Assalamualaikum.... :)
Lama tak update kan? Kalau takde cerita yang menarik, malas jugak nak update.
Ok, meh sini nak bitau semua readers blog ni, tahun depan, ahli keluarga kami akan bertambah. Yes! Yes!...seronoknya...dapat cium bau baby lagi...
Actually, ari tu dah check guna pregnancy test. Twice. And the result is positive. Tapi, tak mau percaya pada pregnancy test tu...tambahan pulak, takde alahan. Takde morning sickness, takde pening atau muntah... Tak macam masa mengandungkan Ain dulu.
So, otak pun mula berfikir,betul ke aku ni pregnant... ke.... pregnancy test tu saje nak sabotaj aku... hahahahhaha ~ pemikiran yang tak logik.
Pada mulanya dapat tau pregnant, Incik Suami ajak pegi check kat KK. Tapi aku yang tak mau. Sebab dah tau sangat prosedur KK, dia suh tunggu nak masuk 3-4 bulan baru datang buat buku. Ingatkan, nanti pegi injek vaksin Ain je baru pegi check up kat KK.
Pastu bila aku sendiri yang cakap kat Incik Suami "B, ntah betul ke tidak sayang pregnant ni"... Lalu Incik Suami ajak pegi Pusat Rawatan Az-Zahrah kat Bangi (sebab dekat ngan dengan rumah), lagipun boleh pilih doktor perempuan yang check. Lagi bagus, sebab takde la malu sangat nak citer dengan doktor tu.
So, pegi klinik tu, citer semua dengan doktor tu, doktor tu pun ajak scan dulu. Dan kemudian nya.... ternampak la si comel ini (confident comel, walaupun baru berbentuk seketul daging je)
Bila scan, dapat la detect skali due date. 17 June 2012. Tapi doktor suruh datang 2 minggu lagi, untuk check betul - betul due date. Maybe aku akan continue scanning kat sini je. Sebab...macam aku cakap tadi la, doktor perempuan.
Alhamdulillah, syukur pada Allah, beri pada aku dan Incik Suami zuriat yang kedua. Ada jugak 2-3 orang kawan yang terkejut sebab aku dah pregnant. Kitorang pun sebenarnya tak kisah. Dah Allah nak bagi rezeki, terima je. Lagipun, kitorang mampu untuk sediakan makan, pakai dan tempat tinggal untuk baby baru ni. Dan kitorang percaya, setiap anak yang dilahirkan, Allah dah siapkan rezeki untuk dia.
Okla, next entri akan cerita, kenapa ada 2-3 orang kawan yang terkejut sebab aku boleh pregnant ni :)
See u soon~~
Wednesday, 19 October 2011
Friday, 14 October 2011
Penyejuk Hati
Assalamualaikum,
Kali ni entri sangat ringkas :)
Nak cerita berkenaan dengan 2 orang kanak-kanak yang sangat comel ni.
Mereka adalah penyejuk hati.

Sekarang tiap kali orang bagi barang... Ini ayat yang keluar dari mulut comel diorang.
Nurul Jannah: Tacih (sambil senyum)
Nur'ain: Cha cheh (sambil kedip-kedip mata)
Dua-dua sangat cute,dan masing-masing pandai tadah tangan setiap kali dengar orang baca doa :)

Mudah-mudahan,kedua-dua anak ini akan menjadi anak yang solehah.
Amiin~

Wednesday, 12 October 2011
Thursday, 6 October 2011
Sesi Bergambar
Assalamualaikum,
Ha....giler ke tak, update 2 entri dalam sehari :)
Bukan apa, baru teringat nak cerita pasal sesi bergambar kitorang satu famili kat white studio.
Amik gambar kat Act Studio, bertempat di Seri Kembangan.

