
Assalamualaikum, semua...
Mood nak update blog hilang ntah kemana ntah. Tambah-tambah lagi dah sarat ni, lagi tak kuasa nak update-update sangat. Kali ni nak update sket pasal kerisauan kaum ibu-ibu (biasanya la).
Siapa yang dah masuk ke alam ibu-ibu ni, mesti biasa berborak pasal anak masing-masing kan? Anak aku pandai buat ni, anak aku perangai macam ni, anak aku itu, anak aku ini... Pendek kata, semua nak cerita tentang kepandaian dan kebaikan anak masing-masing, tak gitu? Bagi aku, biasalah...nama pun anak sendiri, kalau tak emak dan bapaknya yang bangga dengan zuriat sendiri, sape lagi nak bangga kan....betul tak?
Aku sendiri alami masalah ni. Kalau berbual dengan best friend aku, mesti kitaorang saling bertanya, "Aliff dah pandai apa?" "Ain dah pandai apa?" "Lulu dah pandai apa?". Tapi setakat tanya-tanya gitu jelah, takde pun membanding-bandingkan anak kitaorang...(dah nama pun best friend kan, mestilah tau nak jaga hati best friend). Kadang-kadang, borak-borak pasal anak, ada jugak nasihat-nasihat sesama aku ngan dia.
Dulu, aku sama jugak macam emak-emak yang lain. Banding-bandingkan perkembangan anak-anak aku ni. Sejak dari kecik aku tengok, Ain lambat meniarap berbanding Lulu. Lulu meniarap seawal usia 4bulan, Ain pulak....hujung-hujung 4bulan, baru pandai meniarap. Pastu, Lulu pandai berjalan...lebih kurang umur 10bulan...Ain pulak...setahun 13hari (kot) baru pandai berjalan.
Seperti typical emak-emak....aku bandingkan itu ini. Sebenarnya, benda ni tak bagus. Serius, memang tak bagus. Mana boleh samakan pencapaian anak-anak kan? Ada benda, Lulu lebih cepat dari Ain, dari segi lain pulak...Ain lebih cepat dari Lulu. Contohnya, macam sekarang ni...perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Ain lebih jelas dari Lulu. Maksudnya, dari segi percakapan, lebih banyak perkataan dari Ain yang mudah difahami oleh kami semua (aku, Incik Suami, Emak dan Ayahchik).
So, aku mula faham. Lain anak, lain perkembangannya. Aku bersyukur yang aku tak pegi keje, takde kawan-kawan yang ramai. Sebab, aku tak dapat bayangkan, tiap kali jumpa kawan-kawan yang asik bercerita pasal anak diorang hebat. aku faham, bukan niat korang pun nak bercerita tentang kehebatan anak sendiri, tapi kalau kata si A dengan si B tengah berborak pasal kehebatan anak masing-masing, masa tu...ada pulak si C yang anaknya mengalami masalah dari pelbagai segi...tak ke buat si C ni rasa macam down? Tak banyak, sket mesti ada kan...
Pada aku, aku tak kisah. Cepat atau lambat, yang penting anak-anak aku sihat. Selagi diorang masih lagi menunjukkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang normal, so takde apa yang aku perlu risaukan. Bagi aku, anak-anak aku istimewa, aku je yang selalu terlupa.
Pada kawan-kawan yang anak mereka lambat bercakap ke, lambat berjalan ke, atau lambat apa-apa jelah...jangan risau. Cuba korang telek part lain, ada part yang anak korang lebih terer dari anak orang lain :)
No comments:
Post a Comment