bermain. Kalau baik tu, baik betul.)

Wednesday, 15 June 2011

Puasa Oh Puasa


Asalamualaikum semua :)

Muka pakcik ni memang glemer time nak mula puasa dengan raya kan? :) kalau pengumuman tentang puasa, tak ramai yang dok bertunggu tangga depan tv, tapi bila bab nak umum kan raya, semua pakat pasang volume kuat2, biaq 1 kampung dengar raya bila :)

Lama jugak eh tak update blog. Bukan apa, sibuk sket la, kemas barang nak pindah ke rumah baru. Sekarang, semuanya dah setel..tinggal barang sket2 je lagi.
Oh..ada yang pelik eh, kenapa asik pindah randah ni :) rumah yang baru ni, lepas ni tak pindah2 lagi dah. sebab rumah baru ni, rumah beli :) so, memang dah takde edisi pindah2 rumah lagi. melainkan beli rumah lagi satu, ataupun pindah kat rumah tiang 2 tu :)

Okla, kali ni nak cerita pasal puasa. Maklumla, sekarang ni bulan Rejab. Tapi, aku bukan puasa sunat bulan Rejab, tapi puasa ganti. Masa bulan Ramadhan ari tu, tak puasa sebulan... :)
Tak..tak..bukan sebab suka - suka ponteng puasa, bukan....
Bukan jugak sebab tak tahan lapar, bukan...
Bukan jugak sebab tak tahan nak isap rokok, pun bukan...tambah2 aku ni tak pernah isap rokok..
Sebab, aku breastfeeding Nur'ain. Memang ada sesetengah orang, masih boleh breastfeeding dalam keadaan berpuasa, tapi payah bagi aku. Sebabnya, Nur'ain tak pandai menghisap botol, jadi, kalau aku puasa, susu yang dah diperah pun terbuang macam tu je, sebab dia tak mau isap dari botol.
Then, masa hari pertama puasa, Nur'ain muntah. Mungkin sebab masuk angin. Jadi, dalam Islam pun ada mengharuskan berbuka bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
So, aku pun terus tak puasa selama sebulan.
Sekarang, dah boleh ganti sket2. Sebab Nur'ain pun dah mula makan makanan lain. Takde masalah dah la :)
Hari ni, masuk 6 hari ganti puasa :) aiyoo...ada 24 hari lagi. Insya Allah, kuatkan semangat :)
Incik Hazo ada jugak cakap, kalau ada yang tak terbayar tu, takpela, nanti dia akan bayarkan fidyah :) Alhamdulillah, tak la berat sangat. Cuma, next year, kena puasa ganti jugak la lagi :)

Wednesday, 1 June 2011

Mari Layan

Rules untuk tengok TV bersama mak saya.

1. Setiap pukul 1pm, 4pm, 7pm ~ perlu bukak siaran Astro Oasis, tengok dan dengar Indahnya Iman. Mak cakap, mak tak mampu nak mengajar, tapi dengan cara ni jela yang mak dapat tunjukkan.

2. Setiap hari Selasa, pukul 10pm, kena bukak TV9. Ada program Halaqah. Mak cakap bagus untuk pengisian hati, tajuk2 dia menyentuh jiwa manusia, bagus untuk kita supaya sedar, siapa diri kita. (kadang-kadang aku nangis tengok Halaqah, tapi sorok2 supaya mak tak tau)

3. Setiap hari Khamis, pukul 10pm, mesti bukak TV9, Dekat di Hati. Untuk tengok Semanis Kurma. Pelajari selok belok rumahtangga yang dirahmati Allah. Ada doa2 yang boleh kita hafal.

4. Setiap hari Jumaat pukul 5pm, mesti bukak TV3, ada Al-Kuliyyah. Watch and Learn kata mak. Ilmu - ilmu dalam Islam. Walaupun Abah dah hantar pegi Sekolah Agama, tak bermakna anak - anak mak tak perlu dengar tentang agama.

Dan kebiasaannya selepas Indahnya Iman kat Astro Oasis akan ada lagu ni, Lagu Tema Imam Muda 2011. So, Jom layan. Best, Edry KRU yang cipta.

**upload video kemain lama lagi, pandai2 korang la tengok sendiri eh :)

**Mak cakap,bukan perut je kena isi, hati pun kena isi jugak. Sejak bulan lepas, Astro Oasis ada bacaan Al-Quran, sementara nak tunggu Azan berkumandang. Sambil tunggu azan, boleh la semak2 bacaan kita selama ni betul ke tidak :)