Monday, 1 October 2012

Entri Berkait - Perkara yang aku tak suka

Assalamualaikum,

Hai semua... Entri ni berkait dengan entri kawan blogger ni Aishah Rahim tentang 10 Perkara

Tapi, aku punya tak sampai 10 perkara la kot :) Ok, mari kita mulakan...

1. Aku cukup tak suka bila orang tanya macam apa perasaan aku bila dah beranak dua ni. Seriously, sebenarnya kau nak suruh aku mengeluh ke apa? Pastu elok-elok pulak bila aku cakap tentang apa perasaan aku, dan keinginan aku untuk jarakkan anak #2 dengan anak seterusnya, kau cakap "jangan nanti, anak kau tu baru umur setahun, dia dah beradik". Ciss!!

2. Bila orang tengok aku pegang anak #2, orang tanya pulak... "Anak yang pertama, umur berapa kak?". Bila aku jawab, diorang akan cakap "eh...rapatnya...". Dah tu, kau nak suruh anak aku umur 18tahun baru beranak lagi?

3. Bila aku bawak anak #2 pegi cucuk, nurse tanya "susu BF ke susu tin?" Aku cakap "Campur". Then, nurse marah macam aku buat satu kesalahan besar, macam aku ni bagi anak #2 tu racun pulak. Kalau dah susu badan kurang, takkan aku nak biar anak aku kebuluran tak menyusu semata-mata nak bagi Breastfeeding secara ekslusif - use your brain la Misi oi.....

4. Bila aku amik gambar anak, atau tweet pasal apa yang anak aku buat, akan ada orang ajar aku cara-cara dia menjaga anak. Eh...masalah betul. Biar aku dengan cara aku, ok? Kau nak didik anak kau macam mana skalipun, aku tak masuk campur.

5. Bila iphone5 belum masuk lagi pasaran Malaysia dan henpon HTC Explorer buat hal, tak boleh connect internet. Terpaksa online guna internet. Tersangat la Ciss!!

Hahahaha...Tak sampai 10 perkara kan? Nanti boleh sambung lagi 5 perkara...

Ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara... hahahahaha bengong dah aku ni!

Sunday, 30 September 2012

Selamat Hari Lahir, Mak!

Assalamualaikum,

Hai semua... :)
Lama sangat dah tak cerita apa-apa kat sini kan? Oklah, kita cerita peristiwa yang paling baru yang berlaku dalam kehidupan seharian ni. Yang paling latest ialah... hari lahir Mak...yang ke-53tahun.

Gambar terbalik, malas nak rotate. Sila rotate laptop anda. Cuba carik apa kekurangan kek tu :p

Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur Mak sehingga ke hari ini, aku bersyukur kerana masih dapat memeluk, mencium, mendengar suara, dan berkongsi semua kisah pahit manis dengan Mak.

Ok, sambutan hari lahir Mak secara kecil-kecilan je. Nak ajak keluar makan, tapi awal-awal lagi dah tau, Mak mesti tolak. Maklumlah, Mak...bab masak memasak ni...dia memang terer...pendek kata memang tabik spring la... (sebenarnya, mana-mana anak pun cakap mak dia masak sedap,kan? hehehehe)
Satu lagi perangai Mak, bila kita tanya nak hadiah apa..dia akan cakap "Tak payah lah, simpan duit awak tu, nanti terdesak boleh guna". 

So, aku mesej Muiz, tanya dia balik umah Mak tak masa birthday Mak nanti. Dia pun reply, cakap balik. Aku pun beritahu dia, nak beli KFC ngan kek...tapi dia cakap, biar dia beli KFC dan aku beli kek je.

Pastu...aku ni konon-konon nak datang pukul 2pm, lepas orang balik solat Jumaat...tapi...hahahahahahaha biasalah, aku terkocoh-kocoh kemas dapur dulu, packing barang-barang anak, mandikan anak lagi... Pukul 3 baru sampai umah Mak :P

Sampai je, awal tadi Muiz dah call, tak dapat beli KFC, sebab KFC yang berhampiran dengan rumah Mak tu tengah renovate. So, kitorang order Dominos je. Mak pun dah siap masak Nasi Tomato (nyum nyum). Aku hulur kek kat Mak, untuk Mak potong...pastu terus je amik pinggan makan (dasar kebulur hahahaha)

Awsam di tepi Mak, sedang buat aksi tenung penumbuk

Dah la tak ingat nak amik gambar banyak-banyak...mana tak nya, Mak asik masak itu, masak ini... sampai buncit perut yang dah sedia ada buncit ni hehehehehe


Untuk Mak: Selamat Hari Lahir, Mak. La doakan semoga Mak sentiasa sihat, panjang umur (supaya dapat tengok anak kembar La *Insya Allah*), murah rezeki, sentiasa di rahmati Allah dan sentiasa awet muda.

**Mak cerita kat aku, ada orang sampaikan pada Mak, ada satu "jelmaan" ni, wish Mak Happy Birthday jugak, tapi melalui FB dia dan berkias-kias. Mak suruh aku tulis kat sini "tiba-tiba pulak kau ada Mak. Bukan kau yang keluarkan statement "kau ngan aku takde apa-apa". Mak cakap lagi, Mak ucapkan terima kasihlah...kepada orang yang menyampaikan, bukan pada orang yang wish tu.

Sekian, Terima Kasih... :)


Thursday, 2 August 2012

Teater Upin dan Ipin

Assalamualaikum,

Nak cerita tentang entri yang dah lama bertangguh. Lama benar tertangguhnya.

Ok, seperti tajuk entri kat atas tu, nak cerita la pasal teater Upin dan Ipin. Teater ni berlangsung masa hujung bulan April sampai awal bulan Mei. Pada mulanya, aku tak berniat langsung nak pegi tengok teater ni, sebab aku ingatkan kanak-kanak bawah umur 10tahun tak dibenarkan masuk. Sekali, ntah macam mana, tergerak hati nak tengok fan page Upin Ipin, ternampak gambar kanak-kanak yang umurnya lebih kurang Ain (2tahun) pegi tengok teater tu. Maka, aku pun pegi la website yang jual tiket teater tu, beli 2keping tiket. Aku beli tarikh 6 Mei 2012, pukul 2030hrs.

***
6 Mei 2012

Bangun dari tidur, pegi kenduri kawin kawan aku masa keje kat The Store tu. Kat Kampung Cheras Baru, kali ni pegi kenduri member malas nak beli hadiah, bagi duit je, buat salam kaut :) member aku ni, cenderahati dia sangat unik tau...korang teka apa yang dia bagi...(minyak gamat Langkawi)

Ok, balik dari kenduri, lepak kat umah kejap, Incik Suami sempat layan badminton, lebih kurang pukul 1930hrs, kitorang gerak ke Istana Budaya. Sampai je, terus pegi kat kaunter tiket untuk print tiket. Tiba-tiba, Incik Suami tanya:

"Mummy, Ain tak kena tiket ke? Sebab kat papan tanda tu tulis kena bayar jugak".

Aku pun jadi confuse. Untuk selamat, aku pegi lagi kat kaunter tiket, tanya dengan mamat kat kaunter tu...

Aku: Assalamualaikum, tumpang tanya...kanak-kanak umur 2tahun, kena beli tiket jugak eh?"

Mamat Tiket: Semua yang masuk dalam panggung kena tiket, kak... (tanpa pandang muka aku)

Aku: Erm...kalau macam tu, ni seat saya (sambil tunjuk tiket yang dah beli awal2), boleh tak dapatkan seat lagi satu kat barisan ni jugak.

Mamat Tiket: Hmmm...takdelah kak, semua seat kat area tu dah penuh, kalau ada pun, seat atas sket sini, sebelah kanan (sambil tunjuk skrin kat aku), tapi harga tiket rm55 la.

Aku: Ok, kalau saya beli seat tu, tapi anak saya duduk beriba dengan saya, tak pe kan?