Sebenarnya, memang dah lama nak bergambar kat studio. Mulanya, mak yang niat nak amik gambar kat studio, sempena birthday Jannah yang pertama. Mak cakap nak buat kenangan...
Tapi, oleh kerana mak terlalu sibuk menguruskan umah, tambah2 lagi masa tu mak tolong aku berniaga (masa awal tahun), so...benda jadi bertangguh. Then, mak cakap, "takpela, mak amik gambar Jannah pakai kamera mak je suda..." ~Kesian pulak aku dengar~~
Pastu, aku cakap ngan Incik suami, birthday Ain yang pertama ni, aku nak amik gambar Ain kat studio, bawak kek skali ~Mummy demand lebih, okay~~
Incik suami setuju je. Tapi bertangguh lagi, sebab kali ni, kitorang pulak tolong mak berniaga kat Kajang Point Food Court tu.
Lepas tu, senyap sekejap la mood nak bergambar ni. Sebabnya, Incik suami super duper sibuk menguruskan segala hal. Tak lama lepas tu, Incik suami cakap "Mummy, Daddy dah booked 1 studio ni, untuk kita amik gambar. Lagipun dah nak dekat ujung tahun. Nanti Jannah ngan Ain takde gambar umur setahun".

Ok, abis cerita bab macam mana boleh amik gambar white studio
~~~~~~
Masuk pulak citer bila dah sampai kat Act Studio ni.
Sesi kitorang dari pukul 5 - 6 petang, Isnin, 3 Oktober.
Gerak dari umah pukul 4 petang, sebab tak mau sangkut dalam jem, tak mau rugi masa bergambar nanti.
Lebih kurang pukul 4.35 petang kitorang pun sampai kat studio tu. Naik tangga, tekan loceng, ketuk2 pintu, takde orang pun bukak pintu. Aik...salah tempat ke...takde orang ke...?? Macam2 dah andaian dalam kepala otak ni. Incik suami dah macam nak marah, sebab ketuk pintu sket punya kuat, bagi salam, tapi takde orang pun bukak pintu. Dah la masa tu, aku plak tak bawak hp.
Lebih kurang 9-10minit duduk kat luar, diorang pun bukak pintu. Kitorang pun duduk tunggu giliran untuk bergambar. Masa tu, ada 3orang jugak la tengah bergambar...
Menunggu dengan penuh kesabaran ye.....
Tepat pukul 5....tak sudah lagi
5.05.....pun tak siap lagi
5.10.....Incik suami mula hilang mood
5.15.....berjalan2 sekitar studio, tengok2 album, gambar semua...
5.20....baru kitorang dapat bergambar....
So...aku assume, timing kitorang akan berganjak jadi 5.20 - 6.20petang...
Masa baru mula nak masuk, ada 1 lagi famili pun nak bergambar. Aku assume, diorang punya sesi 6 - 7 petang.
Mula shoot gambar, Ain ngan Jannah tak reti duk diam. Last2 frame baru la tergelak, tersengih semua...

Yang jadi tak bestnya, nak dekat pukul 6 tu, brader yang nak amik gambar ngan family dia tu, dok selak2 langsir. Dah tu, biar je anak2 dia masuk, duk tunggu kat tepi tu. So, susah la nak suh Ain ngan Jannah pandang kamera, sebab budak berdua ni asik tengok anak2 dia kat tepi tu...
Itu takpe lagi, budak kecik....tetiba brader tu ngan bini dia plak masuk, duduk kat kerusi tepi tu. Lagi la budak berdua ni tak pandang kamera. Terus terpacak je tengok famili tu, bersusun duduk kat tepi dinding.
Yeah, i know, it's already your session, but...please la, masa aku baru masuk tadi pun, kau dah nampak kan....means bukan silap aku 1 famili. Rileks2 sudah la...tak yah nak bagi silent reminder plak. Last2, photographer tu, suh diorang duk luar dulu. Bila dah panggil masuk nanti baru masuk.
Kecoh siot....
So, juz nak bitau pada sape2 nak amik gambar lepas ni, kalau berlaku macam situasi aku ni, korang dengan selamba je suh diorang keluar. If bukan korang punya silap la....
Then, lagi satu, bila nak bergambar dengan budak2, sila bawak mainan...secukupnya....bagi diorang ralit sket :)
Okla, till then....babai....
*apsal kualiti gambar masuk dalam blog ni jadi tak cantik. Kat FB ok je...haish....

Wednesday, 5 October 2011
Berapa yang perlu kita bayar?
Assalamualaikum,
