Friday, 31 December 2010

Kenapa??Why..??


Entri 1st untuk tahun 2011...
Lately aku rasa satu perubahan yang sangat ketara dalam hidup aku ni.... Sangat - sangat ketara...ialah M.A.L.A.S...
Yup..sangat - sangat malas. Malas sungguh nak update blog. Tak tau la nape...

1. LCD Kamera dah rosak, so tak boleh amik gambar. Ketiadaan gambar umpama makan nasi takde sambal, takde pedas, tak kick.

2. Nur'ain asik meragam, pantang tengok Mummy dia yang cun melecun ni mendekati laptop, maka dia menangis2 mintak di dukung.

3. Nur'ain hanya tido selepas pukul 6pagi ~serious ke??~~ yep, serius, tak nampak muka saya taip dengan wajah serius ni???

4. Semuanya berkait dengan tanggungjawab, yang mana saya ialah seorang surirumah, harus lah saya mendahulukan suami dan anak saya, bukan nya blog...~~haihh...~~baiklah, sekiranya ada masa lapang dan Nur'ain tidak merengek2 pada saya, saya akan update semua perkara yang berlegar di pikiran saya tiap masa dan ketika.


p.s: saya sangat suka bercerita, dan meluahkan segalanya di blog. Jadi, bila tak dapat menulis blog, saya rasa kurang ceria...

p.p.s: sedang berkira - kira mahu berniaga sandwich. untuk tambah duit poket sendiri, disamping dapat tolong Incik suami.

p.p.p.s: dalam kesibukan saya dirumah, masih gigih saya membaca cerita2 tentang Hanis Zalikha
tak tau la, saya suka cara dia menulis, kelakar ok....

Thursday, 2 December 2010

Anda Bagaimana...??

Jika anda sedang bersedih, apa yang anda akan lakukan...

Disaat ini, hati saya benar2 rasa sedih...rasa berusaha untuk menceriakan semula hari - hari dalam hidup saya...namun, kadangkala hampa.....


Alangkah seronoknya menjadi anak kecil...setiap kali menangis, ada yang memujuk, memeluk, mengusapkan airmata malahan memenuhi apa saja yang dipinta....
Dan ketika ini, Doa Menghilangkan Dukacita sering saja saya lagukan... walaupun tidak secara terang - terangan, dalam hati turut melagukan nya...Insya Allah, dengan bermohon kepada Yang Maha Mengasihani ini, semoga rasa sedih ini akan beransur - ansur dengan secepat mungkin.


Memetik sedikit bait - bait lagu Alhamdulillah - Too Phat
"Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..."

Ada alim ulama yang mengatakan "berdoa sahaja tidak mencukupi, kita sebagai hambanya wajib menyembah Allah" Ya...aku mengakui kebenaran kata - kata itu. Mana cukup dengan hanya berdoa. Aku bermohon kepada Mu, Ya Allah, semoga Engkau menghilangkan rasa kesedihan didalam hati ku ini. Sesungguhnya

~Dalam kesedihan, aku tetap nak kongsikan perkembangan Nur'ain. Sekarang dah 6bulan, dan setiap kali aku marah, dia dah mula pandai mencebik2 kan mulut seperti kanak - kanak dalam gambar diatas~~She's so adorable~~

Saturday, 30 October 2010

Cermin Diri


Tajuk entri kali ni, mungkin menyentuh sensitiviti bagi sesetengah pihak...terpulang pada anda, nak baca...silakan...tak nak baca....sila klik button pangkah dia sebelah kanan tab mozilla firefox anda...sekian terima kasih...

Ok, berbalik kepada tajuk entri ni...adakalanya, saya menulis mengikut perasaan...Ya...menulis blog adalah salah satu luahan hati saya...mana yang baik, saya kongsikan...yang buruk...janganlah ditiru...yang baik...dikongsi...kita sama2 beroleh keberkatan dari-Nya...

Dah menjadi lumrah manusia, selalu je rasa dirinya cukup sempurna, cukup hebat, senang citer, cukup serba serbi...tak pernah rasa...ada orang lebih baik dari mereka...sebagai contoh:

[satu hari, saya dan Incik suami, bersama2 buah hati tercinta kami berjalan di pasar malam, ada 2-3orang remaja, di belakang kami, berjalan sambil "mencuci mata" ~ barangkali cuba mencari jodoh dipasar malam, mungkin. kemudian, terdengar suara dari salah seorang daripada mereka, "weh...cuba ko tengok awek tu, cun siot"...dan saya andaikan, kawannya itu tengok pada awek yang dikatakan...dan membalas kata2 kawannya "ish, not my taste"..hmm saya beranggapan budak lelaki ini, tersangat la hensem...mungkin sebab tu dia cakap, not my taste...skali...bila dia memintas dari belakang...saya tersenyum suging...dalam hati macam nak gelak...dan saya rasa...jika saya bitau kat awek yang dia cakap not my taste tu...awek tu mesti berkali2 cakap not my taste balik kat dia.] Bagi saya, ini adalah sedikit contoh kepada cermin diri.


