Kadangkala, timbul gak rasa malas dah nak tulis, tapi rasa nak pulak (dey..apa yang aku mengarut da..) lebih kurang hampir4bulan aku tidak update blog ni...banyak kisah yang terpendam macam tu je, segala yang suka, duka, perit, pedih, gembira...bercampur jadi 1. Dan aku bukanla jenis suka yang mengenang semua kesedihan, tak perlu la aku citer semua benda kat sini...lagipun, tak larat aku nak citer semuanya, untuk cover 4bulan punya post.

Sedar tak sedar, dah akhir tahun. Semua orang mesti beriya - iya pikir azam tahun baru. Ada yang nak dapat keputusan cemerlang dalam peksa la, ada yang nak kawin la...macam - macam azam tahun baru. Aku awal - awal dah buat azam tahun baru, memandangkan Awal Muharam baru saja berlalu lebih kurang 3minggu lepas (aik??3minggu pun baru lagi ker? ~~baru la tu) aku dah ada azam untuk kehidupan yang baru. Aku berazam untuk mendidik baby aku yang bakal lahir tahun depan, untuk menjadi seorang anak yang berguna, sentiasa hormatkan ibu bapanya, sentiasa mengenang budi kami dan terjaga akhlaknya. Aku juga berazam untuk jadi isteri, anak dan menantu yang baik (setelah azam tahun ini tercapai hahahaha ~~ menjadi isteri incik hazo)
Awal bulan ari tu, aku pegi scan baby, blum nampak lagi samada baby boy or girl. Tapi kali pertama tengok baby ada dalam rahim ni, aku rasa sangat hepi, rasa nak nangis pun ada gak. Incik Hazo pun tengok jugak baby tu,dia pun nampak excited...dan yang kelakarnya, doktor yang tolong scan tu lagi excited dari kitorang huhuhuhuhu...
Balik dari buat ultrasound, aku terus gi kedai buku, nak cari nama - nama yang sesuai untuk anak ini.... 2 nama telah di finalis kan, 1 nama lelaki, 1 nama perempuan. Maybe, bulan 1-2 nanti la baru gi shopping barang untuk aku dan baby ni. Warna baju harus la natural kaler sahaja...tiada makna untuk membeli kaler pink atau biru. Janji ada baju, jangan baby aku terbogel sudah la...Owh..banyak pula nak berceloteh kali ni, rasa nya cukup sampai sini....
Selamat Tahun Baru, semoga apa yang anda semua hajati untuk tahun 2009 ini telah tercapai.
~~this is the best year i ever had huhuhuhuhu~~~
No comments:
Post a Comment