Sunday, 29 May 2011

Our Anniversary


Asalamualaikum Semua :)

Kira - kira 2tahun yang lepas, pada tarikh ni, kami di ijabkabulkan. Alhamdulillah, diam tak diam dah 2tahun kami melayari bahtera rumahtangga dengan penuh rasa tanggungjawab, bahagia ~maunya tak bahagia, kan kami mendirikan "masjid" dengan restu daripada kedua-dua orang tua kami. Orang kata, kalau nak bahagia dalam idup, nak senang dunia dan akhirat, kena dapat restu dari kedua orang tua kita.

So, memang nantikan la gambar2 Anniversary kami, serta Birthday Nur'ain sekali.

Sabar ye :)

~owh terlupa, ada 'seseorang' yang tak penting dalam hidup aku, cakap pada akak ipar aku, dia mendoakan rumahtangga aku pecah belah atau berantakkan. kesian dia, doanya tak menjadi kenyataan, bahkan Allah pun tak mahu kabulkan. Sebab, bukan kah talak atau penceraian adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah s.w.t :) untuk pengetahuan 'dia', kami kini lebih bahagia, malah ikatan kasih sayang makin kuat dan utuh.

~untuk 'dia': jangan mendoakan orang lain perkara yang tidak-tidak, kerana tidak mustahil suatu hari anda akan bernikah, perjalanan hidup anda masih jauh lagi. kecuali la anda tidak mahu bernikah dan mempunyai keluarga, dan Rasulullah sendiri tidak mengaku umat. Renung2kan, dan berfikirlah dengan bijak.

Monday, 9 May 2011

Happy Mother's Day

Asalamualaikum...

Seperti yang semua orang tau, Mother's Day jatuh pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. So, memandangkan masa Mother's Day, kami semua agak sibuk menguruskan gerai, petang tadi baru sempat meraikannya.

Aku suruh Incik suami pegi beli kek. Tak yah kek Secret Recipe ke apa ke, kek kedai biasa pun sedap jugak. Bukan masalah takde duit dah sekarang ni, masalahnya kek kat Secret Recipe tu besar, mahal. Kalau tak habis, simpan dalam peti ais, duduk berkurung la kek sampai masa, kek tersebut check in tong sampah ~ok, dah lari tajuk sangat2.


~Inilah kek yang dah masuk dalam perut kitorang~

Incik suami beli kek perisa Cappucino,heart shape, ada 3biji strawberi. Memang terbaik dari ladang la rasa dia. Yang penting, semua orang happy dan puas hati dengan kek tu.

Masa aku suapkan mak kek, seperti biasalah, bila sentuh je pasal mak, confirm airmata aku mesti nak mengalir. Berjurai2.Biarlah orang nak cakap aku bodek mak ke, aku ni mengampu ke, itu orang punya pasal. Sebab pada aku, orang tak tau maksud mengampu, membodek. Kalau tak tau makna, sila check kamus dewan bahasa ye.

Aku cakap kat mak, Happy Mother's Day. Aku berterima kasih pada mak sebab sudi bersama - sama aku disaat aku susah, mak sanggup bersusah payah demi aku. Aku teringat time aku kena tahan kat Hospital Ampang masa nak bersalin, mak susah hati, mak usaha untuk datang tiap2 kali time melawat. Mak usap2 perut aku, mak bacakan doa. Bila mengenangkan semua jasa mak, hati aku jadi sayu. Sayu lihat keadaan mak sekarang ni ~apa keadaannya, biarlah aku yang tau sendiri.

Tak apa lah mak, mak jangan runsing, jangan risau, Zila akan jaga mak sampai akhir hayat mak. Zila dah minta izin dari Hazo, kami akan jaga mak, akan mengasihani mak, seperti mana mak menjaga la, berbakti pada la.

Untuk Emak ~ Puan Maryam: Semoga Allah tabahkan hati mak, memudahkan segala urusan mak, berkati segala apa jua yang telah mak buat demi anak2. Semoga emak sentiasa diberikan kesihatan fizikal dan mental. Insya Allah mak, Allah itu maha Adil, barangsiapa yang melukai hati emak, membelakangkan emak walau apa jua alasannya, akan mendapat balasan dari Allah.

Untuk Emak Mertuaku ~ Puan Faridah: Terima Kasih kerana telah melahirkan dan mendidik seorang insan yang kini bergelar suami Zila dan Daddy kepada Nur'ain. Atas didikan mak, dia menjadi seorang Suami dan Daddy yang bertanggungjawab. Semoga Allah memberi mak kekuatan fizikal dan mental, dan memberkati mak.