Saya sendiri ada banyak kekurangan diri, dan masih cuba memperbaiki diri sendiri, berubah kearah kebaikan. Biarla ada suara - suara sumbang yang mengatakan, saya tidak pernah berubah, hakikatnya, hanya Allah dan mereka yang rapat dengan saya saja tau. Seorang kawan saya pernah berkata, "Cerminlah diri sepuas2nya, dengan menggunakan cermin yang besar, ambillah masa seberapa banyak, dan sekerap mungkin, dengan melihat ke dalam cermin, kita akan sedar keburukan diri kita, adakah tudung kita senget, ternampak rambut, celah baju terkoyak dan sebagainya" saya sangat suka dengan kata - kata ini. Terima Kasih wahai Kawan...

Pict Credit to: google, gantharwa.wordpress

Friday, 15 October 2010

.:From the bottom of my heart:.


Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya maafkan kamu semua.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya akui, saya tidak dapat lupakan kesalahan kamu semua.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya cuba melupakan kamu semua.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya beransur - ansur membenci kamu semua.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya selalu mengenang kamu semua.

Dari lubuk hati saya yang paling dalam; saya berdoa, agar Allah melembutkan hati saya, supaya saya tidak berdendam kepada kamu semua.


.:mungkinkah ada seseorang yang copy paste kata2 saya, dan tidak mengakuinya atau mungkin hanya kebetulan saja, ayat kami serupa:.

Friday, 8 October 2010

.:Niat Pertolongan:.



Manusia. Sifat manusia yang biasa adalah, suka menabur janji, tapi jarang sekali menepati. Banyak kali kita dengar ayat - ayat macam ni:.

~kau jangan risau, bila kau susah nanti, aku akan tolong kau~
~Insya Allah, aku takkan lupa semua pertolongan kau~
~Aku kalau boleh, memang nak tolong kau, tapi aku pun ada problem jugak~


(credit gambar: google image)

Kenapa aku highlight kan perkataan TOLONG itu?

Sebab, untuk entri kali ni, aku nak cerita tentang pertolongan. Biasalah, sebagai manusia, hidup didunia penuh dengan cabaran dan dugaan. Dan, orang selalu cakap, hidup umpama roda, kadangkala kita diatas, sampai masa nanti, kita akan dibawah pula. Kita takkan hidup senang sentiasa, kita akan merasa bagaimana hidup susah, senang, sakit, gembira, sihat dan sebagainya.
Dan jangan pula kita bersifat takbur dengan mengatakan ~aku takkan hidup susah~

Daripada aku terus merepek2, mengarut dan lebih bahaya lagi jika aku mencarut, baiklah aku teruskan entri aku kali ni.

Pertolongan, pernah tak kita terfikir...bila kita menolong seseorang, apakah niat kita yang sebenarnya? Adakah memang kita ikhlas untuk menolong? atau kita mengharapkan balasan dari orang yang kita tolong itu? atau mungkin, pertolongan kita akan kita jadikan sebagai point untuk kita mengungkit apabila kita bermasalah dengan orang tersebut? atau sekadar untuk mendapatkan nama atau sanjungan?


.:Pertolongan yang ikhlas:.
aku andaikan pertolongan yang ikhlas ialah, pertolongan yang dihulurkan oleh kita, dan kita lupakan bahawa kita pernah menolong orang itu. Dan membiarkan Allah akan membalas semua pertolongan kita. Dan kita jugak tidak pernah menghebah2kan kepada sesiapa pun tentang pertolongan itu.
~sebagai contoh~ si A, telah menolong si B yang sedang dalam kesusahan. Meminjamkan duit kepada si B ketika si B dibuang kerja. Si A tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang hal itu, walhal, jika ada yang tahu bukan dari mulut si A, tetapi dari mulut si B. Si A tidak sesekali pun membuka mulut bertanyakan kepada si B tentang bila hendak membayar balik duit itu.


.:Pertolongan yang ingin dibalas:.
Bila kita menolong seseorang itu, kita berkata kepada dia. "takpela, ari ni aku tolong kau, esok2 kau pulak tolong aku". Aku andaikan sebagai pertolongan meminta balasan, atau lebih tepat lagi, mengingatkan orang yang dalam kesusahan itu, bahawa dia wajib menolong jika kita dalam kesusahan.
~sebagai contoh~ si C menolong si D yang sedang dalam kesusahan ketika emaknya sakit dikampung. Si C meminjamkan kereta agar si D sampai dikampung dengan kadar segera. Dan apabila si C dalam kesusahan, si C mengharapkan si D mengingati segala pertolongan yang telah dia hulurkan suatu ketika dulu.


