Friday, 18 March 2011

Dia yang saya kenali...Fatin Zuaini


Asalamualaikum w.b.t...

Tengah - tengah pagi buta ni, tergerak hati untuk menulis entri mengenai seseorang... Mungkin juga entri ni akan diguna pakai untuk menjadi beberapa series...Aicecececehhh...dah macam Harry Potter plak ada series... :)

Aku tergerak hati nak menulis tentang seorang rakan blogger... Aku jumpa blog dia, secara tidak langsung...malahan tak teringat pun macam mana aku boleh jumpa blog dia... Aku suka dengan cara penulisan dia, mempunyai peringatan untuk aku sebagai hamba Allah, adakalanya mencuit hati, adakalanya juga cerita mengenai dia merindui ahli keluarganya, ada pula cerita tentang kenangan2 dirinya...

Aku merasakan dia begitu dekat dengan diriku, adakalanya saling "LIKE" status dan komen di FB, adakalanya dia memberi nasihat, walaupun usianya muda, tapi aku suka cara dia berfikir...

Tapi,buat masa ni, aku tak dapat membaca segala penulisan dia, kerana dia agak busy dengan kuliah. Aku mendoakan semoga dia sukses dalam perjuangannya...

Untuk Fatin Zuaini, akak rindu nak baca blog awak...belum sempat nak godeh2 entri lama2 awak tu... :)