Tuesday, 29 September 2009

Ayat Tak Ble Blah...

Masa cuti raya hari tu, aku balik JB dari raya ketiga sampai la raya ketujuh. Masa kat JB, masa tak banyak di isi dengan beraya ke rumah sanak saudara (sebab aku tak tau jalan ke rumah mereka, maybe next year la sebab next year, confirm keta dah ada GPS) sampai je kat JB, aku terus gi kedai abah dekat KIPMART Masai (actually bukan kedai abah aku pun, cuma dia amik syer la ~~macam tu la lebih kurang)

Sampai je kat kedai abah aku tu, adik aku~Muiz tengah jaga kedai. Dalam kul 7malam, abah datang bawak stok yang abah amik dari Pandan. Aku, Incik Hazo ngan Muiz, sama - sama letak price tag dan susun barang. Pada mulanya aku tak perasaan ayat ni, tapi Muiz tunjuk, baru aku perasan.

Barang ni dari Indonesia, jenama Hermaviton ~ apa kegunaannya, aku pun tak berapa pasti...korang tengok eh apa dia tulis....

~~sila perhatikan sudut kiri bahagian atas kotak~~

~~setelah di enlarge kan~~

Tengok kan, ayat kelakar giler...pecah belah tu bukan ke kegunaan untuk "persatuan ke, kaum ke, keluarga ke..." aduyai....

Last day aku kat Jb, baru la bergerak ke umah pakcik, makcik dan atuk - atuk aku. itu pun sebab ada orang tunjuk jalan, kalau tak, memang tak bergerak.

Dalam pada tak bergerak ke umah saudara, sempat jugak aku ke Jusco Tebrau City untuk makan Robin Portugese Chicken, tapi dekat Tebrau City, nama dia bertukar jadi Macau Express. Makanan memang superb, kat KL memang tak jumpa. Jika dalam masa 9 bulan ni, mengidam nak makan mee dia yang super duper sedap...memang kena balik JB la jawabnyer...

Oh ya...sempat jugak aku ke umah besfren aku ~Nur Alina~~ tengah pregnant jugak. Due bulan 4, rasa nya baby boy tu...huhuhuhuh...nanti dia bersalin, aku nak gi tengok baby dia...

Okla, tunggu entri akan datang. Ada berita gembira buat kami :)



Saturday, 26 September 2009

Teater Gamat


untuk sekian kali nya..berceloteh setelah sekian lama menyepi... bukan malas nak menulis...tapi cable kamera tertinggal kat umah. jadi entri tanpa gambar...agak kurang seronok...
hari isnin ni baru bergerak balik ke KL semula...sangat senang hati bercuti lama...raya kali ini membawa berita gembira buat aku...korang pasti tertanya - tanya kan...? nanti la aku bitau...

oh ya...4hbb oktober ni, aku ngan incik hazo bakal menonton teater gamat di istana budaya...pada jam 8.30malam...dah lama tak tengok teater...last teater p.ramlee the musical 2. so kali ni, seat adalah di lorong 3 dari depan pentas...amik seat tepi...sebab biasanya teater kanak - kanak...akan ada pelakon - pelakon teater yang muncul dari tepi pentas...jadi lebih teruja...harga tiket untuk duduk kat depan pun tak la mahal macam teater p.ramlee...harga tiket hanya rm33 seorang...

pelakon - pelakon yang berlakon untuk teater kali ini ialah...my favourite artist, Amy Mastura and her daughter - Arianna, Adibah Noor, Datin Natasha Hudson, Anith OIAM, Avaa Vanja...dan ramai lagi...yang aku sendiri tak tau nama diorang...

huhuhu...terasa tak sabar nak balik KL, nak tengok teater ni...

kami bakal berpindah rumah lagi, mahu merasa duduk di condo plak... :D (macam lari tajuk je...)

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya...

kali ini berentri di Temerloh...sudah tiba dikampung incik hazo...tahun ini beraya disebelah beliau, dan raya ketiga akan bergerak ke JB pula...

owh...tak larat nak menulis panjang - panjang...

ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua family, rakan - rakan dan pembaca2 (kiranya adalah)...semoga bertemu lagi di lain entri. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
maafkan jika ada terkasar bahasa atau terasa hati dengan entri - entri saya selama ini....

Sunday, 13 September 2009

Besday Incik Hazo...

Jumaat lepas sambut besday incik Hazo..without cake, without nyanyi - nyanyi lagu besday and without blowing candle (of course la, takde cake mana nak nyanyi ngan tiup lilin) apa yang ada...kitorang pegi One Utama, tengok movie Final Destination 4...tapi bukan yang biasa punya...tengok yang 3D punya...

Sebenarnya aku decide nak bawak incik Hazo makan kek kat secret recipe, tapi malangnya...sehari sebelum tu, aku terlupa nak kuar kan duit lebih...so...malas la nak kuarkan banyak kali, nanti kena caj plak...kesudahannya..maybe selepas raya atau sebelum balik kampung untuk raya akan aku usahakan...

Incik Hazo dah lama memberitahu keadaannya yang tak pernah tengok 3D...dia banyak la tanya kat aku, macam mana rupa 3D yang orang duk heboh - heboh tu...dia ingatkan, 3D biasa - biasa je...(maklum la, aku advance sket, beli spek 3D masa kempen kat TV3 dulu tu, tapi time tu aku pun jakun jugak) so aku cakap la kat incik Hazo, 3D ni nanti kita rasa benda - benda dalam tv tu macam real je ada depan mata (macam masa aku tengok video klip CT, tangan dia terkeluar...terasa macam nak tarik tangan dia plak) dengar je penjelasan aku, incik Hazo pun excited nak tengok 3D ni...maka berlaku la kejadian booking tiket kat GSC yang ada 3D.

Pada asalnya nak tengok hari rabu, konon sebab tiket murah la, tapi ari rabu full plak. aku try book ari khamis, pun full...sudahnya dapat ari jumaat....

Yang kelakar nya, masa mula - mula nak start citer tu, masa dah pakai spek tu...incik Hazo kelihatan sedikit excited....hahahahahaha...dan bila dah habis tengok citer tu..even semalam pun dia still lagi menceritakan tentang 3D tu...last - last aku tepuk tangan dan cakap.."tahniah B, tepat pada umur 26tahun, B telah berjaya menonton 3D" memang tak abis gelak...tapi aku pun jakun jugak masa mula - mula tengok 3D, yang kali ni, aku siap melatah lagi..sebab tengok benda tajam dalam skrin tu macam nak terpelanting kat aku...

~~kami bercadang nak tengok citer UP dalam version 3D plak~~
**tiada gambar kami memakai spek 3D, sebab baru nak amik gambar, lampu dah tutup plak...hampeh~~

Trippin' Melaka - Last Day

Selama beberapa hari berceloteh pasal hari raya la, lagu mengusik jiwa la...aku terlupa aku masih lagi berhutang 1 lagi entri ke Melaka. Last day kat Melaka, kitorang pegi yang dekat - dekat dengan Ayer Keroh je, bukan apa..sekali jalan nak balik. So tempat yang berhampiran ialah Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia dan Mini Asean.

Perjalanan bermula pada pukul 11pagi, lepas check out dari hotel, kami singgah di Mc D untuk sarapan merangkap lunch. Lepas siap makan, kitorang terus je pegi kat Taman Buaya, (jalan kaki je, sebab Mc D ngan Taman Buaya ni, sebelah - sebelah je). Yang kelakarnya, masa nak masuk Taman Buaya ni, staf yang jual tiket tu tanya bape orang, Incik Hazo cakap 2 orang dewasa...then staf tu tanya lagi, "tiket untuk taman buaya je ke..." incik Hazo dengan penuh kekeliruan pun tanya lagi..."ada apa lagi selain taman buaya"..."o...ada taman air..." ~~imaginasi aku, taman air ni besar giler, paling tidak pun macam wet world yang kat shah alam tu~~ tapi bila dah masuk dalam, aku tergelak besar, mana taknya...taman air sesuai untuk budak bawak 10tahun je...aku macam pelik, nape la staf tu offer kitorang masuk taman air....hahahhahahah

Ni adalah serba sedikit gambar buaya - buaya kat taman tu....