.:Pertolongan yang diungkit:.
Erm dan rasanya, inilah jenis pertolongan yang kita paling tak suka, tapi kebanyakan dari kita melakukannya. Kita menolong orang, dengan niat, satu hari, bila dia lupa diri, kita boleh ungkit semuanya. Sia - sia saja menolong, kemudian diungkit.
~sebagai contoh~ si E sedang dalam kesusahan. Dia takde tempat untuk meminta tolong dan mengadu. Maka si F menjadi tempat si E meminta tolong. Namun apabila mereka berselisih faham, si F mula mengungkit semua pertolongan yang telah diberikan kepada si E.

.:Pertolongan untuk mendapat nama:.
Pertolongan jenis timbal balik daripada pertolongan ikhlas. Dia menolong dan menghebahkan sendiri kepada orang ramai, dengan harapan, orang ramai tahu bahawa dia telah menyelamatkan atau menolong orang yang dalam kesusahan tersebut.
~sebagai contoh~ si G menolong si H, si H berasa sangat bersyukur tanpa mengetahui si G telah menceritakan kepada semua orang bahawa dia yang telah menyelamatkan si H dari terus menderita kesusahan.

.:emak selalu mengingatkan saya, "tiapkali kita menolong orang, jangan kita mengungkit. sebab, semua pahala yang kita tolong, jadi sia - sia dan tidak dihitung oleh Allah":.

.:saya selalu ingat pesan ustazah saya semasa saya disekolah agama dulu "ikhlas atau tidak pertolongan kita, hanya Allah yang menentukan. Kita tidak boleh cakap, saya ikhlas menolong awak, yang mana pada akhirnya kita ungkit sehabis2nya":.

.:(credit gambar: google image,iluvIslam,nurimankamilah.blogspot.com)

Tuesday, 21 September 2010

Berkunjung ke I-CIty



Owh...sebelum memulakan apa - apa cerita terbaru, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ maaf zahir dan batin". Ok, sambung cerita balik. Tahun ni, kami sekeluarga beraya di KL je...seronok...dapat makan masakan mak ( macam dah bertahun2 plak tak makan masakan mak) ...mak masak nasi tomato...erm...sedap... :)

Raya kedua,kami semua beraya ke kampung incik suami, di Felda Kemasul. Kami bawak mak dan Qaisara~chan sekali. Maklum la, pegi balik hari....so bawak jela mak ngan Qaisara~chan berjalan. MIL masak laksa penang, manakala ana punya biras...masak mee kari... (biras ana ini, sangat terer la masak mee kari, mee kari beliau sangat superb).

Raya ketiga, sangat letih. Pulang ke rumah sambil membawa mak dan Qaisara~chan skali lagi. Bukannya apa, kami nak bawak mereka berjalan2 ke I-City. Saje nak tengok2 lampu...ada yang cantik...ada yang tak cantik....hahahahahhaha...oklah, meh layan gambar lampu2 ni....

~~saya paling suka lampu ni, cantik sangat~~nice~~




~~sila jangan simpan niat untuk bergambar dekat dengan kuda2 ini, nampak yang telah saya bulatkan tu..??itu guard yang sedia meniup wisel, dan akan meniup secara berterusan sekiranya anda mula memijak tanah berhampiran dengan kuda itu~~





~~owh..lupa nak bagitau, bayaran masuk ialah RM10 untuk 1kereta...dan orang2 yang menjaga parking...memang hampeh. parking bertingkat dah full pun still suh parking lagi....apa kejadahnya~~

Thursday, 26 August 2010

Abah...



Khas untuk Abah ~ Abd Razak bin Esa

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

**La sayang kat abah, seperti mana La sayang kan mak**
~~petikan diperolehi daripada forum carigold, membuatkan aku berfikir, "dah cukup ke aku balas jasa mak dan abah?"~~

Emak...


Kedua - dua catatan dibawah membuatkan aku terasa sangat rindu pada mak dan abah...

"Ya Allah, Kau kasihani lah kedua ibu bapa ku, seperti mana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil, limpahkan lah rezeki ke atas mereka, lindungilah mereka dari bala bencana di dunia dan di akhirat ~ AMIN"

Khas untuk mak ~ Puan Maryam binti Alias

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Hingga saat ini…

Ibu tak pernah merungut padaku
Ibu tak pernah mintak padaku

**La sayang sangat kat mak**

Thursday, 5 August 2010

Cakap memang senang...


(kenapa eh...muka baby baru lahir, semuanya lebih kurang sama ya)

Entah kenapa, kebelakangan ni, asik terbayang saat kali pertama menatap muka Nur'ain ketika baru je keluar dari rahim....suami juga turut menangis ketika itu. Matanya terkebil - kebil melihat sekeliling bilik bersalin, cuba untuk mengangkat kepalanya, terlihat sepasang lesung pipit dan dagunya yang berlekuk, hilang semua kesakitan dan kepayahan mengusung Nur'ain selama 9bulan 10 hari. Tatkala mencium ubun - ubun dan memegang tangan yang halus itu, airmata menitik, terasa sungguh bahagia bila bergelar seorang ibu.


