Friday, 8 October 2010

.:Niat Pertolongan:.



Manusia. Sifat manusia yang biasa adalah, suka menabur janji, tapi jarang sekali menepati. Banyak kali kita dengar ayat - ayat macam ni:.

~kau jangan risau, bila kau susah nanti, aku akan tolong kau~
~Insya Allah, aku takkan lupa semua pertolongan kau~
~Aku kalau boleh, memang nak tolong kau, tapi aku pun ada problem jugak~


(credit gambar: google image)

Kenapa aku highlight kan perkataan TOLONG itu?

Sebab, untuk entri kali ni, aku nak cerita tentang pertolongan. Biasalah, sebagai manusia, hidup didunia penuh dengan cabaran dan dugaan. Dan, orang selalu cakap, hidup umpama roda, kadangkala kita diatas, sampai masa nanti, kita akan dibawah pula. Kita takkan hidup senang sentiasa, kita akan merasa bagaimana hidup susah, senang, sakit, gembira, sihat dan sebagainya.
Dan jangan pula kita bersifat takbur dengan mengatakan ~aku takkan hidup susah~

Daripada aku terus merepek2, mengarut dan lebih bahaya lagi jika aku mencarut, baiklah aku teruskan entri aku kali ni.

Pertolongan, pernah tak kita terfikir...bila kita menolong seseorang, apakah niat kita yang sebenarnya? Adakah memang kita ikhlas untuk menolong? atau kita mengharapkan balasan dari orang yang kita tolong itu? atau mungkin, pertolongan kita akan kita jadikan sebagai point untuk kita mengungkit apabila kita bermasalah dengan orang tersebut? atau sekadar untuk mendapatkan nama atau sanjungan?


.:Pertolongan yang ikhlas:.
aku andaikan pertolongan yang ikhlas ialah, pertolongan yang dihulurkan oleh kita, dan kita lupakan bahawa kita pernah menolong orang itu. Dan membiarkan Allah akan membalas semua pertolongan kita. Dan kita jugak tidak pernah menghebah2kan kepada sesiapa pun tentang pertolongan itu.
~sebagai contoh~ si A, telah menolong si B yang sedang dalam kesusahan. Meminjamkan duit kepada si B ketika si B dibuang kerja. Si A tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang hal itu, walhal, jika ada yang tahu bukan dari mulut si A, tetapi dari mulut si B. Si A tidak sesekali pun membuka mulut bertanyakan kepada si B tentang bila hendak membayar balik duit itu.


.:Pertolongan yang ingin dibalas:.
Bila kita menolong seseorang itu, kita berkata kepada dia. "takpela, ari ni aku tolong kau, esok2 kau pulak tolong aku". Aku andaikan sebagai pertolongan meminta balasan, atau lebih tepat lagi, mengingatkan orang yang dalam kesusahan itu, bahawa dia wajib menolong jika kita dalam kesusahan.
~sebagai contoh~ si C menolong si D yang sedang dalam kesusahan ketika emaknya sakit dikampung. Si C meminjamkan kereta agar si D sampai dikampung dengan kadar segera. Dan apabila si C dalam kesusahan, si C mengharapkan si D mengingati segala pertolongan yang telah dia hulurkan suatu ketika dulu.


.:Pertolongan yang diungkit:.
Erm dan rasanya, inilah jenis pertolongan yang kita paling tak suka, tapi kebanyakan dari kita melakukannya. Kita menolong orang, dengan niat, satu hari, bila dia lupa diri, kita boleh ungkit semuanya. Sia - sia saja menolong, kemudian diungkit.
~sebagai contoh~ si E sedang dalam kesusahan. Dia takde tempat untuk meminta tolong dan mengadu. Maka si F menjadi tempat si E meminta tolong. Namun apabila mereka berselisih faham, si F mula mengungkit semua pertolongan yang telah diberikan kepada si E.

.:Pertolongan untuk mendapat nama:.
Pertolongan jenis timbal balik daripada pertolongan ikhlas. Dia menolong dan menghebahkan sendiri kepada orang ramai, dengan harapan, orang ramai tahu bahawa dia telah menyelamatkan atau menolong orang yang dalam kesusahan tersebut.
~sebagai contoh~ si G menolong si H, si H berasa sangat bersyukur tanpa mengetahui si G telah menceritakan kepada semua orang bahawa dia yang telah menyelamatkan si H dari terus menderita kesusahan.

.:emak selalu mengingatkan saya, "tiapkali kita menolong orang, jangan kita mengungkit. sebab, semua pahala yang kita tolong, jadi sia - sia dan tidak dihitung oleh Allah":.

.:saya selalu ingat pesan ustazah saya semasa saya disekolah agama dulu "ikhlas atau tidak pertolongan kita, hanya Allah yang menentukan. Kita tidak boleh cakap, saya ikhlas menolong awak, yang mana pada akhirnya kita ungkit sehabis2nya":.

.:(credit gambar: google image,iluvIslam,nurimankamilah.blogspot.com)

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak. :)

    terima kasih atas nasihat dan doa akak di page saya. ;')

    p/s:Mahu Ikhlas sangat payah.Tapi mudah-mudahan setiap amalan kita niatnya lillahitaa'la. ameen.

    ReplyDelete