Mamat Tiket: Tak boleh kak, semua kena duduk kat kerusi, tak dibenarkan beriba.

Aku: (Dah tergaru-garu kepala, memikir jalan penyelesaian)...Erm, boleh la seat tadi tu...

Mamat Tiket: Harga tiket tu rm55 tau kak...

Aku: Ok....

Aku nak je cakap kat mamat tu:

"Dik, ko ingat aku ni pokai sangat ke...tiket yang aku beli tadi pun harga dia rm55 jugak, then apa masalahnya kalau aku beli lagi satu seat harga yang sama?"

Takpun, nak je aku nyanyi kat depan dia...

"jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerana pakaian ku caca marba..." :P

(mungkin aku pakai selebet macam ni kot...)

Dah beli tiket, kitorang pun jalan naik ke panggung sari. Sebab dah sampai timing masuk panggung la :) Masa kat depan pintu tu, usher yang check tiket tu tunjukkan kat mana seat berdasarkan nombor tiket kitorang. Tapi, kitorang main ngelat, masa tu, Incik Suami dukung Ain, main jalan je dulu, moga diaorang faham yang Incik Suami konon2 nak hantar aku ngan Ain kat seat kitorang :) tapi, memang macam tak munasabah la, nak suruh budak umur 2tahun duduk kat kerusi Istana Budaya tu, sebab diorang tak kan nampak apa2 pun, duduk terkelop je, nampak kepala makcik pakcik yang terlebih excited bila Upin dan Ipin keluar (eh, itu aku... :P) kalau berdiri kat kerusi, mak bapak budak kena tegur ngan usher kat situ.

(Tiket yang kiri tu percuma durian D24...hehehe)

Masa dalam perjalanan nak ke Istana Budaya, Ain tertido. Jadi, bila masuk dalam panggung, dia jadi macam mamai je. Aku ingat la dia excited...tapi yang excited lebih ialah....sape lagi kalau bukan aku, aku yang excited giler hahahhahaha...

(Muka mamai Ain)

Overall, teater tu best, Ain terlambai2 setiap karakter yang keluar masuk atas pentas tu...yang paling best ialah...karakter Mail, comel seyy budak tu, aku tak benti senyum seperti dilamun cinta setiap kali aku tengok muka budak tu...dengan harapan, muka budak tu akan terlekat pada muka Awsam...hahahahhahaha masuk air mak ko ni, Awsam...

(Comelkan Mail ni, ingat nak buat menantu la hahahaha)

Aku beli ini je untuk Ain ngan Lulu, sebab ini je yang nampak sesuai dengan umur diorang, tshirt pun dah takde size... Yang ni pun, tak sampai 24jam dah koyak sebab berebut nak berdiri depan poster ni...

(Poster Mari Mengira dan Mengenal Huruf)

Dah la, setakat ni jelah eh...nanti citer lagi...layan la gambar2 ni... :)

(Penutup)

(Para Pelakon)

(Ain sibuk tengok Mei Mei tuang air)

.: Incik Suami cakap, untung la Ain, belum umur 2 tahun dah tengok teater...huhuhuhu:.
.:Sebenarnya, ni antara hadiah hari lahir untuk Ain:.

Friday, 20 July 2012

Our Love - Raqeeb Awsam

Assalamualaikum,


(masa dah masuk wad)

Lama benar hasrat kat hati nak bercerita tentang kelahiran yang kedua ni. Asik tertangguh je, banyak perkara yang perlu disetelkan. So, sekarang tengah ada masa yang senggang (aiceh!), sebabnya...Ain keluarnya dengan Incik Suami, manakala Awsam sedang enak dibuai mimpi...

Ok, mari kita bercerita perihal aku nak bersalinkan Awsam.

***
04 Jun 2012

Sepatutnya, kalau ikut tarikh last period, due date ialah pada 31 Mei 2012, seperti yang dah berkali-kali aku citer kat dalam entri-entri yang lepas. Tapi, dah terlepas tarikh tu, Awsam masih bersenang lenang duduk dalam rahim, bergelodak-gelodak...

Aku pulak macam yakin yang Awsam akan lahir samada pada 31 Mei atau 4 Jun. Itu je. Dan, nak dijadikan cerita, pada awal pagi 4 Jun tu, aku rasa sakit perut sangat, sakit pinggang yang mencucuk-cucuk. Aku rasa macam sakit masa aku kena induce nak bersalinkan Ain dulu. Pastu, sakit pulak kejap-kejap ada, kejap-kejap surut. Aku dah bajet aku akan bersalin hari tu jugak. Tapi, sakit waktu pagi....aku hold sampai petang...pukul 5 lebih baru aku suarakan kat Incik Suami, aku tak tahan sakit sangat dah, aku ajak pegi Hospital Serdang. Siap bawak Ain lagi.

Sampai kat Hospital Serdang, kena tunggu giliran untuk masuk ke ruangan menunggu tu. Aih....agak-agak, kalau nak beranak betul, memang dah terberanak kot. Lebih kurang nak dekat pukul 7, nurse panggil aku untuk duduk kat katil menunggu tu. Masih sakit pinggang, siap muntah semua, perut kosong tak makan apa-apa. Doktor datang check bukaan...tiada bukaan. Doktor scan baby, masih floating...bermakna, Awsam tak mau lahir lagi...Lepas doktor bagi PCM, suh rehat kejap, buat CTG...lebih kurang pukul 10.30malam, aku dibenarkan discharge....

***
(12 hari melihat dunia)

23 Jun 2012

Aku tersedar pukul 8pagi. Mengantuk. Terjaga sebab sakit perut memulas, pegi toilet, cirit birit. Sakit pinggang. Ingat nak terus kejut Incik Suami ajak pegi hospital, tapi...risau plak bukan sebab nak bersalin, so...mari kita kira dulu sakit contraction tu.

Pukul 9, bangun pegi toilet lagi. Masih cirit birit. Sakit dah mula setengah jam skali. Berpeluh-peluh tahan sakit. Takpe, tahan dulu. Kemudian, sakit datang 15minit skali. Aku keluar bilik. Mak dah bangun. Aku bitau mak...

Aku: La sakit perut, cirit birit...
Mak: Pinggang sakit tak? Kat bahagian bawah pinggang tu, rasa macam mana?
Aku: Sakit pinggang. Rasa macam nak period, pastu rasa macam masuk angin.
Mak: Meh makan dulu, kang mana tau dah nak beranak ari ni, takde tenaga...

Aku duduk je kat meja makan. Tak lalu nak makan, cuma makan 2biji kurma, minum air masak. Sempat lagi berbual2 ngan mak, sampai mak abis makan. Mak masuk bilik. Aku pun masuk bilik aku.

Pukul 10, sakit dah sampai 5-7minit skali. Aku amik tuala, pegi mandi. Baik bersiap2, mana tau, kot betul nak bersalin (aku memang tak pernah rasa sakit nak bersalin). Siap mandi, aku terus kejut Incik Suami. Dia bergegas siap. Aku tengah nak carik baju, sakit contraction makin kerap, mak suruh berdiri, jangan duduk kata mak, takut tetiba nak beranak nanti.

Tengah bersiap2, Ain bangun...Aih...takkan nak bawak dia lagi kan? Takpe, tinggalkan dia pada mak kejap. Sebelum gerak, aku salam mak...cium Lulu dan Ain. Airmata nak mengalir, tapi tahan. Mak doakan aku selamat dan senang bersalin.

***
Dalam kereta, aku ngan Incik Suami decide untuk pegi Hospital Kajang. Dekat dan jugak takut kalo pegi Hospital Serdang, dia letak aku kat ruangan menunggu, memang mau terberanak aku kat situ kot. So, sampai je kat Hospital Kajang, aku turun dulu. Ada seorang makcik guard, pimpin aku masuk ke bilik kecemasan bersalin. Lepas dah serahkan buku pink tu, nurse minta aku pegi kencing dulu. Lama dalam toilet, tak boleh nak kencing. Nurse panggil keluar, dia risau terberanak dalam toilet. Masuk bilik check up dulu, untuk buat CTG. Masa tengah buat CTG tu, contraction dah tak menentu. Aku boleh anggarkan 3-4minit skali. Berkerut-kerut muka tahan sakit, terkumat kamit mulut cuma sebut "Ya Allah, Astaghfirullahal Aziim" itu je.