Nur'ain seorang anak yang baik,bila dilahirkan, menangis tidak terlalu lama, kemudian, di iqamatkan oleh daddy nya, airmata kami sama - sama mengalir. Saat yang terlalu indah. Sehingga hari ini, kenangan itu tak dapat dilupakan langsung. Adakalanya seakan - akan terasa sakit untuk melahirkan...sakit semasa mengandung...semua hanya dapat dirasai sekiranya bergelar seorang ibu.


Jika sebelum ini, aku sangat mudah untuk meminta izin pada kakak ipar untuk "meminjam" anaknya sehari dua, dan dia dengan perasaan berat hati nak memberi keizinan...sekarang aku dah tau kenapa...perasaan tak sanggup nak lepaskan anak dibawah jagaan orang lain, 1minit berpisah, dirasakan terlalu lama.

Hari ni, aku ada terbaca coretan dari seseorang, katanya..."bersalin itu mudah, hanya dengan sekali meneran, anak sudah keluar" ~~oh senangnya pemikiran beliau, oh lupa pula, dia yang mengeluarkan kata - kata itu adalah seorang lelaki, tidak tahu bagaimana rasa sakit dan tidak akan merasainya. Dan seorang wanita menyokong kata - kata itu ~~oh...saya lupa, wanita itu belum berkahwin, dan belum merasai sakitnya melahirkan anak.

Bercakap tanpa pengalaman memang senang. Cuba bayangkan, anda bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, dan tiba hari keputusan diumumkan, anda gagal. Dan orang berkata, "apa la, dah blaja, benda senang macam tu pun tak boleh jawab"~~apa perasaan anda~~

Anda bekerja susah payah, balik rumah sangat letih, dan orang berkata "baru keje sket, dah letih" ~~apa perasaan anda~~

Pikirlah sendiri, dan berfikirlah sebelum memulakan percakapan atau mengeluarkan pendapat

Adios....

Wednesday, 4 August 2010

Saling Mengingati


Erm entri kali ni berkisar tentang kata - kata, atau lebih dekat sebagai percakapan, perbualan. Ntah kenapa aku nak tulis entri ni pun aku tak tau. Kata orang, setiap kata - kata yang keluar dari mulut kita adalah satu doa. Ada betulnya jugak kan...

Pernah tak kita terfikir, perasaan kita bila orang panggil kita dengar panggilan yang kita tak sedap dengar...yang kita sendiri tak suka....contohnya "doh: sebagai singkatan bagi bodoh". Perkataan macam ni, boleh menimbulkan rasa sakit hati kepada mereka yang dipanggil. Macam ne plak kalo diorang panggil kita sendiri macam tu, mesti kita naik angin kan...? Aku pulak, ada satu perkataan yang aku tak suka orang panggil aku...iaitu "orang tua"...aku cukup benci perkataan ni...orang akan guna perkataan ni macam ni "ish orang tua ni, tu pun tak tau"...aku memang tak suka, tambahan plak kalo digunakan kepada pasangan...

Kan ke kata - kata merupakan satu doa....jadi, buat apa kita mendoakan pasangan kita "orang tua"..?? kan lebih manis kalo kita panggil mereka dengan gelaran yang lebih manja seperti "sweetheart, darling, baby, sweetie (incik hazo suka panggil ni) dan macam2 lagi.Bukan je ble mengeratkan lagi kasih sayang...malah menyenangkan hati pasangan kan... :)

jadi, mulai saat ini....marilah kita sama menggunakan mulut kita dengan menyatakan sesuatu yang menyenangkan hati semua orang... :)

Thursday, 29 July 2010

Ya Allah..Tabahkan hatiku, sembuhkan Nur'Ain Saffiyah dengan cepat.


(ni muka sebelum dapat injection)

Ya Allah, Ya Khalik....Engkau yang Maha Mengasihani, Maha Penyayang dan Berkuasa diatas segala makhluk didunia ini. Sembuhkanlah anakku Nur'ain Saffiyah...semoga dia kembali riang seperti sedia kala...

~~tak sampai hati nak tengok muka Nur'ain sekarang...nampak sangat tak sihat, dia tido pun tak lena, kurang ceria~~

Tuesday, 27 July 2010

Alahai Anakku

Isnin lepas bawak Nur'ain pegi inject, 2nd month punya inject...nurse bagi 5dosage skali, untuk kancing gigi, sawan, jangkitan kuman ke otak, dan...erm tak ingat lagi 2dos tu untuk apa...

Alhamdulillah, berat pun naik sket...skarang 4.7kg but kalo timbang kat umah, berat dia dalam 5kg...maybe lain weight scale, lain bacaan kot....tak kisah la, asalkan anakku sihat.