Terasa lama benar tak bercerita kat sini :) Mari guna alasan yang sama, sibuk menguruskan rumahtangga dan anak2 :) dan mari juga gunakan alasan yang boleh buat orang meluat kat aku...Sibuk, tengok tv hal2 berkaitan dengan agama... (i'm not using word 'Agama' as a joke, but others people out there, sangat2 sakit hati bila aku cakap pasal Agama. Don't know why, panas montot barangkali...)
Okla, straight to the point...
Entri kali nak bercerita tentang video yang baru aku tengok.
Hasil nukilan one of my cousin, anak Oteh aku. Seriously, aku tengok, mengalir airmata.
*tetiba je airmata mengalir, padahal aku sangat la susah nak mengalir airmata tengok video2 ni*
Maybe antara sebab aku menangis, sebab aku tau apa yang adik sedara aku ni alami. Dan video tu berkenan dengan pengorbanan Oteh aku, yakni Ummi dia, pada anak dia. Aku nak upload video, kemain lama lagi loading nya...jadi aku paste link jela eh...
pepandai la korang klik,...tu pun kalo nak, kalo tak nak pun...bukan aku kesah pun...
Video Balqis buat
Antara bait - bait kata yang dia ada tulis dalam video ni,yang menyentuh hati aku ialah...
1. Ummi, kau ampunilah segala dosa kami, jika kami pernah melukakan hatimu.
2. Ku ingin mohon restu daripadamu..kerana disitu terletak syurga di bawah tapak kakimu...
3. Kasih sayang mu amat bermakna bagi kami,kerana ia tidak boleh dijual beli.
4. Seorang ibu tidak mungkin membuang anaknya sendiri.
5. Seorang ibu tidak akan pernah meninggalkan anaknya.
6. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya kegagalan?
7. Seorang ibu sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang insan dimuka bumi ini.
8. Tetapi adakah kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita?
9. Ketika ku dalam kedukaan, engkau datang menghiburkan hatiku.
10. Ketika aku dalam kesulitan, engkau hadir memberi kebahagiaan.
Adik sedara aku ni, umur dia 14tahun. Dia yang berumur lebih muda, mampu mengatur baris - baris ayat yang menyentuh jiwa. Aku yakin, Oteh aku turut mengalirkan airmata.

Mak pernah cakap pada aku,
"Seorang anak takkan rasa macam mana pengorbanan emak/bapak dia, melainkan dia dah kawin, dah mengandung, dan ada anak. Masa tu, baru dia tau, betapa besarnya pengorbanan emak/bapak dia"
Betul. Aku sangat setuju.
Contohnya macam sekarang, bila aku kenang2 masa lampau aku, dari kecik sampai besar. Perkara2 yang aku buat menyakitkan hati mak dan abah, memang tak patut aku buat macam tu. Dan aku rasa, aku mula berfikir secara logik, lepas umur aku 18tahun kot.
Masa tu, aku hargai setiap apa yang mak dan abah berikan. Sampaikan kalau balik Kuantan, mak bekalkan nasi goreng, ngan air mineral...botol mineral tu aku nak buang pun sayang :)
Bila buat artwork, setiap kali presentation, aku akan merayu pada lecturer aku, tolong jangan koyak atau bakar artwork aku, sebab abah yang bagi aku duit untuk beli semua kertas, mounting board, charcoal, pen dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan tentang pengorbanan mak dan abah kat sini...
Tapi, risau plak ada yang cakap aku sedang membuat cubaan 'membodek'...Maka,biarlah aku simpan kemas semua ingatan tu dalam hati aku.
Okla, jumpa lagi di lain waktu... :)
* Tetiba teringat, dah 4bulan 11 hari Arwah atok meninggalkan kami. Al-fatihah buat atok, semoga roh atok dicucuri rahmat, Amin~~

Tuesday, 4 October 2011
Saturday, 1 October 2011
Kasihnya Seorang Emak

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut.
Tiba-tiba, dia menjerit, “Ada bayi, ada bayi disini!!”
Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”
Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...
By: Dominique Padua Balaba
Diterjemah : FittoFitt
Source: Copy paste from Pilihan Humaira- Online Store
Subscribe to:
Posts (Atom)