Nurse masuk, tanya...

Nurse: Sakit sangat dah?
Aku: A'ah (sambil angguk kepala)
Nurse: Meh akak check bukaan dulu...
Nurse: O...dah ada bukaan ni, 4cm

Terus ilang rasa sakit, sebab bukaan dah 4cm. Cepatnya...suka,suka! :)
Nurse tutup mesin CTG, suh pegi depan, nak cucuk jarum kat tangan, amik darah dan kemudian masuk labor room dengan riang ria (konon) sebab semua labor room kosong :D jadi nurse ngan doktor ngadap muka aku sorang je.

Masuk labor room pukul 12.45pm. Sakit makin kerap. Setiap kali sakit, aku genggam palang besi tepi katil tu kuat2. Dalam hati, baca doa Nabi Yunus, Istigfar...

Pukul 1.15pm, doktor datang check bukaan lagi. Sudah 6cm. Cepat la, cepat la...mak dah tak tahan dah... :D check bukan sebarang check, pecahkan air ketuban skali...oleh kerana doktor tu ialah doktor yang baru grad, dia susah nak pecahkan air ketuban aku, bila dah pecahkan, air ketuban keluar menitis-nitis. Sket-sket je, tak macam Ain dulu, kemain banjir lagi.

Lepas tu terus la mendadak tahap kesakitan, tapi masih lagi mampu bertindak balas dengan soalan-soalan doktor. Aku ni, bercita-cita nak suh Awsam keluar pukul 3.03 sama macam Ain, gila kan?? :D

Aku dah tak boleh tahan, gesaan nak meneran asik datang je, biarpun 2-3orang doktor tak bagi aku teran sebab takut saluran rahim bengkak nanti, tapi...bukan aku yang paksa gesaan datang, aku asik meneran.

Dah dekat pukul 2.30pm, aku cakap kat midwife, aku tak boleh tahan, rasa nak meneran. Memang dah nak terkeluar sangat dah. Aku ingat, nurse nak panggil Incik Suami masuk...skali...tarak! Memang suami tak boleh masuk. Hampeh,ok!

Pukul 2.40pm, Awsam telah selamat dilahirkan :) mula-mula doktor baru grad tu, nak bawak pegi cuci terus. Pastu midwife suruh tunjuk dulu kat aku, anak lelaki ke anak perempuan. Sebelum tunjuk, aku dah jengok dulu tengok. Kali ni rasa bertenaga ok :D midwife letak dulu Awsam atas dada aku, dan Awsam menangis dengan sangat kuat, tak seperti Ain, senyap sunyi...

Lepas tu, apalagi...proses jahit menjahit la semua kelukaan itu :D sakit plak jahit kali ni, dan mulut aku tak henti-henti mengomel sepanjang midwife tu jahit. Agaknya, kalo midwife tu geram asik mengomel, dia jahit mulut aku dulu :P

Alhamdulillah, dah selamat melahirkan dan sedang berpantang. Lebih kurang 12hari lagi abis pantang :) sekarang, boleh berehat untuk jangkamasa paling kurang pun 5tahun. Aku nak stabilkan mental dan fizikal aku dengan anak-anak aku yang buat aku jadi ribut petir kebaboom ni....

Nanti aku update entri perbezaan Hospital Ampang dan Hospital Kajang ye :)

Babai...dan Selamat Menyambut kedatangan Bulan Ramadhan, esok. Marilah berpuasa, walaupun aku tak boleh puasa... :) semoga kedatangan Ramandhan kali ini memberi beribu keberkatan dalam hidup kita semua...

*tetiba aku teringat, masa aku baru pregnant ari tu, orang tanya "kalau 2nd baby lahir, Ain umur berapa nanti"...Laju je aku jawab, "lebih kurang 2tahun 1bulan" - betul la tu...Allah Maha Mengetahui**

Saturday, 30 June 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum, :)



Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 23 Jun 2012, pukul 1440hrs.



Maknanya, dah lengkap sepasang anak aku. Lulu ngan Ain, nampak seronok dapat adik. Hari-hari nak kiss, pantang nampak adik dia bukak mata.



Yang terbaru, diorang ketawa bila dengar adik diorang bersin.



Oh,lupa nak bagitau... Nama baby baru ni ialah RAQEEB AWSAM yang membawa maksud 'penjaga atau pengawal yang segak'.



So,harapan aku dan Incik Suami,agar Awsam membesar dengan sihat,menjadi anak yang soleh dan pelindung kepada kakak dan adiknya (eh,dah pikir adik Awsam pulak?) Huhuhuhu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 11 June 2012

2 tahun sudah!

Assalamualaikum,

Kejap je rasa dah 2 tahun dah. Dah pandai demand-demand pilih kek birthday sendiri.


(Si kecil yang genap 2 tahun)

(Kek ni, dia pilih sendiri)

(sila abaikan rumah yang tunggang langgang itu. Bibik dah nak cuti bersalin)

Tiada sambutan yang meriah macam birthday Lulu ari tu, sebab...Mummy jalan pun dah tak berapa nak betul, tersenget-senget....
So, mak cakap....lepas raya baru buat makan-makan. Sekali ngan open house hari raya skali :)
Baiklah, mari Mummy survey tema yang paling sesuai untuk Ain....
Upin Ipin ke, Angry Bird?? :D

*Mummy excited nak bergambar, yang lain dalam mood penat dan tak sabar nak makan kek aiskrim yang daddy cakap tak sedap :P

Yey! Muiz Dah Grad.

Assalamualaikum,

Back bone. Perkataan tu yang Muiz suka sangat sebut tiapkali dia berjaya buat sesuatu.

"Terima kasih, back bone."

Ayat tu jugak yang dia SMS pada aku pada hari konvokesyen dia, 12 Mei lepas.


(gambar 8 tahun lepas,masa aku Konvo untuk Diploma)

Terharu wei... Malangnya, aku tak dapat masuk tengok dia terima sijil dia ari tu. Sebabnya, aku kat luar...menjaga anak-anak kecil ni.


(gambar masa 12 Mei 2012)

Mulanya, masa Muiz cakap kat aku, konvo dia bulan Mei, pastu dia cakap jugak, cuma 2 orang je yang dibenarkan masuk dalam dewan tu. Aku pikir, biarlah mak yang masuk, sebab kalau aku ikut masuk, dah tentu kanak-kanak bawah umur 12tahun tak dibenarkan masuk. Abis, kalau aku masuk, sape nak jaga pari-pari dari kayangan yang 2 orang tu...kan?kan?kan? Takkan aku nak suh Incik Suami jaga sorang-sorang, mau terbalik dunia nanti :D

Sehari sebelum 12 Mei, sudah tentulah 11 Mei kan? :D
So, aku tanya Muiz...

"Adik, esok Konvo kul bape?"
"Ntah, tapi adik kena ada kat sana pukul 7pg"

"Hah?! 7pg.... Awat kalut sangat Kolej Komuniti ni..."


Jadinya, mau atau tidak, paling-paling pun, ibu bapa dan sanak saudara yang nak meraikan graduan, kena ada kat sana lebih kurang kul 8pg la kot kan....

12 Mei pun menjelma :)
Aku bangun kul 630pagi...tengok budak-budak ni (kawan-kawan Muiz) ada lagi 2-3orang tengah terbaring kat ruang tamu, masih tido. Aik? Bebudak ni, kata nak kena ada kul 7, ni 630 pun tak siap-siap lagi....Aku mesej Muiz...
Dia kejutkan kawan-kawan dia, jadi...disebabkan diorang siap lambat, maka planning aku pun terganggu sket... :D (menyalahkan orang pulak!)