Balik je dari klinik, Nur'ain agak meragam sket...kalo slalu menangis sket2 je...tapi kali ni, dia nangis, aku agak gelabah....meleleh2 air mata dia. sedih tengok dia nangis. Nurse pun ada cakap, injection kali ni, akan demam sket...dan balik dari klinik kena terus bagi ubat, jangan tunggu sampai demam...


pagi tadi, nak mandikan Nur'ain...masa mandi dia okey je, tapi lepas mandi, dia nangis...slalunya tak nangis...maybe sebab dia rasa sejuk sangat...meragam terus...rasa kesian plak, rasa bersalah pun ada...sebab mandikan dia...so...esok, lap2 jelah badan dia.

Nur'ain, cepat sembuh ye...Mummy ngan Daddy sayang Nur'ain...Nak jadi budak bijak, memang sakit sket sayang...

Lots of Luv;
Mummy Ain...

Friday, 9 July 2010

~~Tanpa Tajuk~~

~

~

~

~

~

~

~

~

~
~aku yang kehilangan idea...~~ (menari ala - ala sin chan)

Thursday, 10 June 2010

Anniversary Kami

Wah...kenapa terlebih rajin pula aku ni... :) maklumla..dah sihat sket...perut pun dah kempis...rasa malas yang membuak - buak masa pregnant dulu telah ilang bersama perut dan pinggang yang makin ari makin kecik...hahahaha :D

Anyway...30th May ari tu, genap la setahun usia perkahwinan aku dan Incik Hazo. Dan memandangkan time tu aku dalam pantang...pantang dari segi makan dan tak bley kuar umah...maka, tiada sambutan anniversary, tapi...awal - awal lagi kami telah merancang untuk meraikannya setelah aku habis berpantang...

Dalam keadaan bergurau, aku nak belanja Incik Hazo makan di kedai mamak yang dekat je ngan umah kitorang hahahaha..tapi aku rasa...aku nak masak sendiri nanti...nak masak yang special...tapi nak masak apa eh..? kalo sebelum adik aku yang tak makan ikan tu balik dari cuti semester, bley gak aku masak Laksa Johor...pastu aku mentekedarah sorang - sorang...huhuhuhu...tak pun masak Spagethi...tapi tengok la keadaan nak masak apa...nasi ayam pun ok kot..sebab aku tak pernah lagi masak nasi ayam sebelum ni...ke nak masak ikan siakap oyster je...

Oh dear incik hazo...pleasse bagi cadangan.... :)

Wednesday, 9 June 2010

Our Love, Nur'ain Saffiyah...


Inilah cinta hati kami, Nur'ain Saffiyah...Nama Ain dipilih sebab neneknya yang mahukan nama Ain, aku pun tak keberatan...sebab pada aku, nama Ain juga cantik...di gabung-gabungkan..aku memilih nama Saffiyah, sebab aku mahu dia cantik seperti Wardina Saffiyah..bersopan seperti wardina juga...Insya Allah...kami akan mendidik Nur'ain Saffiyah dengan sempurna, membesar sebagai wanita solehah yang mempunyai akhlak yang sempurna.

Pada 20 Mei, aku admit kat Hospital Ampang, masa tu, sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi dan boleh menyebabkan aku kehilangan cahaya mata yang pertama ni..(sila baca betul - betul ye, admit sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi, bukan sebab aku dah rasa sakit nak bersalin). Keadaan agak cemas, sebab aku sendiri tak sangka yang aku akan admitted ari tu gak...tanpa persediaan apa - apa, Klinik Kesihatan tepon ambulans untuk bawa aku dari klinik ke Hospital Ampang.

Sampai je kat Hospital Ampang, aku terus pegi ke Labor Room (orang masuk labor room semua guna troli atau kerusi roda, aku jalan kaki - pintu rahim pun tak bukak lagi) aku sangat takut sebenarnya...sebab aku tak tau proses bersalin secara paksa...selepas jururawat dan doktor check keadaan aku...aku terus ditahan di wad menunggu, sebab keadaan pintu rahim tak bukak lagi dan tekanan darah juga tinggi.

Pada 21 Mei, sejenis ubat dimasukkan, ubat ni perlu dimasukkan selama 3kali berturut - turut. Kali pertama pukul 8pagi, kali kedua pukul 2PM dan sekalian check bukaan rahim...malangnya bukaan rahim cuma 1cm je...pukul 8pm check lagi skali bukaan rahim...aduh..bukaan cuma 0.5cm...ni bermakna, 2dos ubat..bukaan cuma 1.5cm...pesakit lain semuanya dah 2-3cm...cuma aku...aku sorang je yang mempunyai bukaan paling sikit...fuyoo...sangat stress dikala itu...melihat suami orang lain bergegas kemas barang2 isteri, sebab isteri diorang dah masuk labor room, membuatkan aku bertambah stress sampai menangis malam2.

Pada 22Mei, dos ketiga dimasukkan sekali lagi...dan bukaan cuma 2cm...aduhai...airmata dah mengalir...sebab aku nak merasakan sakit bersalin secara normal..tambah plak niat aku nak berpantang sangat - sangat lepas bersalin.Doktor pun cakap, kemungkinan aku kena bedah, sedih sangat aku rasa...kemudian, lepas pukul 12am, doktor start suh puasa, aku pasrah...mungkin ini adalah yang terbaik buat aku dan baby...