~~ini ialah buaya tembaga~~

~~buaya bongkok, spesis buaya siam - mengalami kecacatan
yang terbentuk masa dalam telur lagi~~

~~buaya ni buat aku terkejut,aku ingat takde buaya tepi pagar tu~~

~~ini buaya kontot, spesis buaya tembaga, tapi mengalami kecacatan jugak,
tapi dalam pada cacat tu, ia juga mampu bertindak agresif~~

~~ini ialah buaya yang di awet, nama nya Jonny~~

.::Sehari dalam kenangan, Jonny::.

Jonny merupakan buaya yang terbesar di Malaysia.Dari spesis buaya tembaga,di beri nama Jonny,yang dipercayai lahir pada tahun 1963, di Kg. Pulau Kuda, Bukit Mertajam.
Buaya ini dikatakan mula "miang" dan hidup bebas disebuah paya milik Encik Ah Peng. Jonny ditangkap bersama - sama 20ekor buaya yang lain oleh 3 orang renjer dari taman tasik s.m. nor untuk dipelihara di Taman Buaya ini. Oleh kerana Jonny merupakan buaya jantan terbesar dalam kumpulan itu,maka semua orang menggelarkan ia Jonny. Aksinya di kolam menarik perhatian pelawat, ia kuat makan ~ Jonny mapu menelan 15ekor ayam seberat 3-4 kilo seekor. Sifat kejantanannya menyebabkan buaya jantan yang lain takut untuk menghampirinya. ini menjadikan, semua buaya betina adalah miliknya ~~dasar buaya darat~~, jika ada buaya jantan yang lain menghampiri buaya betina miliknya, sijantan itu akan menjadi mangsa libasan nya.kekuatan libasan ekor jonny, mampu menyebabkan 6 ekor buaya jantan mati. Jonny juga diasingkan kerana ia merupakan seekor buaya yang bengis dan cemburu. Ia dimasukkan kedalam kolam 5meter dalamnya. Jonny akhirnya mati kerana tidak dapat turun ke dasar kolam semula setelah dua hari merangkak diatas simen kolam.

Selesai sudah di Taman Buaya, kitorang pun bergerak ke Taman Mini Malaysia dan Mini Asean. Incik Hazo sudah pernah ke sini, tapi aku belum lagi. pada awalnya incik Hazo tak mau pegi, tapi aku paksa (kerana aku sangka best giler) tapi...hmmm...sedikit hampa...penat...haus...panas...sakit kaki..dan macam - macam lagi...so...sila lah layanzz je gambar - gambar ini....

~~ dihadapan rumah kedah, bergedik sakan~~

~~incik Hazo yang sudah penat~~

~~sila terima hakikat aku sudah kurus hahahaha~~

~~rumah johor~~

Sebenarnya ada banyak sangat gambar rumah - rumah ni...nanti la, bila - bila aku senang, aku akan letak dalam satu entri....so...setel la percutian kali ini, destinasi berikutnya...tak tahu lagi kemana...kuar je dari Taman Mini Malaysia ni, aku beli souvenir sket untuk mak, abah, mak lagi, adik - adik...hopefully diorang suka la...

Okla...last but not least, melancong la didalam negara, semuanya ada disini...hahahhaha


Thursday, 10 September 2009

Lagu Mengusik Jiwa

Entri ni bukan khas untuk hari raya...tapi tak kisah la lagu apa - apa pun...pada aku lagu yang paling mengusik jiwa ialah 2-2 lagu yang aku siarkan kat blog sekarang ni...lagu Anak Soleh - Rabbani ngan lagu Ayah dan Ibu - Datuk Sudirman Hj Arshad.