Lebih kurang pukul 8pagi kot, baru gerak dari umah. Nasib baik jugak tak jauh...cuma kat UPM. Sampai je kat sana, aku ingatkan la konvokesyen dia serupa macam konvo UiTM...sekali...aduyai...susah la nak citer... :D

Dah sampai sana, takde la pengumuman yang mengatakan ibu bapa dah boleh masuk dalam dewan ke tak, takde bitau kat mana para hadirin nak duduk sementara tunggu graduan konvokesyen abis...Kolej Komuniti, please take note, buat la isitiadat konvokesyen yang nice sket next time,please...biar lebih teratur...

Bila dah takde pengumuman, so tak tau nak suruh mak masuk dewan ikut mana...mak pun duduk la ngan aku dan Incik Suami kat khemah yang tersangat-sangat panas tu....
Tak lama, aku pun cakap kat mak...

"Mak, La rasa mak boleh masuk lah kat sebelah sana tu, tengok orang ramai-ramai kat sana" "Abis ni?" - mak merujuk pada Lulu, takut Lulu nangis nampak mak pegi dewan
"Takpe, La ngan Hazo ada, boleh jaga dia"

Pastu, mak pun bergerak ke dewan. Mak bitau, sebab masuk lambat, mak kena duduk atas, nak snap gambar Muiz amik sijil pun tak jelas. So, tiadalah gambar amik sijil....Kesian adik aku...

Aku cakap kat Muiz...

"Sori, takde bunga untuk adik"
"Hesy...adik pun tak nak"
"Hahahahhahaha"


Petang tu jugak Muiz balik semula ke Klang. Sebab,esoknya dia dah kena keje. Baru nak ajak dia bersuka ria, nak bawak dia pegi karaoke...Hahahahhahaha kakak kau ni memang tak senonoh,dik...perut dah boyot-boyot pun nak pegi karaoke lagi...


(back bone 1)

(back bone 2)

(aku dan Ain, yang gedik. Penat tunggu Ayahchik)

* Mungkin la kan, ada suara-suara sumbang akan cakap bila baca entri ni..."Alah, abis sijil je pun" "alah,kolej komuniti je pun..."...tapi aku nak cakap..."at least adik aku abis belajar....ko ada??"

Saturday, 26 May 2012

Menunggu Orang Baru part 3


Assalamualaikum, Hai semua... :)

Sebenarnya kalau ikut hati, banyak benda nak "dientrikan" (bahasa apakah?)... tapi, bila mood nak menaip tu timbul, laptop pulak tak bukak. kang bila dah bukak laptop, mood plak ilang kemana (mana mood tak ilang, asal bukak laptop, ko pegi online shopping) huhuhuhu

Okla, kali ni nak citer pasal minggu-minggu terakhir bergelar mak buyung. Oh, perasaan sangatlah awesome bercampur dengan tak larat dan ketidaksabaran (untuk nak bersalin, mentang-mentang la dah ready dari segi fizikal dan mental)...

Sebenarnya, kalau follow LMP, 2nd baby due date ialah pada 31st May 2012 (wow, hadiah anniversary...woi, anniversary ko kan 30th May) huhuhuhu... tapi, ari tu, pegi check up kat KK (klinik kesihatan), doktor refer pada 1st scan due date...iaitu pada 17th June 2012....
Oi...pening dah mak ni...bape banyak dah aku punya due date.

Walau macam mana pun, aku sangat-sangat lah berharap, agar anak aku ni lahir sebelum 17hb tu...sebab aku ada instinct yang sangat kuat, aku yakin ngan LMP aku tu, walaupun kawan twitter aku cakap, ada kemungkinan bahawa ovum aku lambat disenyawakan...sebab tu due date boleh lari.... (lari berganti-ganti agaknya, sebab tu tarikh asik berubah je)

Pastu, last week (masa mak balik JB dengan Lulu), kitorang ada maternity photo session. Layan la 2 keping gambar ni dulu eh, belum dapat lagi gambar-gambar full. Photographer tengah edit. Agaknya lepas bersalin nanti kot baru dapat.

(Harap-harap kau lahir betul-betul ikut 1st due date la, anak oi!)


(Malu woi nak bergaya depan orang ramai kat Taman Tasik tu)

Nanti kalau dah dapat gambar tu, aku kongsi-kongsi ngan korang eh...tapi sket jela, buat apa nak tengok semua skali...nak tengok semua skali, meh datang umah...hahahahahhaha

*2 keping gambar ni, aku cilok dari official FB photographer ari tu. Dia seorang perempuan, tapi kreatif wei cara dia amik gambar, dia siap2 meniarap lagi. Aku suka giler. Tambah plak, dia tak cuma ikut cara dia je, dia ada jugak dengar pendapat kitorang...saya suka, saya suka!

Oklah, nanti dah rajin update yang lain lagi eh. Babai...

Antara entri yang tertangguh:

*Debat PTPTN
*Adik aku dah grad wei!

Wednesday, 23 May 2012

Anak aku, Anak Orang


Assalamualaikum, semua...

Mood nak update blog hilang ntah kemana ntah. Tambah-tambah lagi dah sarat ni, lagi tak kuasa nak update-update sangat. Kali ni nak update sket pasal kerisauan kaum ibu-ibu (biasanya la).

Siapa yang dah masuk ke alam ibu-ibu ni, mesti biasa berborak pasal anak masing-masing kan? Anak aku pandai buat ni, anak aku perangai macam ni, anak aku itu, anak aku ini... Pendek kata, semua nak cerita tentang kepandaian dan kebaikan anak masing-masing, tak gitu? Bagi aku, biasalah...nama pun anak sendiri, kalau tak emak dan bapaknya yang bangga dengan zuriat sendiri, sape lagi nak bangga kan....betul tak?

Aku sendiri alami masalah ni. Kalau berbual dengan best friend aku, mesti kitaorang saling bertanya, "Aliff dah pandai apa?" "Ain dah pandai apa?" "Lulu dah pandai apa?". Tapi setakat tanya-tanya gitu jelah, takde pun membanding-bandingkan anak kitaorang...(dah nama pun best friend kan, mestilah tau nak jaga hati best friend). Kadang-kadang, borak-borak pasal anak, ada jugak nasihat-nasihat sesama aku ngan dia.

Dulu, aku sama jugak macam emak-emak yang lain. Banding-bandingkan perkembangan anak-anak aku ni. Sejak dari kecik aku tengok, Ain lambat meniarap berbanding Lulu. Lulu meniarap seawal usia 4bulan, Ain pulak....hujung-hujung 4bulan, baru pandai meniarap. Pastu, Lulu pandai berjalan...lebih kurang umur 10bulan...Ain pulak...setahun 13hari (kot) baru pandai berjalan.

Seperti typical emak-emak....aku bandingkan itu ini. Sebenarnya, benda ni tak bagus. Serius, memang tak bagus. Mana boleh samakan pencapaian anak-anak kan? Ada benda, Lulu lebih cepat dari Ain, dari segi lain pulak...Ain lebih cepat dari Lulu. Contohnya, macam sekarang ni...perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Ain lebih jelas dari Lulu. Maksudnya, dari segi percakapan, lebih banyak perkataan dari Ain yang mudah difahami oleh kami semua (aku, Incik Suami, Emak dan Ayahchik).

So, aku mula faham. Lain anak, lain perkembangannya. Aku bersyukur yang aku tak pegi keje, takde kawan-kawan yang ramai. Sebab, aku tak dapat bayangkan, tiap kali jumpa kawan-kawan yang asik bercerita pasal anak diorang hebat. aku faham, bukan niat korang pun nak bercerita tentang kehebatan anak sendiri, tapi kalau kata si A dengan si B tengah berborak pasal kehebatan anak masing-masing, masa tu...ada pulak si C yang anaknya mengalami masalah dari pelbagai segi...tak ke buat si C ni rasa macam down? Tak banyak, sket mesti ada kan...