Pada 23Mei, seorang doktor lelaki menyiapkan semua dokumen untuk penerangan dan prosedur bersalin secara pembedahan...aku pun tandatangan semua borang, dan darah diambil untuk dihantar ke lab. kemudian, datang seorang doktor perempuan, dia mahu check semula bukaan rahim dan memberi penerangan bahawa aku boleh bersalin normal...yahhu... :) sangat seronok. semua penerangan diberikan dan aku pun bersetuju...

Tepat pukul 10pagi, 23mei, aku masuk ke bilik bersalin, air ketuban dipecahkan, dan mengalami kesakitan yang amat sangat. pintu rahim mula terbuka sebanyak 3cm...kemudian stop...kesakitan sangat tak tertanggung...suami pula tidak dibenarkan masuk selagi bukaan rahim tidak mencecah 8-10cm. tapi tindakan bijak suami, main masuk je...dia sama2 dalam labor room, bagi semangat kat aku...lebih kurang pukul 2.30pm, pintu rahim masih lagi dalam ukuran yang sama...doktor semua berpakat untuk membawa aku ke bilik bedah. tapi...dalam kul 2.45pm, jururawat incharge check balik bukaan rahim sudah pun 8cm...itulah kuasa Allah S.W.T...

Finally....pukul 3.03pm...lahirlah seorang bayi yang diberi nama Nur'ain Saffiyah.... :)

Sesungguhnya sangat seronok bila melihat muka anak sendiri, hilang semua rasa sakit.

**dalam pada aku menahan sakit nak bersalin, sempat lagi aku pikir, "macam ni punya sakit nak melahirkan, kenapa ada yang sanggup buang bayi...?**
**patutlah syurga itu terletak dibawah kaki ibu, dan jika tak dapat keredhaan dari ibu dan bapa dalam idup, apa yang kita buat takkan menjadi**
**bagi yang dah pernah merasakan kesakitannya...melihat kesakitan ibu melahirkan baby, pasti tak sanggup nak melukakan hati ibu**


Monday, 7 June 2010

Edisi Mei di bulan Jun

Wah...dalam diam tak diam...dah 2 bulan aku tak bercerita dalam blog ni...kenapa...?? banyak sebabnya... kekangan masa sebab berpindah rumah...berpindah line internet...sibuk ke klinik...memandangkan April dan Mei adalah bulan terakhir bagi aku buat check up untuk bayi yang kian membesar dalam rahimku ini (aiceh...ayat tak bley tahan)

Sebenarnya...kalau diikutkan..banyak benda yang nak aku ceritakan....tapi bila memandangkan cerita - cerita yang akan aku ceritakan bakal menyakitkan hati banyak pihak...maka aku mengambil langkah berdiam diri sahaja...biarkan masa yang menentukan segalanya...

Oh ya...aku telah selamat melahirkan anak sulung kami yang diberi nama Nur'Ain Saffiyah...bayi seberat 2.81kg lahir pada 23 Mei 2010. Keajaiban berlaku semasa aku nak melahirkan dia... menitik jugak la airmata saat bayi keluar dan mendengar suamiku meng'iqamat'kan anak kami...sayu, gembira, bahagia...semuanya bergaul menjadi satu rasa nikmat yang tak terhingga...

Kalau ikut due tarikh bersalin, aku dijangka bersalin pada 22 Mei, dan tak boleh tangguh sebab aku menghidap GDM (kencing manis semasa mengandung). Nak dijadikan cerita, 20 Mei ialah tarikh akhir bagi aku buat check up, incase 22 Mei tak rasa sakit nak bersalin, aku kena admit kat hospital...

Pada 20 Mei, macam biasa, aku ngan mak aku pegi ke Klinik Kesihatan Cheras Baru untuk buat check up. Oh..lupa nak bagitau, pada awal Mei...aku di suspect ada darah tinggi pulak...bila aku buat research, semua mengatakan mengandung kali pertama memang mudah dapat darah tinggi...so aku rileks2 je...maybe risau pasal baby, nak lahirkan baby...sebab tu tiba2 ada darah tinggi pulak...

Bila sampai kat KK Cheras Baru, nurse check aku punya Blood Pressure (BP) naik sampai 140/90...kira nya tahap bahaya... check sampai 3 kali pun sama gak bacaan nya...kemudian ada seorang nurse ni...nama dia Norisah, dia yang arrange kan untuk aku admit ke hospital pada ari tu jugak...huhuhuhu...aku gi hospital ampang naik ambulans...seronok giler... :)

Sampai kat sana terus kena admit wad sampai la ari ahad...so...untuk cerita lebih lanjut...nanti aku ceritakan dalam entri akan datang...dimana Nur'Ain Saffiyah adalah satu keajaiban :) aku dan suami selalu panggil Nur'Ain bayi ajaib :)

**kelahiran Nur'Ain merupakan hadiah anniversary kami yang indah setakat ni...lepas abis pantang, maybe nak meraikan nya... :) kat mana..?? umah cukup la...aku nak masak special2**

Tuesday, 23 March 2010

Semua tentang Aku...