Lagu ni feeling giler...lagu Anak Soleh tu, tiap kali aku dengar, mesti aku sedih...rasa macam belum cukup aku balas jasa mak dan abah, dan rasanya takkan terbalas sampai bila - bila. Bila dengar lagu tu, aku mesti teringat, mak ngan abah carik rezeki susah payah (dapat plak aku jenis suka sangat mintak barang - barang kat abah) kadang - kadang berkasar ngan abah (ngan mak aku tak berani, nanti mak pukul, mak cubit) ~~tapi sangat berterima kasih pada mak, kalau tak cubit, tak pukul, tak marah, tak lempang, tak kena pulau, confirm tak jadi orang~~

Bila pikir - pikir balik, kalau boleh, aku tak nak mak atau abah pergi sebelum sempat aku bahagia dan balas jasa mereka, dan tak pernah terpikir pun macam mana hidup aku kalau apa - apa jadi pada mereka...confirm aku menangis, termenung, jadi pendiam....Aku selalu doa mak dan abah sentiasa panjang umur dan murah rezeki.

~~aku sayang mak ngan abah....~~

Wednesday, 9 September 2009

Raya ...oh...Raya...

Raya Masa Kanak - Kanak...

Masa kecik - kecik dulu, sangat heppi bila nak raya...2 minggu yang terakhir, selalu bukak almari...tengok baju raya. Baju raya plak stok untuk 3hari...raya pertama baju kurung, raya kedua gaun, raya ketiga biasanya overall @ seluar dan blouse. Pastu, bila abah suh masuk tido, senyap - senyap try pakai kasut raya, tersengih - sengih perasan cantik...huhuhu itu pasal baju raya...

Bunga api...seronok sangat, mintak abah beli bunga api..mercun tak berani nak main. Biasa abah beli bunga api kertas (yang kaler merah) tak pun bunga api besi (masa tu ada 2 type, harimau dan kucing). hepi giler dapat main bunga api ni...pernah jugak mintak abah beli bunga api yang tukar - tukar kaler tu..tapi kan bunga api tu mahal...tak salah..masa tu RM1.50....jadik...masa kanak - kanak, memang tak merasa la bunga api tu....pastu bila mak buat kuih, aku akan jadi tukang sibuk...konon - konon susun kuih dalam beekas la...sambil susun kuih sambil aku doa kuih mak hangit sket..ble makan time berbuka...

Bila pagi raya,kalau aku terbangun lambat dari biasa (pernah sekali, aku bangun tengok kakak ngan abang aku dah siap pakai baju, mau tak menangis aku...takut kena tinggal) seronok beraya dari satu blok ke satu blok...biasanya akan berpecah, sebab kat blok TLDM tu, kalau datang beraya ramai - ramai...selalu dapat 10 - 20sen je...tapi budak - budak sekarang...RM1 pun berbunyik - bunyik lagi....lagi pun, masa raya dulu, kalau raya umah orang, tak dapat duit raya pun tak kisah, janji dapat makan kuih sedap - sedap...

Raya masa Remaja

masa remaja, hari raya sedikit sebanyak agak menjejaskan pengalaman masa kanak - kanak. kalau dulu, baju raya sampai 3 pasang, bila dah remaja, cukup la sepasang baju kurung, tudung, kasut raya dan tshirt. Ziarah menziarah pun agak berkurangan bilamana cuma bertandang ke rumah kawan - kawan sekolah je, berkunjung ke rumah atok (umah sedara mara pun jarang bertandang) lebih banyak masa dihabiskan kat depan tv, tengok rancangan - rancangan yang best, filem - filem yang ditayangkan...siap - siap buat reminder dalam telefon lagi, kuih raya jangan citer la..banyak kuih tunjuk menunjuk je..janji ada kuih...yang aku tau, abis je cuti raya, aku balik kolej bawak kuih raya..setel...bila dah remaja ni, aktiviti main bunga api..dah bertukar jadi aktiviti tengok adik - adik main bunga api....kalau main pun, sket - sket je...

