Thursday, 30 July 2009

Virus kembali menyerang...

Hmm..semalam aku berhajat nak ke Pesta Buku Negeri Selangor 2009...tapi sebab aku pikirkan agak mustahil untuk melakukan banyak acara dalam satu hari...aku pun decide untuk pegi Pesta Buku ari ni...tapi...kesihatan incik Hazo sangat tidak memuaskan, suhu badan yang sangat tinggi, ditambah dengan sakit tekak berserta batuk..aku jadi kaget sekejap, tambah berdoa..moga - moga ini adalah demam yang biasa - biasa sahaja....

Malam tadi, aku seperti menjaga anak kecil, tak boleh tidur dengan lena...selang 15 minit aku terjaga, kot - kot incik Hazo berasa tidak selesa...kesian incik Hazo, dah la isterinya ini tidak tahu memandu kereta...jadi..mahu atau tidak, dia sendiri terpaksa bawak kereta untuk pergi ke klinik...
(aku berjanji, akan belajar memandu dengan secepatnya) tak sampai hati melihat keadaan incik Hazo (menurut ibu mertuaku, semua anak2 nya agak manja bila sakit)

Tadi dah pegi klinik..syukur pada Allah, incik Hazo demam biasa sahaja...aku rasa, dia demam sebab banyak makan durian...masa aku tidur ari tu, aku bangun esok pagi, tengok bekas yang aku simpan durian (dah siap kopek) abis sebekas... ha..ha..ha.. dalam erti kata lain, incik Hazo telah pulun semua durian tanpa ajak aku...sebab tu la dia demam...

Hopefully, incik Hazo ku ini cepat sembuh...(sayang nak gi Pesta Buku, nak beli novel NB)

No comments:

Post a Comment