Hadui...sekian lama tak berpeluang menceritakan apa yang berlaku...kerana terlalu sibuk makan, menguruskan beberapa persediaan menerima insan baru tak lama lagi, memasak resepi2 baru, menilik jantina anak didalam rahimku ini....lagi...owh....sibuk ngan MGTT test... (part ni sangat tak bley tahan)....

Jumaat lepas, atas nasihat doktor yang slalu merawat aku time pregnant ni...suh aku buat MGTT test...disebabkan keturunan ku, iaitu abah penghidap kencing manis dan darah tinggi, maka...adalah wajib bagi aku untuk melakukan ujian ni...

Maka, lepas 2-3 kali aku bertangguh buat MGTT test, Jumaat lepas, dalam keadaan terpaksa dan rela...aku ke klinik kesihatan shah alam...aku terpaksa la buat jugak MGTT ni, kalo ikutkan...aku tak nakbuat, sebab sakit tu...nak amik darah 2kali...sebelum dan selepas minum air gula (glukos)...aku dengan hati yang tekad, tabah dan waja....(macam kereta waja) pegi ke klinik kesihatan seawal 8pagi...sebab nurse yang suh datang kul 8...datang sana, terus amik darah (sebelum tu, nurse suh puasa dari kul 10mlm) lepas dah amik darah....kena minum air glukos...mak ai...kembang tekak aku...tapi aku tahan jugak...minum slow - slow...dalam hati aku sangat yakin ni....aku takde kencing manis...lepas minum air glukos tu...nurse suh tunggu 2jam, kemudian amik darah skali lagi...result akan diberitahu dalam masa 2hari....dan bila nurse call aku...."Puan Noorazila, awak ble datang amik result MGTT test, tapi awak kne terus check ngan klinik kesihatan, sebab awak ada kencing manis.."spoil giler time tu...mana taknya...aku tengah lunch sambil minum air tembikai....aduhai....

Dan hari ni, aku pegi balik kat klinik yang biasa aku check up tu...macam2 soalan aku tanya kat doktor yang biasa check aku tu...aku bernasib baik, sebab doktor tu tengok result tu...dia cakap "ini adalah biasa bagi ibu2 yang sedang mengandung, puan tak perlu risau, sebab tahapnya masih rendah, cuma perlu jaga sedikit pemakanan....biasanya...lepas pregnant, penyakit ni akan ilang sendiri..."

Dan bagi aku pulak...walaupun dia datang time pregnant je...aku akan lebih berjaga2 lepas ni...hati ibu mana yang tak risau...aku berdoa agar semuanya di permudahkan oleh Allah...dan aku selamat melahirkan baby aku secara normal...dan baby pun sihat...Amin..... :)

Monday, 22 February 2010

Umah Kami - Puchong - Felda Kemasul - Seremban - Umah Kami

Hahaha...ngeri tak tengok tajuk ni.... :) bukan apa...semalam perjalanan yang agak jauh aku tempuhi...kalau ikutkan...memang tak larat...tapi apa nak buat, takut tinggal kat umah sorang - sorang, terpaksa gak aku ikut...

Actually, beberapa hari sebelum raya cina, MIL aku datang umah...sebab masa kitorang balik kampung, MIL aku tengah sakit bahu, jadi...kami bawak la datang sini, untuk jaga dia kejap...bukan apa, dia tinggal kat kampung sorang - sorang (sebab adik ipar aku dah masuk skola asrama), so risau apa - apa jadi pada dia, kami bawak la dia ke rumah kami. Pada mulanya, MIL nak stay sampai raya cina je, then balik kampung semula dengan SIL, tapi sebab SIL tak jadi balik kampung, maka MIL pun stay sampai ujung minggu.

Memandangkan MIL takde kat kampung, adik ipar aku pun stay je kat sini sementara cuti skola. Tu yang jadi perjalanan jauh sedekad tu.. :) mana tak nya, mula - mula hantar MIL balik kampung dulu, then dari kampung baru gerak ke Seremban, hantar adik ipar aku masuk balik asrama dia...


So last week gak pegi scan baby, setakat ni perkembangan sangat memberangsangkan...baby sihat dan aktif. Masa tengah scan pun ada hati nak tendang - tendang. Aku sangat - sangat tak sabar nak tunggu bila baby aku ni nak kuar...Jantina pun belum tau lagi...hish...sungguh tidak sabar...macam mana la rupa dia, besar mana la nanti...Minggu ni pun kena pegi check lagi skali, ingat nak tanya doktor, kot - kot boleh nampak jantina dia...:) i can't wait for this moment....

Wednesday, 27 January 2010

Ulangtahun ke 27...