Pada aku, aku tak kisah. Cepat atau lambat, yang penting anak-anak aku sihat. Selagi diorang masih lagi menunjukkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang normal, so takde apa yang aku perlu risaukan. Bagi aku, anak-anak aku istimewa, aku je yang selalu terlupa.

Pada kawan-kawan yang anak mereka lambat bercakap ke, lambat berjalan ke, atau lambat apa-apa jelah...jangan risau. Cuba korang telek part lain, ada part yang anak korang lebih terer dari anak orang lain :)

Tuesday, 24 April 2012

Menunggu Orang Baru part 2

Assalamualaikum....

Lama tak update blog...banyak benda nak cerita....tapi semuanya terabai je. Sebab tak larat nak online blog via laptop. Kalau guna ipad atau BB, kurang syok...tak boleh letak gambar banyak-banyak :)

So, kali ni nak cerita pasal penantian...
Ya...Menanti kelahiran baby baru...Tak lama je lagi. Insya Allah, kali ni baby akan lahir bulan Mei jugak. Tapi, semuanya Allah yang tentukan...

Kalau ikut kiraan roda yang kat klinik tu, LMP 25 Ogos 2011 dan EDD ialah.... 31 Mei 2012. Tapi kiraan yang manual, tarikh EDD pada 2 Jun 2012.... Dan mengikut ukuran scan kali pertama ialah.... 17 Jun 2012 dan scan yang terakhir hari tu, mengikut ukuran kepala baby...EDD ialah pada 4 Jun 2012...

Ini bermakna, aku ada 4 EDD hahahahahhaa... tapi naluri aku kuat mengatakan bahawa aku akan bersalin tak sampai pada 17 Jun 2012. Sebab macam jauh sangat lari nya....but incase, lepas 4 Jun aku tak rasa sakit jugak, aku kena kira betul - betul la Fetal Movement Chart. Just incase.

Insya Allah, jika Allah berkehendak...baby kali ni ialah baby boy! Yippie....maka, cita-cita untuk menamakan baby ni dengan nama R**** A**** tercapai....

Persiapan baby hampir cukup lengkap, tinggal lagi persiapan untuk aku jelah. Ubat - ubat (jamu) aku belum beli lagi....paling kena ingat, beli minyak gamat dan manjakani (untuk cepat baik luka jahitan). Lagi....tungku besi pun aku belum beli lagi (ari tu, guna mak mertua punya...tapi sebab tak tau bila nak balik kampung lagi, beli jela dulu). O....newborn diapers pun tak beli lagi...sebab nak tunggu expect berat baby dulu...buatnya baby lebih dari 3.5kg, dah tak muat newborn diapers, kan....rugi!

So, dah takde nak cerita apa lagi....nanti-nanti update lagi...Babai....

>see u when i see u<

Tuesday, 27 March 2012

Kehilangan.Bersediakah aku?

Assalamualaikum,



First, nak ucap takziah pada Fatin, yang baru je kehilangan adiknya akibat kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk arwah adiknya, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh adiknya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Sebenarnya aku terkejut. Aku pun baru je tau berita ni. Baca dari blog Fatin. Aku sendiri pernah baca cerita-cerita Fatin mengenai adiknya. Keakraban mereka, sama seperti aku dengan adik aku, Muiz.



Secara tak langsung, fikiran aku melayang pada Muiz. Tak dapat aku bayangkan. Dan, Demi Allah, aku belum bersedia untuk melihat orang-orang kesayangan aku pergi meninggalkan aku.



*Dari dulu aku ada satu perangai pelik. Aku suka tenung muka orang-orang yang aku sayang masa diorang tengah tido. Menyelami suka duka kehidupan diorang, airmata aku menitik. Aku selalu tenung muka abah tengah tido kat kerusi, muka mak yang tertido akibat kepenatan berjual, muka adik beradik, muka suami yang berusaha mencari duit, muka Lulu, muka Ain yang selalu kena marah (sampai sekarang rasa bersalah pada Ain sebab bagi dia adik cepat sangat).



**Adakah aku akan redha bila orang-orang kesayangan aku pergi menemui Pencipta mereka?. Aku belum bersedia, namun aku harus redha.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 24 March 2012

Rupanya banyak yang salah.

Assalamualaikum,

Macam biasa, aku susah nak tido. So, capai ipad, bukak youtube. Selama ni, bukak youtube tengok Upin Ipin, Chuggington, Dibo the gift dragon, Boboiboy (tu semua layan dengan Ain ngan Lulu). Malam ni, sibuk pegi search lagu-lagu Kuch Kuch Hota Hai.

Tekan dari 1 video ke 1 video, lambat, asik buffering je. So, klik balik kat search, taip "Ustaz Don", maka keluarlah berderet-deret ceramah agama dari Ustaz Don (maaf, aku lebih suka kan penyampaian dari Ustaz Don berbanding Ustaz Azhar Idrus).

Video yang aku tengok tentang "Anak, asset ke syurga atau neraka?" (macam tula lebih kurang tajuknya). Kalau video full, tajuk ceramah tu tentang Fitrah dalam keluarga. So, aku tengok dan dengar. 5-6minit yang pertama, sedih. Aku nangis.

Lepas tu, Ustaz Don ada beritahu cara mendidik anak. Selama ni, cara yang aku gunakan dalam mendidik Ain, salah. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan.

Aku ingat, dengan cara aku marah, aku tengking dan adakalanya aku pukul Ain, lainkali Ain takkan buat lagi perangai yang tak elok. Tambah-tambah aku tengah pregnant 2nd baby sekarang. Aku silap, itu bukan cara mendidik kanak-kanak. Aku boleh marah dan pukul, itupun hanya Ain berusia 10tahun ke atas, dan setelah aku mendidik dia dengan cara teguran,gurauan sepanjang menginjak ke usia 10tahun tu.

Ya Allah, banyak betul kesilapan yang aku dah buat. Tapi, masih belum terlambat untuk aku ubah cara didikan aku. Bila habis je dengar ceramah tu, aku tengok Ain yang tengah lena tido, airmata aku terus mencurah-curah. Nak aku peluk Ain erat-erat, minta maaf atas perlakuan aku pada dia selama ni.

Masih belum terlambat. Aku akan ubah cara aku mendidik anak-anak. Semoga usaha aku untuk berubah ni, dipermudahkan oleh Allah. Semoga insan-insan di sekeliling aku juga dapat membantu aku mengawal sikap panas baran aku.Amiin...

Saturday, 17 March 2012

Cacing oh cacing.

Assalamualaikum...

Rajin pulak update cepat-cepat,kan? :)

Oklah, nak cerita pasal Ain. Masa awal-awal tahun ari tu (means, bulan Januari la)... Ramai sedara mara, kawan-kawan perasan yang Ain dah susut sket badan dia. Bukan saja orang luar, Incik Suami dan Mak pun perasan badan Ain susut.

Ingatkan Ain 'alah' nak beradik...kurang minum susu...asik meragam je... Macam-macam cara yang aku buat untuk bagi berat Ain naik, sampai aku beli majalah Rasa edisi hidangan untuk si kecil tu. Konon-konon, semangat la nak masak bagi Ain makan, nak bagi dia naik selera.

Bayangkan, masa pegi check up...berat Ain drop dari 10kg ---> 8.6kg. Tak sedih ke? (Ni perasaan seorang emak la). Puas aku pikir, apa lagi yang tak kena. Ain kuat makan, berselera besar, sampai kan tengah-tengah malam sebelum nak tido, dia masih lagi nak makan.

Jadi, aku rasa...faktor penurunan berat badan dia, sama sekali tidak ada kena mengena cara pemakanan dia. So,aku terus berfikir...cari punca masalah ni...

