Tuesday, 26 April 2011

Tik..Tok...Tik..Tok..

26hari je lagi...

Sekarang ni sibuk sangat menghitung hari...almaklumlah...tak lama lagi, Nur'ain genap setahun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, bila tengok gambar - gambar Nur'ain dari 1st day lahir, sampai sekarang, memang banyak sangat beza....Mata makin bulat, makin banyak ragam...kadang - kadang buat aku naik geram, naik angin, naik tocang, naik tangga, naik berat badan...hahahahhaha

~masa 1st day kat Hospital


~masih dalam hari, sangat kecik~



~ni pun masa dalam hari lagi, dah nak dekat sebulan rasanya~


Sekarang umur Nur'ain 11bulan 4hari...Setakat ni, dia dah pandai...
~menjerit sakan, sekali dengar macam menyanyi pun ada.
~mengganggukkan kepala bila kita cakap "betul tak?" atau "dah?"
~berdiri lebih kurang 1minit, tanpa sokongan kerusi, meja, tilam, Mummy, Daddy atau Nenek.
~tetiba Nur'ain panggil nenek dia "emak"....mungkin Nur'ain confuse, sebab nenek nampak muda.
~kecik - kecik atau sepet - sepet kan mata (padahal mata dia sangat bulat)
~pandai korek idung, walaupun tak tepat ke lubang hidung.
~makan nasi 2-3biji, gigit kacang...bila kacang dah terbelah dua, dia luahkan balik.
~duduk dalam besen, main itik plastik dia.
~bangun berjoget, tepuk tangan bila dengar lagu.
~beratib, ke kiri ke kanan setiap kali dengar Indahnya Iman (sejuk perut Mummy)
~turun sendiri dari katil.
~dah pandai nangis nak ikut orang pegi jalan - jalan.
~dah tau, bila Mummy pakai seluar jeans, pakai tudung, dia tau mesti pegi jalan...terus melalak2.
~dah pandai tunjuk guna jari telunjuk.
~bila tak dapat barang yang dia nak, dia akan merajuk tertonggeng.
~bila ada orang duduk kat meja makan, dia tau orang tu tengah makan, dia akan menyibuk sama, bila orang cakap "finish" dia tak percaya, lalu dia tertonggeng nangis.


~gambar ni, ayahchik dia tolong amikkan. Nur'ain bersama favourite toy dia~



~gambar terbaru ni, masa ni tepat 10bulan. Mata makin bulat~


Itu je perkembangan dia setakat ni...

**pernah baca kat 1 blog ni, tapi tak ingat apa address blog tu, dia cakap, orang tak nak tau perkembangan anak kita ni pandai ke, cantik ke, dan semua yang positif, tapi orang sibuk nak tau pasal anak kita ni sakit, ada masalah, cacat, terencat...tapi itu kata dia...
Pada aku, orang yang tak nak tau perkembangan positif anak kita adalah musuh, sebab musuh selalu mendoakan kesengsaraan orang yang dia benci...are u agree with me??

Saturday, 23 April 2011

Dia Buat Saya Ketawa ;)

Sejak kebelakangan ni, jari - jari yang montel dan pendek ni... suka sangat godek - godek google untuk cari blog template dan layout yang cantik, yang cute, yang perfect hahahhahaha...

Oh, saya jugak dah setup satu blog untuk mak saya, dan bila Nur'ain tido, saya akan ajar mak macam mana nak post entri untuk blog, yang setting untuk lain - lain gadget, saya yang akan buat... Saya pasti, mak pun ada sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama...walaupun cuma 1 ayat kan..??

Saya baru lepas merewang ke blog Fatin Zuaini, disebabkan dia, saya post entri ni. Fatin, kamu ni, penuh dengan sense of humor la... :) akak tak berhenti senyum baca entri kamu.

~Penting untuk hari ini:

~saya nak cari tasbih macam ni~
~tak pun yang macam ni, boleh klip kat jari~

~habis2 pun, macam ni pun boleh la~

~mak cakap, kat Mydin ada jual Counter Tally macam ni, ada niat nak pegi Mydin, tapi dapat mimpi kena pick pocket kat Mydin, jadi...next time, bila hati dah tak rasa "semacam" baru boleh pegi sana~

Friday, 22 April 2011

Kenangan bersama mereka...Saya mahu terus lupakan


Saya nekad, tekad.
Untuk yang sekian kali nya~
Saya bertekad untuk melupakan, meluputkan mereka dari ingatan saya.
~mereka tidak pernah menghargai saya.

Saya bertekad untuk melupakan setiap pujian yang pernah mereka berikan pada saya.
~setiap pujian dari mereka, saya tidak tahu samada ikhlas atau tidak.

Saya bertekad untuk melupakan setiap cacian yang mereka lemparkan pada saya.
~kerana mereka mencaci dan memburukkan saya atas tujuan ingin melihat saya terus lemah.

Saya bertekad untuk melupakan setiap kenangan manis dan pahit bersama mereka.
~tiada guna saya ingatkan orang yang banyak menyakitkan hati saya.

Saya bertekad untuk tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada mereka, samada mereka berjaya atau gagal.
~kerana saya yakin, Allah sedang mengubah nasib saya.

Saya bertekad untuk mengubah diri saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat.
~semoga Allah menerima taubat nasuha saya.

Saya bertekad akan memperbaiki hubungan saya dengan abah.
~Insya Allah, saya akan menjernihkan keadaan bila sampai masanya.

Saya bertekad untuk tidak memprivasikan blog saya.
~kerana itu tindakan orang yang takut berhadapan dengan realiti, tindakan orang yang tidak bertanggungjawab.

Biarlah apa yang mereka nak cakap pasal saya, tak jadi kudis. Saya tak mau ambil tahu.

**emak cakap, biarla apa orang nak cakap pasal awak, tergigit lidah, mereka akan berhenti bercakap~~terima kasih, emak...
**saya mahu melupakan mereka, kerana tiap kali mengingati mereka, saya akan terus membuat dosa. Jadi, saya tak mahu bagi mereka pahala free, kamu fahamkan maksud saya.