Wednesday, 28 September 2011
Saturday, 24 September 2011
Anugerah Allah
Assalamualaikum,
Ha...ni nak citer, pasal budak buah hati pengarang jantung - Ain.
Jumaat yang lepas genap umur Ain 16bulan. Dalam erti kata lain, 1tahun 4bulan :)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku masih dapat memeluk, mencium, menyusui anugerah ini. Masih dapat melihat perkembangan anak kami ni. Masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Mummy dan Daddy.
Inilah yang dibawak bergurau, inilah yang dibawak bergaduh dan semuanyalah :)
Memang adakalanya, ini budak bikin aku stress dengan merengek - rengek, dengan segala ragam bad mood dia, tapi...dah namanya pun budak, kau jerit macam mana pun, bukan dia paham.
Terima Kasih Ya Allah atas anugerah ini. Sungguh sempurna Nur'ain Saffiyah dimata insan - insan yang menyayangi dia.

Wednesday, 21 September 2011
Parents, Be careful!
Assalamualaikum,
Rasanya, ramai blogger2, mommies blogger semua dah tau pasal ni (maybe aku lambat sket la cerita pasal ni) - but that's not the point.
Sebelum aku cerita lebih2, korang tengok gambar baby ni. Takyah baca cerita, tengok gambar je, apa korang rasa cik luluzland
Apa korang rasa jika korang ada kat tempat dia?
Kering airmata bila tengok keadaan anak macam ni. Kalau aku tak pikirkan undang - undang, sah - sah aku pegi tumbuk orang yang buat anak aku macam ni.
So, parents...be careful. Especially bila ada kat restoran. (Maybe this is one of the reason kami slalu pegi fast food je)
Sebab daripada observation aku, memang most of the waiter suka sangat nak hidangkan makanan yang berkuah dan panas depan budak2 kecik. Experience aku sendiri je dah 3-4kali.
Pada Baby Aisya, Auntie doakan Aisya cepat sembuh. Aisya strong baby.
Pada Aisya's Mommy, Saya doakan Allah berikan kesabaran dan ketabahan untuk awak suami isteri menjaga dan merawat Aisya.Insya Allah, ada ganjaran yang dijanjikan olehnya buat awak.

Hari Raya
Assalamualaikum,
Nak bercerita pasal Hari Raya, tapi terlalu malas nak taip. Layan gambar jelah boleh?? :)

(Emak, Anak - anak, Menantu - Menantu, Cucu)

(Sebahagian daripada cucu - cucu dan cicit2 nenek saya)
(Me and my Mak Ngah)
(Me, Ain dan adik sedara yang tersayang)
(With my other half)
(Pakai comel2, tido plak dia~)
(Baru bangun tido)
(Dua beradik nak pegi beraya)

(Manjanya dengan mak; sesi ucap terima kasih sebab belikan baju mahal, hehehe)
Nak bercerita pasal Hari Raya, tapi terlalu malas nak taip. Layan gambar jelah boleh?? :)

(Emak, Anak - anak, Menantu - Menantu, Cucu)

(Sebahagian daripada cucu - cucu dan cicit2 nenek saya)

Ok, dah. Cukup tu saje. Till we meet again. Babai~~
Sunday, 4 September 2011
Alangkah Bagusnya!

Assalamualaikum,
Ketika entri ni ditaip, Nur'ain sedang demam. Panas. Suhu badan mencecah 39.5 darjah celcius. Sebagai insan yang melahirkan dan membesarkan Nur'ain, dah tentu aku dan Incik suami sangat risau. Dan ketika ini jugalah, emosi serba tak kena, maka tertulislah entri sebegini.
Satu perkara yang lazimnya berlaku bila Ain tak sihat ialah, dia kerap merengek dan mengigau masa tido. Kadang - kadang, tetiba je, takde angin takde ribut, dia menangis. Lama. Mungkin dalam 10minit. Urut badan tak nak, sapu Vicks tak nak, sapu minyak Yu Yee tak nak, tuam badan dengan air asam jawa pun tak nak. Aku mula tarik muka. Macam nak naik angin. Dan ketika inilah aku fikir,"Kalau la Ain boleh bagitau kat Mummy, apa yang tak kena, kan senang".
Kadang - kadang, tak demam pun Ain buat perangai. Nak - nak bila dia bad mood. Susah nak kenalpasti bila Ain bad mood. Tapi kalau dia asik merengek je, pantang nampak aku berdiri, nangis nak follow je mana aku pegi, aku rasa, itu tengah bad mood la kot. Masa tu aku akan fikir, "kan bagus kalau Ain faham apa yang Mummy cakap, tolonglah jangan buat perangai, letih Mummy tengok"
Ada masa - masanya, aku istilah kan perangai Nur'ain ialah manja tak kena tempat. Mak pulak cakap, Ain tengah memerintah. Berajun,kata orang. Contoh ialah masa - masa dia nak tumbuh gigi ke, nak pandai buat something ke, masa tu aku rasa nak naik angin. Kerap jugak la tangan aku ni, dengan pantas melepuk peha Ain yang gebu, kadang - kadang aku cubit kecik - kecik tapak kaki dia. Semua sebab aku geram. Dah tak tertahan. Mungkin sebab aku garang?Panas baran? Mungkin ada diantara kalian yang cakap aku tak layak jadi emak.
Mungkin jugak sebab tekanan melayan kerenah anak. Aku rasa, aku bertuah sebab masih dapat berfikir dengan waras, walaupun aku ada pukul Ain sket - sket, tapi tak lah sampai lebam atau tinggalkan parut. Dan aku belum sampai tahap nak membunuh. Kalau sampai tak dapat nak bertahan, aku istigfar panjang - panjang. Sebab orang kata, syaitan selalu hasut buat benda - benda tak baik. Bila aku nak mengamuk sakan kat Ain, aku selalu ingatkan diri aku, Nur'ain Saffiyah adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai. Anugerah yang Allah amanahkan untuk aku dan Incik suami menjaga dan mendidiknya. Bila pikir macam mana aku melahirkan dia, macam mana aku mengalu - alukan dia dalam hidup aku, aku jadi sayu, aku peluk dia erat - erat. Aku minta maaf pada Ain, walaupun Ain belum faham apa yang aku buat.
Dan, alangkah bagusnya kalau aku yang dapat bersabar dalam melayani kerenah anak kecil ini. Semoga Allah sentiasa meniupkan angin kesabaran dan ketabahan dalam membesarkan anak kecil ini.
*Dalam usia 1tahun, 3bulan, 13hari:
~Ain pandai meniru apa yang aku cakap. Maknanya, from now on, aku kena lebih berhati - hati bila bercakap. Tak boleh keluarkan perkataan yang tak elok.
~Ain pandai cakap:
* Arilah = Marilah
* Alahai = Alahai
* Awah bar = Allahu Akbar
* Elilah = Belilah
:) Ain dah pandai amik tuala sendiri, tunggu depan pintu bilik air tiap kali aku cakap, "Ain, Jom mandi" :)
Alhamdulillah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)