Hadui...sekian lama tak berpeluang menceritakan apa yang berlaku...kerana terlalu sibuk makan, menguruskan beberapa persediaan menerima insan baru tak lama lagi, memasak resepi2 baru, menilik jantina anak didalam rahimku ini....lagi...owh....sibuk ngan MGTT test... (part ni sangat tak bley tahan)....
Jumaat lepas, atas nasihat doktor yang slalu merawat aku time pregnant ni...suh aku buat MGTT test...disebabkan keturunan ku, iaitu abah penghidap kencing manis dan darah tinggi, maka...adalah wajib bagi aku untuk melakukan ujian ni...
Maka, lepas 2-3 kali aku bertangguh buat MGTT test, Jumaat lepas, dalam keadaan terpaksa dan rela...aku ke klinik kesihatan shah alam...aku terpaksa la buat jugak MGTT ni, kalo ikutkan...aku tak nakbuat, sebab sakit tu...nak amik darah 2kali...sebelum dan selepas minum air gula (glukos)...aku dengan hati yang tekad, tabah dan waja....(macam kereta waja) pegi ke klinik kesihatan seawal 8pagi...sebab nurse yang suh datang kul 8...datang sana, terus amik darah (sebelum tu, nurse suh puasa dari kul 10mlm) lepas dah amik darah....kena minum air glukos...mak ai...kembang tekak aku...tapi aku tahan jugak...minum slow - slow...dalam hati aku sangat yakin ni....aku takde kencing manis...lepas minum air glukos tu...nurse suh tunggu 2jam, kemudian amik darah skali lagi...result akan diberitahu dalam masa 2hari....dan bila nurse call aku...."Puan Noorazila, awak ble datang amik result MGTT test, tapi awak kne terus check ngan klinik kesihatan, sebab awak ada kencing manis.."spoil giler time tu...mana taknya...aku tengah lunch sambil minum air tembikai....aduhai....
Dan hari ni, aku pegi balik kat klinik yang biasa aku check up tu...macam2 soalan aku tanya kat doktor yang biasa check aku tu...aku bernasib baik, sebab doktor tu tengok result tu...dia cakap "ini adalah biasa bagi ibu2 yang sedang mengandung, puan tak perlu risau, sebab tahapnya masih rendah, cuma perlu jaga sedikit pemakanan....biasanya...lepas pregnant, penyakit ni akan ilang sendiri..."
Dan bagi aku pulak...walaupun dia datang time pregnant je...aku akan lebih berjaga2 lepas ni...hati ibu mana yang tak risau...aku berdoa agar semuanya di permudahkan oleh Allah...dan aku selamat melahirkan baby aku secara normal...dan baby pun sihat...Amin..... :)