Monday, 14 January 2013

Tahun Baru dan Orang Baru

Assalamualaikum,

Ha... Kemain lama tak update blog, punyalah pemalas. Nasib baik bukan pemegang title full-time blogger, kalau tak, dah lama kena boo... :)

Sebenarnya, tak apa sangat cerita nak update, tu sebab malas nak update blog. Banyak travel sana sini. Chop!! Travel sana sini tu, pegi makan angin dan pegi kenduri kawin. Dan, travel yang aku maksudkan, bukan hanya pegi overseas, dari KL pegi ke Melaka juga dinamakan travel kan? 😉

Sebut pasal Melaka, lamanya aku tak pegi umah Oteh aku. Rindu pulak kat dia, adik sedara aku, dah masuk sekolah berasrama penuh pulak... Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah, Melaka. Bijak budak budak tu, sekolah yang dia dapat pun sekolah agama yang terbaik. Semoga dia akan terus menjadi muslimah yang sejati, dan membanggakan umi dan abahnya.

Oh, merjuk kepada gambar dibawah... Hehehehehe... Tahukah anda, bahawa saya telah pregnant lagi hahahahahaha... Beranak jelah keje aku. Dan sebenarnya, aku tak sedar yang aku pregnant sehinggalah usia kandungan mencecah 3bulan. There's no morning sickness dan lebih pelik, aku tak period sejak aku berpantang bersalin kan Awsam.

Yang boleh menyebabkan aku sedar aku pregnant ialah... Balik je dari jalan-jalan dari Lumut dan Penang, badan aku rasa letih, pastu aku cepat penat, deria bau menjadi lebih sensitif. So, aku pegi beli pregnancy test. Bila check je, maka keluarlah double line....

Perasaan masa tu? Seriously, memang tak keruan. Aku bingung. Sebab Awsam kecik lagi, masa aku test tu dia baru masuk 5bulan. Aku bagitau incik suami, dia tak cakap apa-apa. Bingung. Aku bagitau mak, mak cakap "jangan buat apa-apa, jangan buang. Kesian baby tu, hak dia untuk hidup, nak dinafikan oleh mak dia, berdosa, lagipun awak bukan hidup susah macam dulu, kalau buang rezeki yang ni, nanti Allah tak nak bagi rezeki yang lain". Aku bingung. Seminggu aku memikirkan keajaiban yang berlaku ni. Pikir jelah, tapi takde inisiatif nak pegi gugurkan ke, makan benda-benda yang tak sepatutnya ke, makan ubat terlarang ke... Aku cuma pikir, pikir, pikir. Sebenarnya, aku suka pregnant ni, setiapkali pregnant, memang seronok. Tak caya, tanya semua orang yang penah pregnant (secara sah), diorang cuma ngeri time nak bersalin je. Macam tu jugak aku, time sakit bersalin dan sakit jahit tu, memang ngeri la.... Tapi, saat yang paling indah bila doktor letak baby yang baru keluar dari rahim atas dada kita. Itu yang terindah.

Ok, berbalik kepada tadi. Aku nekad untuk teruskan pregnancy kali ni. Bukan apa, aku pikir, ada ramai pasangan kat luar sana, yang dah bertahun-tahun kawin, masih belum dikurniakan zuriat, ada yang keguguran sampai 3-4 kali. Macam kakak sedara aku, dia kawin masa umur aku 12 tahun, dan sampai sekarang, dia masih belum dapat rezeki anak lagi. So, aku yan senang dapat anak, kenapa aku nak buang-buang pulak kan? Memang ada jugak timbul tanda tanya, nanti orang tengok, mesti orang cakap "mak aih, anak kecik lagi, dah pregnant lagi". Betul, kadang-kadang akan timbul rasa malu bila orang bagi pandangan macam tu, tapi.. Cuba pikir balik.... Bukannya aku mintak bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pun untuk bagi anak aku makan. Pedulikan apa orang fikir. Kalau pegi Klinik Kesihatan Kerajaan, doktor ngan nurse mesti bising, tapi nak buat macam mana, takkan nak gugurkan pulak semata-mata nak memuaskan hati orang lain.

So, sekarang ni, usia baby (mengikut kali pertama scan), dia sudah mencecah 17minggu dan berkemungkinan untuk lahir sama tarikh dengan Awsam atau cepat seminggu. Bermakna, tahun ni, puasa tak cukup lagi... Hadui.... Aku cuma dapat puasa penuh tahun 2009 je dulu, sebab pregnantkan Ain.

Oklah, sebenarnya aku dalam dilemma, aku nak stop blog ni, aku nak buat blog baru... Sebab, banyak sangat stalker kat sini... Oklah, till then, babai...

* mak siap cakap kat aku "tanah subur, benih baik, sebab tu senang je Allah bagi rezeki" hahahahaha, paham tak?

1 comment:

  1. I loike kate2 mak tu! "tanah subur & benih baik"..well..sy pun rindu nak pregnant lg!!..anyway..miss u k.ila!!

    ReplyDelete