Satu hari, adik aku tegur, dia cakap "kak ila,Ain ni makan kuat,tapi badan macam tu jugak,ntah-ntah...cacing kot". Bila aku pikir-pikir cakap dia tu, aku rasa macam mustahil pulak la Ain kena jangkitan cacing. Sebab, aku rasa...kalau budak kena cacing, dia tido menonggeng, tak lalu nak makan...ni Ain takde tunjukkan pun tanda-tanda tu.

Sekali,pada suatu malam (aiceh,dah macam citer hantu)... Aku terjaga,nak minum air. Aku ternampak Ain tido menonggeng. Hah! Terkejut aku, aku betulkan balik posisi tido dia...elok aku masuk balik bilik, dia tonggeng balik.

Alamak! Ini sudah parah... Hati aku tak keruan. Nak bangun switch on modem kat depan,malas. Aku amik henpon Incik Suami, aku pun start google...

Taip "tanda-tanda jangkitan cacing".

Treeeetttt!!!.... Banyak jugak yang kuar.
Aku klik 1-1, baca...takde pulak tanda-tanda kat Ain.
Klik next page... Hah!! Eh,eh...ada 2-3 tanda yang Ain kena jangkitan cacing la...

Terus google lagi...
Taip "ubat cacing yang paling berkesan" ---> giler ke hape carik ubat cacing macam ni... (demi nak anak sihat, mummy dia pun jadi giler)

Treeeeetttt!!!... Ok, kuar banyak jenis ubat cacing. Aku punya amik henpon, add memo, taip nama ubat tu. Ok, siap. Esok bangun pagi, mau cargas ajak Incik Suami pegi farmasi beli ubat cacing.

Bila dah pagi, aku yang tak lena tido, terus cakap kat Incik Suami, nak pegi farmasi, maybe Ain kena jangkitan cacing. Pegi Tesco, beli ubat cacing jenama Zentel. Botol kecik je, RM9.40 ---> 10ml.

Dah siap beli, tak terus balik, gi jalan-jalan kat Genting Highlands (ntah apa buang tebiat berjalan anak beranak ke sana)...

Balik umah, dalam pukul 9malam, aku bukak kotak ubat cacing. Sambil cakap-cakap ngan Ain (aku doa-doa supaya berkesan la ubat ni, sebab dia ada tulis, membunuh semua jenis cacing termasuk cacing yang degil ke apa ntah, dah tak ingat). Ain yang mula-mula excited nak makan ubat, bila aku dah isi dalam syringe, dia terus lari. Adegan pujuk memujuk supaya dia makan ubat (tak kuasa nak kejar dan tangkap, biar dia datang sendiri)...melalak jugak la dia bila aku sumbat syringe dalam mulut dia.

Selalunya, kalau ubat demam dan sebagainya, aku bagi chance dia makan sket, luah balik pun takpe. Tapi bila ubat cacing, by hook or by crook, aku mesti make sure dia telan 5ml jugak. Tak boleh luah-luah balik.

Esoknya... (ni agak kotor sket la).
Bila Ain poo poo... Aku bukak diapers dia, then aku check poo poo dia (aish...rajin pulak nak check poo poo). Dan terbukti, bahawa Ain telah terkena jangkitan cacing. 2hari jugak la poo poo dia ada helaian rerambut halus (yang mana aku rasa itu ialah cacing).

Sejak tu, dia makan macam biasa. Masih kuat makan, tengah-tengah malam pun masih nak makan. Dan hasilnya, berat dia sekarang dah naik jadi 9.2kg. Alhamdulillah, senang hati mak,nak...

So, lepas ni, aku kena bagi dia ubat cacing selang 6bulan. Nanti nak bagi Lulu plak makan ubat cacing.

Kalau ada masa terluang, nanti aku post kan tanda-tanda jangkitan cacing (korang pun boleh carik sendiri). Dan, orang dewasa pun perlu makan ubat cacing ye, jangan ingat budak kecik je yang ada jangkitan cacing ni, tapi ibu-ibu yang mengandung, dan bayi dibawah usia 1tahun, tak dibenarkan sama sekali makan ubat cacing (sebab? Aku pun tak tau, aku bukan doktor dan belum selesai buat research lagi kenapa tak boleh makan).

Ok, jumpa lagi di lain entri... :)

Friday, 16 March 2012

Tiba-tiba terfikir...

Assalamualaikum...



Sebenarnya tak dapat tido, tak tau la sebab apa. Badan penat, mata ngantuk, tapi tak boleh nak lena.



Diam tak diam, lagi 2bulan setengah je nak sampai EDD :)

Tak sabar jugak nak tengok muka anak yang bakal lahir ni. Dalam pada tu, memikirkan tentang Ain.



Macam mana agaknya keadaan Ain bila aku bersalin nanti. For sure la dia akan stay kat rumah dengan mak, sementara Incik Suami hantar aku ke hospital.



Tapi, keadaan dia tanpa aku. Jarang aku berpisah dengan dia. Sejak dia mula lahir, boleh di kira dengan jari (tu pun jari sebelah tangan je). Seingat aku, tak sampai 5kali.



Mana aku pegi, semua aku angkut dia. Dan aku pikir, kalau aku bermalam kat hospital, macam mana Ain nak tido? Sebab, sebelum tido, mesti nak hugs and kisses banyak2, baca doa tido (since dah tak breastfeed lagi ni).



Haish, boleh mengalir airmata aku kalau memikirkan hal ni. Kalau Ain dah besar, boleh la dia faham aku pegi hospital, ni baru 2tahun, tak faham apa itu hospital. Yang dia tau, dalam perut Mummy dia ada adik.



Maybe, sampai waktunya...dia akan faham. Dan, harap2 aku tak stay lama kat hospital. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Amiin...



*Geram bila update blog guna BB atau ipad. Tak boleh attach gambar elok2.

*Ni gambar Ain masa setahun 8bulan. Agak susut,tapi bukan sebab tak makan. Next entri la citer ye :)

Friday, 9 March 2012

Proses Berhenti Menyusu



Assalamualaikum, semua....

Fuhh...lama tak update apa-apa cerita ni. Banyak perkara yang berlaku, malas nak update banyak-banyak. Kita cerita mana yang termampu jela eh...?

Ok, berbalik kepada gambar dan juga tajuk entri ni, untuk pengetahuan korang semua, Nur'ain secara rasminya telah pun berhenti menyusu badan. Atas sebab susu badan sudah agak sedikit dan aku pun rasa kurang selesa bila dia asik tergigit puting, so aku decide untuk berhenti menyusui dia.

Perasaan aku?? Dah tentulah sangat- sangat sedih. Mana kan tidak, Ain menyusu sejak dia dilahirkan. Sejak nurse dah bersih-bersihkan dia, bagi balik kat aku, masih lagi dalam labor room, tetiba sekarang, aku perlu berhenti menyusukan dia. Sedih sangat....

Jom ikuti pengalaman macam mana aku menjalani proses ni... (macam program tv plak)

Minggu Pertama.
Aku bagi dia susu bila dia sebum atau mintak "milk,milk". Kalau dia tak sebut, tak mintak, tak nangis atau bukan sebab nak tido, aku memang tak bagi. So, dari situ dah berkurangan sesi penyusuan. Masa ni, Ain takde la nak tantrum sangat.

Minggu Kedua.
Aku mula alihkan perhatian dia. Bila dia nak susu, aku bagi benda lain, contohnya bagi Calci-yum, minum Milo, makan biskut chocolate chip. Bila nak tido petang, aku terpaksa bagi jugaklah. Kalau tak, dia takkan tido. Aku sapu asam jawa pada puting, aku cakap sakit.

Minggu Ketiga.
Minggu paling zalim. Bila tido petang pun aku tak bagi dia menyusu. Ain pun apa lagi, dah biasa menyusu, tetiba tak boleh menyusu plak. Ngamuk sakan la dia. Nangis teruk giler. Malam pun aku tak bagi. Aku bagi susu dalam botol. Dia campak je botol tu. Aku dah hampir putus asa dah, dah tak larat nak dengan dia nangis. Atas nasihat kawan di twitter, aku teruskan jugak.

