Thursday, 25 August 2011

Mari mengenal Berry :)

Assalamualaikum semua :)



Sebelum aku teruskan tulis entri kali ni, jom kita mengenal dulu buah berry yang terdapat disekeliling kita. Kenapa buah berry? Sebab ada kaitan dengan entri kali ni :)




(Ini ialah Raspberry)





(Ini pula Cranberry)





(ni ialah buah Blueberry)





(Ini yang paling glemer skali, Strawberry.Kat CH pun boleh dapat)





Entri ni dah lama bersawang dalam draft tu, tak tau nak tulis apa. Okla, sebenarnya nak cerita sket...tapi sebab sibuk dengan macam - macam kerja yang nak dibuat (jangan ingat duduk kat rumah takde keje ye), so baru sekarang ada masa sket nak publish cerita ni.



Ok, ceritanya begini. Pada 30 Mei yang lepas,lepas,lepas... kan anniversary kami tahun yang kedua. So, secara suprisenya, Incik suami telah menghadiahkan diri saya dengan sebuah smartphone yang diberi logo begini



(kenalkan logo ni?)



Masa tu, aku dan emak tengah shopping barang untuk berjual kat KPFC. Then Incik Suami cakap, "Mummy masuk la dengan mak, Daddy nak pegi cari barang kejap". Sambil menghulurkan beberapa keping not RM50. Aku tak syak la apa - apa. Lepas aku ngan mak selesai urusan membeli belah :P, aku pun call Incik Suami. Lebih kurang 5minit Incik Suami datang kat tempat kitorang tunggu dia. Pastu dia cakap "kejap eh, barang tak siap lagi, Daddy beli something untuk Mummy". Tak lama, lebih kurang 15minit, Incik Suami datang balik,bawak.... Blackberry Smartphone :) Yippie!! :)



Incik Suami cakap, hadiah anniversary :)





Inilah dia,hadiah Anniversary. Tengok, ada gambar Cik Ain :)



Yang kelakarnya, masa Incik Suami bagi hadiah ni, mak dengan selamba cakap "Aik, terima kasih je, takde kiss - kiss". Hahahahha...apa koje nya nak kiss - kiss kat Pandan Kapital, mak :)



*Blackberry model Curve 8520. Cukuplah, asalkan boleh amik gambar&video spontan Cik Ain+Cik Jannah/Tweet-tweet/FB/main game/GPS/- Eh banyak jugak kegunaan dia kan? :)



Thanks B :) I love you so much (cakap macam Sarimah dalam Kassim Selamat) Hahahaha!!



**Entri semua berkepuk - kepuk dalam draft, gara - gara Cik Ain tak senang hati tengok Mummy online!



Tuesday, 16 August 2011

Belajar Benda Baru

Assalamualaikum semua,

Kali ni nak cerita pasal anak dara sunti aku yang sorang tu. Nur'ain memang suka kepoh time Mummy atau Daddy tengah taip SMS atau buat apa saja tugas menggunakan gadget lain. So, Daddy teach Ain "How to texting Mak (Nenek)". Mari kita perhatikan aksi anak dara sunti kami :)





(Muka sangat serius ok!)





(Maybe tengah tanya Daddy part yang dia tak faham)





(Confuse ke sayang?)





(Try and error)





(Reaksi seperti dah faham apa yang Daddy ajar)



*Segala gambar Daddy bersama Ain terpaksa dipadamkan kerana Daddy sedang memakai Leather Shirt atau dalam bahasa melayu nya ialah berlenggeng. Sexy dowh~Untuk tatapan aku je.Hahahahahha, maafkan isterimu yang sudah bengong ini wahai suamiku :D



Saturday, 6 August 2011

Entri Tertunda - Nur'ain Saffiyah sudah 1tahun

Assalamualaikum...

Maaf la, entri ni dah lama berkepuk - kepuk dalam draft, baru berkesempatan untuk publish. Okey, straight to the point...Entri ni berkaitan dengan anak saya yang comel lagi gedik dan manja itu...dah pun berusia setahun pada 23 Mei lepas... (lepas...dah berlepas dah Mummy oi!) Terasa kejap sangat masa berlalu, dah setahun pun umur anak saya ni. Masih teringat lagi waktu pertama kali tengok muka dia (argh...rindunya saat itu),disaat aku bertarung nyawa melahirkan dia, dan seriously, sakit semua hilang bila tengok muka dia (ok, cukup Mummy, please straight to the point)

Pada awalnya, memang tak plan nak sambut birthday Ain kat tempat kitorang berniaga. Konon - konon nak buat kat umah jela, tapi Emak selaku Nenek kepada Nur'ain berkata "dah alang - alang kita berjual, sambut aje la kat food court tu. Boleh suruh DJ tu pasang lagu birthday" Okey,baiklah emak... :)

So, sebelum nak gerak ke tempat kitorang berniaga tu, aku dan incik Suami, singgah sebentar kat kedai kek. Carik kek yang besar - besar sket. Maklum la, buat kat food court, takkan la tak hulur2 pada customer kan? kan? kan?

Pilih punya pilih, cuma 1 kek ni je yang agak besar...kek blueberry...ada topping white chocolate ngan stroberi... :) yeppi..(Mummy yang terlebih - lebih excited)

(kek yang dah buat Mummy excited, lilin dipilih oleh Daddy)

Tepat pukul 12tengah malam, aku suh DJ bukak lagu "Allah selamatkan Kamu" untuk birthday girl. Tapi DJ punya leka, pukul 12.30 baru lagu tu kuar...aku pasrah :P so, siap bagi - bagi kek kat gerai - gerai yang lain, kat regular customer semua la. Perkara yang tak disangka ialah, kita bagi kek,orang bagi anak kita duit...aiyark...malu jugak...tapi semua tu dah masuk dalam tabung Ain dah...Mummy tak amik eh....
Untuk Anakku Nur'ain Saffiyah:

Mummy sentiasa doakan semoga Nur'ain menjadi seorang anak yang solehah, yang baik budi pekerti dan mempunyai segala sifat2 yang positif. Mummy sentiasa sayangkan Ain (walaupun kadang2 tu, Mummy geram sangat2 bila Ain melalak tak menentu, asik nak berdukung je), tapi percayalah sayang,Mummy sentiasa sayangkan Ain. Mummy harap Ain akan jadi seorang anak yang baik dan bertanggungjawab (sebab Ain adalah anak sulung), jadi seorang anak yang sentiasa mengenang jasa pada sesiapa saja yang berbudi pada Ain. Mummy akan berusaha segala yang termampu untuk Nur'ain dan adik - adik yang lain (yang Mummy pun tak tau bila Mummy pregnant lagi, tunggu la, jaga Ain skarang ni pun Mummy dah tak tentu arah). Mummy sayang sangat - sangat kat Ain.


(Ni adalah gambar umur genap setahun dalam bulan Islam, comot sungguh!)


(1year, 0month, 1day)


(Mummy lebih posing dari birthday girl :P )

**Nur'ain mula berjalan umur 1tahun,0bulan,17hari. Kemain lagi Mummy, ingat semua fakta. Masa skola dulu, taknak plak hafal tarikh - tarikh sejarah eh...weh weh weh...