
Entri 1st untuk tahun 2011...
Lately aku rasa satu perubahan yang sangat ketara dalam hidup aku ni.... Sangat - sangat ketara...ialah M.A.L.A.S...
Yup..sangat - sangat malas. Malas sungguh nak update blog. Tak tau la nape...
1. LCD Kamera dah rosak, so tak boleh amik gambar. Ketiadaan gambar umpama makan nasi takde sambal, takde pedas, tak kick.
2. Nur'ain asik meragam, pantang tengok Mummy dia yang cun melecun ni mendekati laptop, maka dia menangis2 mintak di dukung.
3. Nur'ain hanya tido selepas pukul 6pagi ~serious ke??~~ yep, serius, tak nampak muka saya taip dengan wajah serius ni???
4. Semuanya berkait dengan tanggungjawab, yang mana saya ialah seorang surirumah, harus lah saya mendahulukan suami dan anak saya, bukan nya blog...~~haihh...~~baiklah, sekiranya ada masa lapang dan Nur'ain tidak merengek2 pada saya, saya akan update semua perkara yang berlegar di pikiran saya tiap masa dan ketika.

p.s: saya sangat suka bercerita, dan meluahkan segalanya di blog. Jadi, bila tak dapat menulis blog, saya rasa kurang ceria...
p.p.s: sedang berkira - kira mahu berniaga sandwich. untuk tambah duit poket sendiri, disamping dapat tolong Incik suami.
p.p.p.s: dalam kesibukan saya dirumah, masih gigih saya membaca cerita2 tentang Hanis Zalikha
tak tau la, saya suka cara dia menulis, kelakar ok....
No comments:
Post a Comment