Minggu keempat.
Alhamdulillah, akhirnya Ain berhenti menyusu jugak. Cuma setiap kali dia teringat nak susu, aku akan cakap, "milk mummy sakit, tak boleh milk". Dia faham, cuma letihnya dia nak tengok, betul ke sakit. Akhirnya proses memberhentikan penyusuan ibu ni, bukan la perkara yang

Kesimpulannya, hati aku sayu, sedih bila setiap kali Ain mintak susu, aku tak bagi, dia nangis, ngamuk-ngamuk lalu tertido dalam keadaan sedu sedan. Aku tanya kat kawan twitter aku, dia cakap, sabar....itu cuma untuk minggu-minggu yang pertama je, after that, mak ngan anak akan happy. Alhamdulillah, sekarang dah tak menyusu, susu formula dia tak nak, dia minum Horlicks dan tido nak berpeluk je. Sebelum tido, nak kena ajak main-main, gelak-gelak, baca doa, sebut a few words, baru dia boleh tido. Takpelah, asalkan dia nak berhenti menyusu.

Dengan ini, secara rasminya Nur'ain Saffiyah telah berhenti menyusu (breast feeding) pada usia 1 tahun 9bulan.

Oklah, cukup setakat ni, nanti cerita lagi ye! Babai.... :)

Sent from my iPad

Wednesday, 8 February 2012

Pregnancy v2.3

23w 6d



Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, semalam pegi check up. Semuanya ok dan baik - baik saja. Berat pun naik tak banyak,naik 1.3kg je.



Semalam takde kena amik darah,sebab Hb ok. Cuma kena check urine saja. Urine kotor (istilah orang2 klinik), manakan tidak, aku terlupa nak kena check up, minum air masak pun 3-4 gelas je sehari, pastu boleh plak belasah makan durian.



Tapi,ada berita gembira. Dengan ini,dimaklumkan bahawa, mengandung anak kedua kali ni, aku takde GDM (bahasa klinik nya...ntah,dah lupa) atau lebih senang cakap 'diabetis semasa mengandung'.



Masa nurse bitau result MGTT tu, aku terus rasa macam nak buat lompat bintang. Bibir tak benti senyum,ok :) rasa lega.



Okla,itu je nak bitau. Oh lupa, kali ni pun takde jumpa doktor untuk scan baby. Ntah bila nyah oi...! Aku nak tau berat baby bape dah skarang ni...



Nanti nak ajak Incik Suami pegi scan baby la :)



Jumpa nanti...Wassalam...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 4 February 2012

Testing....Testing :)

Assalamualaikum....

Saje nak testing update guna hadiah hari jadi :) hehehehehe

Nice nice....

Million thanks to my lovely husband for the birthday gift! I love it so much, but I love u more than the gift :)

Sent from my iPad

Wednesday, 1 February 2012

Hadiah Hari Lahir Saya!!

Assalamualaikum.... :)

Nak citer pasal birthday sendiri plak! ;)
Sedia maklum, bahawa aku dah pun menginjak ke usia 29tahun...yer...tahun depan sudah memasuki 30tahun....

Takde apa - apa perubahan yang ketara. Kedutan? Belum nampak dengan ketara.
Thanks pada family, kawan - kawan yang wish dan mendoakan kesejahteraan hidup aku.
Thanks pada emak yang buatkan pulut kuning dengan rendang (sebab aku tak tahan bau kari)
Thanks lagi pada emak yang telah melahirkan aku, dan membesarkan aku, dan bersama2 aku disaat aku susah.
Thanks pada abah sebab memberikan makan pakai dan belanja untuk aku menimba ilmu, belajar sampai tahap sekarang ni.


Sebelum Hari Lahir

Incik Suami: Mummy,birthday Mummy nanti, Mummy nak hadiah apa?

Aku: erm.....

Incik Suami: Daddy belikan laptop nak?

Aku: erm....nantila, Mummy pikir dulu.

Selang 2 - 3 hari.

Aku: B, kalau Sayang nak Galaxy Tab boleh? Hehehehe Kalau laptop macam susah la. Nanti nak guna, nak kena kuarkan dari beg, pastu nanti Ain nampak, dia tekan2, nanti rosak...

Incik Suami: Ok, nak Tab yang mana? Yang 10.1, yang sederhana ke atau yang latest?

Aku: Nak yang besar,skrin besar senang nak tengok. Takyah zoom in skrin.

Incik Suami: Kalau nak yang besar, baik beli Ipad2.

Aku: Ikut suka la....Mummy terima je.....

Pada 21hb Januari

Lepas main boling ngan staff Incik Suami...

Incik Suami: Jap2, nak ushar Ipad jap.

Aku: Nak beli hari ni ke? Lambat2 pun takpe, janji dapat hehehhehe

Incik Suami: Dah alang2 berjalan ni, beli jelah. Bukan lama sangat lagipun, next week je dah ha....

Yeppi....Gembira tak terkata bila dapat hadiah Ipad2 sebijik :) hehehehhe....Namun,kegembiraan tidak bertahan lama apabila

-

-

-

-

-

-

(Memang tak boleh nampak Mummy kuarkan Ipad...Upin Ipin ngan Chuggington jela)

Setiap kali nak online je, kena bagi budak berdua ni tengok kartun - kartun kegemaran diorang.....
Huuuuwwwwwaaaaaaaaaaaa!!!!!

Ini tidak adil, tidak adil bagi ku..... Hahahahahahhaha
Mak pasrah,anak oi......

Birthday Muiz!

(Kek kecik je, cukup la untuk 6 orang makan)

Assalamualaikum, semua :)

Kali ni, nak update pasal birthday adik aku ---> Muiz.
Tahun 2011, Muiz dah berumur 22 tahun, maka dengan ini, Adik sudah layak untuk mengundi ;p

Okla, sambutan hari lahir untuk Muiz takdela buat secara besar - besaran.... Cuma Mak nak sangat kitorang semua pegi ke Klang untuk sambut birthday Muiz, sebab masa birthday Mak, Muiz datang dari Klang, malam2 buta,ok...

So, lebih kurang pukul 4petang, kami semua gerak gi Klang. Kalo nak diikutkan, adik aku ni susah nak dapat cuti. Tempat keje dia macam tak mau bagi cuti. Kedekut giler!!

(Perhatikan aksi si kecik di belakang itu!)

2 - 3 hari sebelum birthday dia, aku la yang sibuk2 mesej2 dia, paksa suh cuti gak. Aku cakap, nak belanja makan, beli kek semua la... Dia cakap tak confirm lagi ngan bos...Aiyo....macam mana ni, takkan nak amik dia kat tempat keje memalam buta, pastu baru pegi celebrate... (oh ya, adik aku ni keje kat kedai komputer,dia jadi juruteknik komputer, kiranya senang la idup aku, laptop/CPU kena virus, nak format, suh dia je hehehehehhe)

(Hehehe haruslah nak bergambar bertiga...Apsal gambar ni rosak,ntah)

Nak ditakdirkan, tetiba adik aku call, cakap dia amik cuti 20hb tu, tepat2 ngan birthday dia la. So, aku pun cakap ngan mak, plan ngan Mak semua benda la (plan konon, macam nak buat parti besar - besaran je). Sebenarnya cuma plan nak gi makan kat mana je. Mak siap cakap "Zila ngan Hazo jangan risau, kita share2 duit untuk belanja dia". Maybe Mak ingat aku risau sebab kawan - kawan adik aku nak ikut. Sebenarnya takde kisah pun.... :)

(Inilah birthday boy nya)

Adik aku yang sorang ni, tak makan langsung ikan, sotong, ketam, udang atau lebih senang di takrifkan sebagai makanan laut, maka menjadi satu masalah untuk aku pikir kat mana nak bawak dia gi makan. Mulanya nak bawak gi makan nasi ayam je (macam kesian plak kan??) Pastu,tetiba masa dalam perjalanan nak ke umah sewa adik aku ni, Incik Suami cakap, kita pegi makan kat Kenny Rogers jela :)

(Kek ni sedap sangat! Serius, tak muak makan.)

