
Inilah cinta hati kami, Nur'ain Saffiyah...Nama Ain dipilih sebab neneknya yang mahukan nama Ain, aku pun tak keberatan...sebab pada aku, nama Ain juga cantik...di gabung-gabungkan..aku memilih nama Saffiyah, sebab aku mahu dia cantik seperti Wardina Saffiyah..bersopan seperti wardina juga...Insya Allah...kami akan mendidik Nur'ain Saffiyah dengan sempurna, membesar sebagai wanita solehah yang mempunyai akhlak yang sempurna.
Pada 20 Mei, aku admit kat Hospital Ampang, masa tu, sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi dan boleh menyebabkan aku kehilangan cahaya mata yang pertama ni..(sila baca betul - betul ye, admit sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi, bukan sebab aku dah rasa sakit nak bersalin). Keadaan agak cemas, sebab aku sendiri tak sangka yang aku akan admitted ari tu gak...tanpa persediaan apa - apa, Klinik Kesihatan tepon ambulans untuk bawa aku dari klinik ke Hospital Ampang.
Sampai je kat Hospital Ampang, aku terus pegi ke Labor Room (orang masuk labor room semua guna troli atau kerusi roda, aku jalan kaki - pintu rahim pun tak bukak lagi) aku sangat takut sebenarnya...sebab aku tak tau proses bersalin secara paksa...selepas jururawat dan doktor check keadaan aku...aku terus ditahan di wad menunggu, sebab keadaan pintu rahim tak bukak lagi dan tekanan darah juga tinggi.
Pada 21 Mei, sejenis ubat dimasukkan, ubat ni perlu dimasukkan selama 3kali berturut - turut. Kali pertama pukul 8pagi, kali kedua pukul 2PM dan sekalian check bukaan rahim...malangnya bukaan rahim cuma 1cm je...pukul 8pm check lagi skali bukaan rahim...aduh..bukaan cuma 0.5cm...ni bermakna, 2dos ubat..bukaan cuma 1.5cm...pesakit lain semuanya dah 2-3cm...cuma aku...aku sorang je yang mempunyai bukaan paling sikit...fuyoo...sangat stress dikala itu...melihat suami orang lain bergegas kemas barang2 isteri, sebab isteri diorang dah masuk labor room, membuatkan aku bertambah stress sampai menangis malam2.
Pada 22Mei, dos ketiga dimasukkan sekali lagi...dan bukaan cuma 2cm...aduhai...airmata dah mengalir...sebab aku nak merasakan sakit bersalin secara normal..tambah plak niat aku nak berpantang sangat - sangat lepas bersalin.Doktor pun cakap, kemungkinan aku kena bedah, sedih sangat aku rasa...kemudian, lepas pukul 12am, doktor start suh puasa, aku pasrah...mungkin ini adalah yang terbaik buat aku dan baby...
Pada 23Mei, seorang doktor lelaki menyiapkan semua dokumen untuk penerangan dan prosedur bersalin secara pembedahan...aku pun tandatangan semua borang, dan darah diambil untuk dihantar ke lab. kemudian, datang seorang doktor perempuan, dia mahu check semula bukaan rahim dan memberi penerangan bahawa aku boleh bersalin normal...yahhu... :) sangat seronok. semua penerangan diberikan dan aku pun bersetuju...
Tepat pukul 10pagi, 23mei, aku masuk ke bilik bersalin, air ketuban dipecahkan, dan mengalami kesakitan yang amat sangat. pintu rahim mula terbuka sebanyak 3cm...kemudian stop...kesakitan sangat tak tertanggung...suami pula tidak dibenarkan masuk selagi bukaan rahim tidak mencecah 8-10cm. tapi tindakan bijak suami, main masuk je...dia sama2 dalam labor room, bagi semangat kat aku...lebih kurang pukul 2.30pm, pintu rahim masih lagi dalam ukuran yang sama...doktor semua berpakat untuk membawa aku ke bilik bedah. tapi...dalam kul 2.45pm, jururawat incharge check balik bukaan rahim sudah pun 8cm...itulah kuasa Allah S.W.T...
Finally....pukul 3.03pm...lahirlah seorang bayi yang diberi nama Nur'ain Saffiyah.... :)
Sesungguhnya sangat seronok bila melihat muka anak sendiri, hilang semua rasa sakit.
**dalam pada aku menahan sakit nak bersalin, sempat lagi aku pikir, "macam ni punya sakit nak melahirkan, kenapa ada yang sanggup buang bayi...?**
**patutlah syurga itu terletak dibawah kaki ibu, dan jika tak dapat keredhaan dari ibu dan bapa dalam idup, apa yang kita buat takkan menjadi**
**bagi yang dah pernah merasakan kesakitannya...melihat kesakitan ibu melahirkan baby, pasti tak sanggup nak melukakan hati ibu**
terharu plak bc citer zila. tiba2 rs cam kak hani ada skali ngan zila masa kat hospital tu.
ReplyDeleteAllah Maha Besar.....syukur semuanya dah selamat
thanks kak hani, mmg teruk rasanya nak bersalin...Alhamdulillah dapat bersalin dengan selamat...tengok plak muka anak time tu, lagi la rasa seronok...tu yang ble terpikir, macam ni punya sakit...nape masih ada yang buang anak dia..
ReplyDelete