Wah...kenapa terlebih rajin pula aku ni... :) maklumla..dah sihat sket...perut pun dah kempis...rasa malas yang membuak - buak masa pregnant dulu telah ilang bersama perut dan pinggang yang makin ari makin kecik...hahahaha :D
Anyway...30th May ari tu, genap la setahun usia perkahwinan aku dan Incik Hazo. Dan memandangkan time tu aku dalam pantang...pantang dari segi makan dan tak bley kuar umah...maka, tiada sambutan anniversary, tapi...awal - awal lagi kami telah merancang untuk meraikannya setelah aku habis berpantang...
Dalam keadaan bergurau, aku nak belanja Incik Hazo makan di kedai mamak yang dekat je ngan umah kitorang hahahaha..tapi aku rasa...aku nak masak sendiri nanti...nak masak yang special...tapi nak masak apa eh..? kalo sebelum adik aku yang tak makan ikan tu balik dari cuti semester, bley gak aku masak Laksa Johor...pastu aku mentekedarah sorang - sorang...huhuhuhu...tak pun masak Spagethi...tapi tengok la keadaan nak masak apa...nasi ayam pun ok kot..sebab aku tak pernah lagi masak nasi ayam sebelum ni...ke nak masak ikan siakap oyster je...
Oh dear incik hazo...pleasse bagi cadangan.... :)
Thursday, 10 June 2010
Wednesday, 9 June 2010
Our Love, Nur'ain Saffiyah...

Inilah cinta hati kami, Nur'ain Saffiyah...Nama Ain dipilih sebab neneknya yang mahukan nama Ain, aku pun tak keberatan...sebab pada aku, nama Ain juga cantik...di gabung-gabungkan..aku memilih nama Saffiyah, sebab aku mahu dia cantik seperti Wardina Saffiyah..bersopan seperti wardina juga...Insya Allah...kami akan mendidik Nur'ain Saffiyah dengan sempurna, membesar sebagai wanita solehah yang mempunyai akhlak yang sempurna.
Pada 20 Mei, aku admit kat Hospital Ampang, masa tu, sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi dan boleh menyebabkan aku kehilangan cahaya mata yang pertama ni..(sila baca betul - betul ye, admit sebab bacaan tekanan darah sangat tinggi, bukan sebab aku dah rasa sakit nak bersalin). Keadaan agak cemas, sebab aku sendiri tak sangka yang aku akan admitted ari tu gak...tanpa persediaan apa - apa, Klinik Kesihatan tepon ambulans untuk bawa aku dari klinik ke Hospital Ampang.
Sampai je kat Hospital Ampang, aku terus pegi ke Labor Room (orang masuk labor room semua guna troli atau kerusi roda, aku jalan kaki - pintu rahim pun tak bukak lagi) aku sangat takut sebenarnya...sebab aku tak tau proses bersalin secara paksa...selepas jururawat dan doktor check keadaan aku...aku terus ditahan di wad menunggu, sebab keadaan pintu rahim tak bukak lagi dan tekanan darah juga tinggi.
Pada 21 Mei, sejenis ubat dimasukkan, ubat ni perlu dimasukkan selama 3kali berturut - turut. Kali pertama pukul 8pagi, kali kedua pukul 2PM dan sekalian check bukaan rahim...malangnya bukaan rahim cuma 1cm je...pukul 8pm check lagi skali bukaan rahim...aduh..bukaan cuma 0.5cm...ni bermakna, 2dos ubat..bukaan cuma 1.5cm...pesakit lain semuanya dah 2-3cm...cuma aku...aku sorang je yang mempunyai bukaan paling sikit...fuyoo...sangat stress dikala itu...melihat suami orang lain bergegas kemas barang2 isteri, sebab isteri diorang dah masuk labor room, membuatkan aku bertambah stress sampai menangis malam2.
Pada 22Mei, dos ketiga dimasukkan sekali lagi...dan bukaan cuma 2cm...aduhai...airmata dah mengalir...sebab aku nak merasakan sakit bersalin secara normal..tambah plak niat aku nak berpantang sangat - sangat lepas bersalin.Doktor pun cakap, kemungkinan aku kena bedah, sedih sangat aku rasa...kemudian, lepas pukul 12am, doktor start suh puasa, aku pasrah...mungkin ini adalah yang terbaik buat aku dan baby...
Pada 23Mei, seorang doktor lelaki menyiapkan semua dokumen untuk penerangan dan prosedur bersalin secara pembedahan...aku pun tandatangan semua borang, dan darah diambil untuk dihantar ke lab. kemudian, datang seorang doktor perempuan, dia mahu check semula bukaan rahim dan memberi penerangan bahawa aku boleh bersalin normal...yahhu... :) sangat seronok. semua penerangan diberikan dan aku pun bersetuju...