Maka, kitorang semua pun pegi je kat Kenny Rogers Tesco Setia Alam tu, beli kek semua....sambut birthday adik aku kat situ.....Dah...sekian je untuk kali ni :)

Untuk Adik ----> Kak Ila doakan yang baik - baik buat Adik. Semoga Adik panjang umur, dan sentiasa murah rezeki dan di lindungi Allah. Keje betul2, kumpul duit, boleh kawin....ahahhahahahahha

(Aku macam dah kehilangan sense of humor :p)


Birthday Lulu!P

(ini ialah Ain bersama kepak rama-ramanya)

Assalamualaikum....;)

Kali ni nak bercerita tentang sambutan hari lahir yang ke - 2 tahun bagi Qaisara Nuruljannah atau lebih di kenali dengan nama LULU ;)

(inilah birthday girl: Lulu)

Alhamdulillah, sambutan majlis berjalan dengan lancar. Tak de la jemputan yang hebat2, cuma jemput orang kat blok je, kawan - kawan mak. Adik aku datang bersama awek baru....harap2 kali ni kekal sampai ke pelamin....ngeh ngeh ngeh....

(Ini adalah sebahagian dari menu, semua buat sendiri. Buah? Potong sendiri :p)

Plan asalnya, aku sibuk nak buat candy buffet la, itu la, ini la....tak padan dengan sifat pemalas hahahahahha....last2, aku tak jumpa cari balang2 untuk buat candy buffet, tambahan pulak, aku malas nak buat design2....maka,aku packing2 semua gula2 yang dah dibeli, aku isi dalam goodie bag je.

(Emak dan anak2 kecil sebelum potong kek)

Memandangkan mak berjual kuih ngan kawan dia kat bawah blok, aku minta tolong dari mak je untuk jemputkan budak - budak, mak - mak budak datang makan pada majlis Lulu tu. Pastu, aku minta tolong lagi mak masak kan bihun singapore ngan nasi goreng cina :) hehehehehhe

Mak pun dengan rasa riang gembira, buat kuih karipap, agar - agar, donut....lagi kuih apa eh...banyak la... aku pun tak ingat sangat dah ;p

(Kek yang di tempah khas untuk majlis ni. Siap gambar hehehe)

Yang pastinya, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih pada makcik2 yang datang dan bagi hadiah, duit pada Lulu. Bak kata emak, bukan mengharapkan sumbangan dari orang,cuma nak meraikan Lulu je, biar dia rasa gembira....

Buat Lulu ---> Mummy, Daddy dan Mak doakan yang terbaik buat Lulu. Semoga membesar jadi anak yang baik dan solehah. Kitorang semua sayang sangat pada Lulu.

Insya Allah, Kalau birthday Ain nanti aku belum bersalin, buat jugak on the date. Kalau tak, lepas bersalin jela :)

Wednesday, 11 January 2012

Pregnancy v2.2

19W6D



Assalamualaikum,semua



Semalam pegi check up. Takde apa - apa masalah. Cuma paras hb jatuh sket. Kalau masa 1st check up ari tu, 12.8... Semalam, 11.7. Tapi masih lagi terkawal.



Bila nak check degupan jantung baby, bunyi tak berapa clear. Sayup-sayup je,macam jauh. Nurse kata ok, sebab bunyi jauh ialah baby masih kecik lagi.



Cuma,nurse macam malas sket. Tak tau la apa yang dia malas sangat, sampaikan nak issue slip ubat pun malas, dia suruh amik minggu depan (sebab minggu depan kena minum air gula). Pastu,aku tengok, dalam kertas yang dia print tu, siap-siap dia ada bitau yang dia dah brief aku pasal family planning,faktor pemakanan,etc... Padahal takde pun. Aku terfikir,next appointment, patutkah aku bitau pada nurse yang check aku,yang nurse semalam tak cakap apa-apa pun...



Next week, ari Jumaat, kena minum air gula. Malasnya lahai... Bukan sedap pun...



Oklah,tu je nak update.

See ya!



Assalamualaikum...



*baby masih blum bergerak. Maybe dalam 1-2 minggu ni kot. Insya Allah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 8 January 2012

Test Gambar pulak :)

Test Update Guna Email

Assalamualaikum :)



Hai semua.Ni adalah percubaan update blog guna email.Adakah berjaya???



Mudah-mudahan la ye :) Amiin



See ya!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 7 January 2012

Persiapan Orang Baru v2.1

Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog. Sibuk 1 hal, takde mood 1 hal.
Sibuk menguruskan perkara - perkara yang berkaitan baby baru yang bakal lahir ni. So,macam biasa. Bila pregnant, aku akan mula buat checklist, apa yang perlu di beli, benda2 yang perlu disediakan. Preparation from A to Z.

Maka, aku keluarkan la checklist yang aku gunakan masa buat preparation untuk Ain dulu. Ada beberapa barang kena beli. Besen mandi untuk baby kena beli yang baru sebab, besen mandi Ain dulu, aku dah buat tempat letak sampah.

Antara benda yang dok bermain dalam kepala otak aku ni ialah...katil baby.

Kenapa aku mesti beli katil baby?

Sebab, kat rumah ni ada 2 orang bidadari yang aku yakin sangat excited untuk 'menolong' aku jaga baby yang bakal lahir nanti. So, can u guys imagine, bila aku pegi bilik air ke...makan ke... kebarangkalian untuk 2 orang bidadari masuk ke bilik dan 'jaga' adik mereka..??


So, aku bukak laptop, search katil baby a.k.a baby cot. Pastu, tengok - tengok, kat IKEA punya baby cot comel, tapi tiba2 berangan pulak nak beli rocking baby cot. Aicececeh...konon2 pikir, senang la nanti, anak nangis, hayun2 sket, goyang2 sket katil tu, anak tido balik....
Tapi...tetiba logik akal fikiran pulak cakap... "macam mana kalau anak dah mula meniarap, dah pandai nak berdiri? Bazir je beli rocking baby cot" ~Erm...ye tak ye jugak kan....beli beratus - ratus, pakai untuk tak sampai setahun, that's so not me....

So,aku pun start BBM ngan senior aku masa kolej dulu. Pasal anak dia,dari umur 1hari sampai sekarang ni, tido kat dalam playpen. Pastu aku tanya dia, pendapat dia macam mana...dia pun cakap "Kak Diyy highly recommended beli playpen. Sebab budak buas pun tak luka2 badan nanti". Dia siap recommend brand apa yang bagus.

So, aku pikir2, betul jugak kan....kalau beli playpen, masa baru lahir sampai dah pandai meniarap, boleh letak dalam bassinet tu dulu. Bila dah pandai duduk atau sibuk2 nak berdiri...simpan bassinet, duduk kat bahagian bawah tu je.


Aku pun bukak balik laptop, search playpen. Playpen yang berkenan dihati. Lagipun, bila pikir balik, playpen boleh heret ke mana2 je. Balik kampung pun boleh bawak (since aku tak biasakan anak - anak tido dalam buai).

Then, bila pikir pasal baby baru ni, anak yang sulung jangan dilupa... :) aku bercadang untuk beli baby car seat untuk Ain. Ye...aku tau agak lambat untuk aku beli. Sepatutnya dari kecik lagi. Tapi, masa tu kan kitorang agak susah...mana nak mampu. Silap2 kalau beli pun kena jual balik. Ni dah ada rezeki lebih, haruslah utamakan keselamatan anak2. So, aku akan belikan car seat untuk Ain. Kaler biru. Sebab Incik suami suka kaler biru :D

Okla, itu je update buat masa ni, nanti2 update lagi :)

Till then, see ya :)

*baju Ain yang lama2 tu masih belum basuh. Dasar pemalas!