Raya bila dah kawin

ini aku belum boleh cakap macam mana lagi..sebabnya..ini tahun pertama aku beraya dengan family ibu mertuaku...sudah pasti la aku kena buang segala tabiat buruk tu...kena tolong siapkan juadah raya..tolong tukar langsir..sambut tetamu yang datang...no more mengadap tv 24jam sampai tv meletup (abah suka cakap macam ni). aku harap aku dapat menyesuaikan diri...kalau masa kanak - kanak baju raya dah beli, tapi sekarang ni...sampai saat aku tulis entri ni, baju raya tak terbeli - beli lagi. aku ingat nak beli yang murah - murah je..harga RM50 kebawah...dan incik hazo cakap (~~baiknya la hai buah hati dia ni~~) bukan tak mau yang mahal - mahal...kalau mahal - mahal nanti boleh beli sepasang je..hahahahha itu je motifnya...
dan bila dah berkawin ni, aku dah tak main bunga api..sebab aku takut...penah aku main bunga api,pastu meletup...setel sampai sekarang aku trauma (bunga api kertas tu la yang meletup)

dan sudah pasti aku sangat rindu nak balik JB, nak balik naik bas, berbuka dengan adik - adik dan abah...nak main dengan kucing - kucing, kemas umah malam raya...berborak - borak dan bergelak ketawa dengan adik - adik...dan sudah pasti jugak aku akan menangis malam dan pagi raya sebab rindu sangat kat diorang....

Monday, 7 September 2009

Petua Untuk Mengekalkan Kebahagian Rumah Tangga



Hehehe...tajuk tak boleh blah ~~semalam surf2, terjumpa plak benda ni, so..Layan...~~







1. Sentiasa berdoa agar disayangi. ~yup, incik hazo selalu berdoa~



2.
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. ~incik hazo slalu cakap "hai, sayang,~



3.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. ~mesti tanya, "sayang buat apa..." (kadang2 aku plak malas nak jawab, sori B)~



4.
Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. ~yup, incik hazo jarang bagi penyelesaian, slalu suh aku tido dulu, tak pun gi tengok wayang, tak tension baru ble setel masalah~



5.
Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. ~kalau dah keje kat umah, rasa nya 24jam bagi perhatian yang sangat berkualiti~



6.
Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. ~kalau marah, incik hazo tak bagi benda2 ni, dia biar aku reda sket, baru dia pujuk, tapi takde hadiah2~



7.
Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. ~tolong masak...tak kot...ajak makan luar slalu jugak, bila time aku penat, incik hazo bawak makan luar~



8.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya). ~incik hazo suka cakap "sayang comel la pakai tudung macam tu, comel pakai baju macam ni (aku sangat hepi)~



9.
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati. ~incik hazo tau bila aku jadi begini ::wink::~



10.
Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. ~almost~



11.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. ~jarang la call, slalu dah pesan siap2 sebelum kuar umah~



12.
Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ~incik hazo tak penah cakap tak boleh, dia slalu ada bila aku minta tolong~



13.
Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. ~selalu tak bitau pun, aku yang finder~



14.
Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. ~aku jenis kuat buat perangai, jadi incik hazo slalu jugak marah aku kalau aku mengamuk tak bersebab :P~



15.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. ~jarang sket, sebab aku banyak cakap..makin bagi perhatian, makin la aku tak benti bercakap. tapi bila cakap benda yang serius, incik hazo bagi perhatian~



16.
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. ~ya..ya..selalu sangat..jangan kata kuar umah, nak turun amik buah kat peti ais pun dia tanya~



17.
Beritahu bila dia ingin berehat atau tidur. ~yup, "sayang, B tido dulu eh..."~



18.
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. ~hehehe...bukan setakat 4kali, terlebih2 lagi~



19.
Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". ~tak tepon pun, sebab bukannya keja kat opis pun~



20.
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. ~opps...terlebih sudah..:D~



21.
Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. ~kadang - kadang~



22.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. ~belum ada anak lagi, tapi planning kalau nak dating lepas ada anak, mintak tolong mak jaga anak ::wink:: boleh yer mak~