Tepat pukul 10pagi, 23mei, aku masuk ke bilik bersalin, air ketuban dipecahkan, dan mengalami kesakitan yang amat sangat. pintu rahim mula terbuka sebanyak 3cm...kemudian stop...kesakitan sangat tak tertanggung...suami pula tidak dibenarkan masuk selagi bukaan rahim tidak mencecah 8-10cm. tapi tindakan bijak suami, main masuk je...dia sama2 dalam labor room, bagi semangat kat aku...lebih kurang pukul 2.30pm, pintu rahim masih lagi dalam ukuran yang sama...doktor semua berpakat untuk membawa aku ke bilik bedah. tapi...dalam kul 2.45pm, jururawat incharge check balik bukaan rahim sudah pun 8cm...itulah kuasa Allah S.W.T...
Finally....pukul 3.03pm...lahirlah seorang bayi yang diberi nama Nur'ain Saffiyah.... :)
Sesungguhnya sangat seronok bila melihat muka anak sendiri, hilang semua rasa sakit.
**dalam pada aku menahan sakit nak bersalin, sempat lagi aku pikir, "macam ni punya sakit nak melahirkan, kenapa ada yang sanggup buang bayi...?**
**patutlah syurga itu terletak dibawah kaki ibu, dan jika tak dapat keredhaan dari ibu dan bapa dalam idup, apa yang kita buat takkan menjadi**
**bagi yang dah pernah merasakan kesakitannya...melihat kesakitan ibu melahirkan baby, pasti tak sanggup nak melukakan hati ibu**
Monday, 7 June 2010
Edisi Mei di bulan Jun
Wah...dalam diam tak diam...dah 2 bulan aku tak bercerita dalam blog ni...kenapa...?? banyak sebabnya... kekangan masa sebab berpindah rumah...berpindah line internet...sibuk ke klinik...memandangkan April dan Mei adalah bulan terakhir bagi aku buat check up untuk bayi yang kian membesar dalam rahimku ini (aiceh...ayat tak bley tahan)
Sebenarnya...kalau diikutkan..banyak benda yang nak aku ceritakan....tapi bila memandangkan cerita - cerita yang akan aku ceritakan bakal menyakitkan hati banyak pihak...maka aku mengambil langkah berdiam diri sahaja...biarkan masa yang menentukan segalanya...
Oh ya...aku telah selamat melahirkan anak sulung kami yang diberi nama Nur'Ain Saffiyah...bayi seberat 2.81kg lahir pada 23 Mei 2010. Keajaiban berlaku semasa aku nak melahirkan dia... menitik jugak la airmata saat bayi keluar dan mendengar suamiku meng'iqamat'kan anak kami...sayu, gembira, bahagia...semuanya bergaul menjadi satu rasa nikmat yang tak terhingga...
Kalau ikut due tarikh bersalin, aku dijangka bersalin pada 22 Mei, dan tak boleh tangguh sebab aku menghidap GDM (kencing manis semasa mengandung). Nak dijadikan cerita, 20 Mei ialah tarikh akhir bagi aku buat check up, incase 22 Mei tak rasa sakit nak bersalin, aku kena admit kat hospital...
Pada 20 Mei, macam biasa, aku ngan mak aku pegi ke Klinik Kesihatan Cheras Baru untuk buat check up. Oh..lupa nak bagitau, pada awal Mei...aku di suspect ada darah tinggi pulak...bila aku buat research, semua mengatakan mengandung kali pertama memang mudah dapat darah tinggi...so aku rileks2 je...maybe risau pasal baby, nak lahirkan baby...sebab tu tiba2 ada darah tinggi pulak...
Bila sampai kat KK Cheras Baru, nurse check aku punya Blood Pressure (BP) naik sampai 140/90...kira nya tahap bahaya... check sampai 3 kali pun sama gak bacaan nya...kemudian ada seorang nurse ni...nama dia Norisah, dia yang arrange kan untuk aku admit ke hospital pada ari tu jugak...huhuhuhu...aku gi hospital ampang naik ambulans...seronok giler... :)
Sampai kat sana terus kena admit wad sampai la ari ahad...so...untuk cerita lebih lanjut...nanti aku ceritakan dalam entri akan datang...dimana Nur'Ain Saffiyah adalah satu keajaiban :) aku dan suami selalu panggil Nur'Ain bayi ajaib :)
**kelahiran Nur'Ain merupakan hadiah anniversary kami yang indah setakat ni...lepas abis pantang, maybe nak meraikan nya... :) kat mana..?? umah cukup la...aku nak masak special2**

Subscribe to:
Posts (Atom)