
Owh...sebelum memulakan apa - apa cerita terbaru, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ maaf zahir dan batin". Ok, sambung cerita balik. Tahun ni, kami sekeluarga beraya di KL je...seronok...dapat makan masakan mak ( macam dah bertahun2 plak tak makan masakan mak) ...mak masak nasi tomato...erm...sedap... :)
Raya kedua,kami semua beraya ke kampung incik suami, di Felda Kemasul. Kami bawak mak dan Qaisara~chan sekali. Maklum la, pegi balik hari....so bawak jela mak ngan Qaisara~chan berjalan. MIL masak laksa penang, manakala ana punya biras...masak mee kari... (biras ana ini, sangat terer la masak mee kari, mee kari beliau sangat superb).
Raya ketiga, sangat letih. Pulang ke rumah sambil membawa mak dan Qaisara~chan skali lagi. Bukannya apa, kami nak bawak mereka berjalan2 ke I-City. Saje nak tengok2 lampu...ada yang cantik...ada yang tak cantik....hahahahahhaha...oklah, meh layan gambar lampu2 ni....



~~sila jangan simpan niat untuk bergambar dekat dengan kuda2 ini, nampak yang telah saya bulatkan tu..??itu guard yang sedia meniup wisel, dan akan meniup secara berterusan sekiranya anda mula memijak tanah berhampiran dengan kuda itu~~



~~owh..lupa nak bagitau, bayaran masuk ialah RM10 untuk 1kereta...dan orang2 yang menjaga parking...memang hampeh. parking bertingkat dah full pun still suh parking lagi....apa kejadahnya~~