23.
Cuba tunaikan apa yang isteri hajati. ~yey...memang slalu pun.sihat atau sakit,incik hazo cuba penuhi semua hajat saya~



24.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. ~semestinya...~



25.
Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. ~biasanya bukan kuih...slalu air, keropok~



26.
Sentiasa lakukan ibadah bersama. ~mestilah...~



27.
Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai. ~kalau incik hazo keluar daerah, pasti dia ajak aku sekali..sebab aku takut tinggal umah sorang2~



28.
Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. ~ biasanya, sendiri2 yang nak berasa wangi sebelum tido~



29.
Urut belakang isteri sekali sekala. ~bila aku mintak, incik hazo tolong la urut~



30.
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. ~selalu sangat~



31.
Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri. ~incik hazo slalu peluk aku bila aku nangis citer problem aku~



32.
Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. ~alamak!!kadang - kadang aku yang tinggalkan dia, tapi incik hazo slalu pegang tangan aku bila jalan2~



33.
Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. ~jawapan kat atas dah menjawab dah~



34.
Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala. ~hehehe..."B, glucolin 1"..."siap"~



35.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. ~incik hazo suh aku pilih tempat aku nak makan, sebab takut aku tak selera tempat yang dia bawak, erti kata lain, kot aku ada mengidam nak makan kat tempat lain~



36.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai. ~tak bape nak paham fakta ni~



37.
Lebihkan isteri daripada anak-anak. ~belum punya anak...Insya Allah, incik hazo bijak berlaku adil~



38.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda. ~hehehehe...B..sila la jawab. Incik hazo kurang bagi perhatian, cuma dia akan pastikan aku makan ubat dan tido secukupnya~



39.
Seeloknya masuk tidur serentak. ~kalau incik hazo banyak keja, mana larat aku nak tunggu dia~



40.
Belai isteri sebelum pergi kerja. ~keja kat umah je, anytime boleh belai2~



41.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan. ~selalu...lepas masak, lepas aku ngaji, lepas aku doa untuk dia, pendek kata semua benda la~



42.
Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala. ~baru kawin memang la berdua je~



43.
Lakukan riadah bersama isteri. ~incik hazo slalu cakap "kalau B gi gym sorang2 takde sayang, B macam bosan la"..yey!!aku hepi~



44.
Pergi berkelah sekali sekala. ~lepas bulan puasa ni, akan mula balik aktiviti mandi sungai :D~



45.
Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala. ~tolong teman aku basuh dan jemur baju je, basuh baju...kadang2~



Mungkin ada yang bercakap - cakap..."baru kawin, memang la hepi..memang la bahagia...tengok la dah 5-6 tahun nanti"...pada aku, orang yang berpendapat macam ni...adalah orang yang tak percaya pada pasangan hidup dia. Ya betul, mungkin sebab aku baru je kawin, jadi aku rasa hepi, bahagia melimpah ruah...tapi...kalau kita tak mulakan buat banyak benda bersama - sama, tak berkongsi dengan pasangan kita pada peringkat awal perkahwinan...bila lagi kita nak mula..? Adakah nak tunggu bila suami/isteri kita ada orang ketiga baru kita sibuk - sibuk nak tanya apa problem dia, baru nak belai - belai, baru nak terhegeh - hegeh buat semua benda...masa tu..dah terlambat kot...mungkin time tu..belai - belai dah kena tumbuk terus...atau belaian kita buat dia rasa nak muntah, lebih teruk lagi jika dia syak kita gi bomohkan dia...macam orang kata la..."nak melentur buluh, biar dari rebung nya" nak buat apa - apa,biar dari mula...jangan tengah - tengah, jangan pula bila dah tiba dipenghujungnya...



renung - renung kan, dan selamat beramal... :)



**petua ini hanya untuk yang sudah berumah tangga sahaja, yang belum kawin, jangan gatal nak ikut2.aku tak mau bertanggungjawab kalau apa - apa terjadi.