Entah kenapa, kebelakangan ni, asik terbayang saat kali pertama menatap muka Nur'ain ketika baru je keluar dari rahim....suami juga turut menangis ketika itu. Matanya terkebil - kebil melihat sekeliling bilik bersalin, cuba untuk mengangkat kepalanya, terlihat sepasang lesung pipit dan dagunya yang berlekuk, hilang semua kesakitan dan kepayahan mengusung Nur'ain selama 9bulan 10 hari. Tatkala mencium ubun - ubun dan memegang tangan yang halus itu, airmata menitik, terasa sungguh bahagia bila bergelar seorang ibu.

Nur'ain seorang anak yang baik,bila dilahirkan, menangis tidak terlalu lama, kemudian, di iqamatkan oleh daddy nya, airmata kami sama - sama mengalir. Saat yang terlalu indah. Sehingga hari ini, kenangan itu tak dapat dilupakan langsung. Adakalanya seakan - akan terasa sakit untuk melahirkan...sakit semasa mengandung...semua hanya dapat dirasai sekiranya bergelar seorang ibu.

Jika sebelum ini, aku sangat mudah untuk meminta izin pada kakak ipar untuk "meminjam" anaknya sehari dua, dan dia dengan perasaan berat hati nak memberi keizinan...sekarang aku dah tau kenapa...perasaan tak sanggup nak lepaskan anak dibawah jagaan orang lain, 1minit berpisah, dirasakan terlalu lama.
Hari ni, aku ada terbaca coretan dari seseorang, katanya..."bersalin itu mudah, hanya dengan sekali meneran, anak sudah keluar" ~~oh senangnya pemikiran beliau, oh lupa pula, dia yang mengeluarkan kata - kata itu adalah seorang lelaki, tidak tahu bagaimana rasa sakit dan tidak akan merasainya. Dan seorang wanita menyokong kata - kata itu ~~oh...saya lupa, wanita itu belum berkahwin, dan belum merasai sakitnya melahirkan anak.
Bercakap tanpa pengalaman memang senang. Cuba bayangkan, anda bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, dan tiba hari keputusan diumumkan, anda gagal. Dan orang berkata, "apa la, dah blaja, benda senang macam tu pun tak boleh jawab"~~apa perasaan anda~~
Anda bekerja susah payah, balik rumah sangat letih, dan orang berkata "baru keje sket, dah letih" ~~apa perasaan anda~~
Pikirlah sendiri, dan berfikirlah sebelum memulakan percakapan atau mengeluarkan pendapat
Adios....
tharu saya membacanya T_T
ReplyDelete