Huh...sedar tak sedar...dah sampai umur aku 27tahun....Walaupun usia semakin meningkat...tapi aku seronok...sebab...aku bakal jadi seorang ibu...telah menjadi seorang isteri...kehidupan bakal lengkap sepenuhnya....

So...bermula dengan tengah malam semalam...adik aku (Mu'iz) dah siap beli kek rupanya untuk aku...tak pulak aku sangka dia akan beli kek untuk aku...thanks Adik...Kak Ila sayang sangat kat Adik...then lepas dia nyanyi lagu Birthday untuk aku, potong kek makan ngan air sirap....

Beberapa hari sebelum hari kemuncak ni, Incik Hazo ada tanya, aku nak hadiah apa...aku tak tau nak mintak apa...sebab pada aku, aku bukan budak kecik lagi, yang nak berhadiah - hadiah ni...kalau bawak gi makan - makan...nak la...then aku cakap, aku nak kek pandan layer yang ada jual kat Tesco tu...tapi di sebabkan Adik aku dah beli kek malam tu...takkan nak makan kek sampai 2-3kali....jemu gak...last - last aku cakap, nak makan kat Pizza....seronok aku dapat belasah mushroom soup 2 mangkuk...hahahaha....

Sebenarnya...kalau sebut pasal hadiah...aku memang failed...tak tau nak mintak apa...bagi aku cukup la dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan pada aku...tak perlu ada bunga - bunga ros beberapa kuntum, teddy bear dan sebagainya...sebab aku bukan la romantik sangat...silap - silap...aku buang je nanti bunga tu bila dah kering...teddy bear plak, kalau bagi...ntah mana - mana aku letak ntah....

Tapi kalau nak bagi jugak...biar la yang sesuatu yang praktikal...macam tudung, MP4 (yang ni dah ada Incik Hazo belikan dulu) sesuatu yang takkan aku campak ntah mana - mana....hehehehehe

Monday, 18 January 2010

Terkini

Lately banyak citer pasal baby yang bakal lahir ni kan...biasa la...anak yang pertama,mestilah excited sket...bukan sket sebenarnya..banyak...

Pada mulanya, aku tak rasa sangat pergerakan baby dalam rahim aku ni...orang semua cakap, kalo kandungan dah berusia 4bulan, sepatutnya dah boleh rasa...tapi myabe sebab aku tak pernah tau macam mana rasa baby bergerak...jadi aku tak perasan la...cuma yang aku perasan...ujung bulan December ari tu, macam ada gerak - gerak...tapi tak kuat sangat...

So...ujung bulan Januari ni, kandungan aku mencecah 5bulan...dan petang tadi...masa tengah rileks tengok incik Hazo surf internet...baby bergerak...dengan sungguh luar biasa kuatnya....suka giler aku time tu...Incik Hazo juga turut teruja...tapi yang kelakarnya...bila daddy dia pegang, dia tak mau gerak...last - last aku pujuk baby aku...bagi daddy dia rasa yang dia sedang bergerak...orang kata, kalo baby aktif bergerak waktu malam, kemungkinan besar baby boy...begitu la sebaliknya...tapi baby aku ni,bergerak dengan sangat aktif time aku makan coklat...macam ne plak tu...

Ada satu hari tu, aku baru je nak tido...tetiba plak dia tendang, macam tak nak bagi mummy dia tido je...aku pun geram....aku geletek - geletek tempat yang dia tendang tu...hahaha..terus dia tak gerak lagi...senang sket aku tido....aku rasa...baby aku ni, kuat menyakat pun iye gak...

Erm okla, setakat ni je dulu citer pasal perkembangan baby aku ni....anytime, aku update lagi...

Thursday, 7 January 2010

Persiapan untuk Orang Baru



Beberapa bulan je lagi sambut orang baru dalam hidup kami...cahaya mata yang pertama, aku sangat gembira (ayat dah macam karangan skola plak)
Last week pegi umah kakak ipar aku, dia bagi banyak barang - barang baby...barut, cawat, napkin, tilam, bantal...banyak lagi la...so..sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi kos barang - barang yang aku nak beli...baju baby pun tak yah nak beli banyak - banyak sangat...sebab member aku pun nak kasi...lagipun,baby kan cepat gak pembesarannya..kang beli banyak - banyak..cepat je tak muat baju - baju tu.

Sekarang tengah survey hospital untuk bersalin. Ada dua hospital, 1 hospital klang tu..1 lagi hospital swasta - hospital bersalin razif...dan kemungkinan besar, atas kesepakatan aku ngan incik hazo, aku akan bersalin di hospital bersalin razif. Kos rawatan mungkin agak tinggi...tapi untuk keselesaan dan keselamatan aku (maklum la, 1st baby) ini adalah pilihan kitorang.

Tak sabar rasanya nak beli barang - barang baby...selama ni, dok belikan orang hadiah je...sekarang diri sendiri plak shopping barang baby. Bila pikir - pikir balik, rasa takut pun ada bila pikir lagi bape bulan je...tapi aku harus kuatkan semangat. Insya Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar...Amin....